Pengalaman Ku Siri 1


AHHHH! Sudah seminggu aku berfikir samada terima atau tolak tawaran ini. Aku tiada pilihan, empat bulan lamanya aku menganggur! Duduk di rumah, pagi hantar emak ke pasar, petangnya hantar emak mengaji di masjid. Lama lama aku bosan dengan rutin yang sama. Aku baru selesai belajar di Pulau Pinang. Sejak aku pulang dari Semenanjung, badanku semakin berisi. Walaupun mak tak pernah bising dan bertanya tentang masa depanku, aku perlu menentukan apakah pekerjaan yang harus aku sandang



Dua minggu lalu aku pergi temuduga, itulah satu satunya permohonan yang berjaya. Hampir 15 permohonan jawatan kosong ku hantar, hanya ini satu yang berjawab. Di sampul surat coklat tertulis namaku dan alamat rumah, 437, Jalan Seludang, Taman Bahagia. Tawau. URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Aku membuka perlahan dengan debar. Berhati hati ku buka gam yang melekat likat di muka sampul

Dengan sukacitanya pihak pengurusan memaklumkan kepada tuan supaya hadir temuduga untuk jawatan….



Aku membaca perlahan dan berhati hati…
“Jadi jugak kau pergi, Zam?” Tanya mak selamba semasa kami minum pagi di rumah. 
“Pergi je lah mak, lagipun tak buat apa di rumah” jawabku,
“Ye lah, mudah mudahan dapat kerja tu”

Dua minggu selepas itu, aku maklumkan kepada mak tentang temudugaku

“Mak, esok Zam temuduga di Sawit Kinabalu’
Pergilah nak, mak sentiasa doakan kejayaan kau’

‘Mak tak pernah tanya jawatan apa Zam mintak?”

“Mak tak kisah nak, asalkan halal!”
“Mak tak kisah?”
“Eh, kenapa pulak ni?” intonasi suara mak ternyata hairan

Mak tak pernah kisah apa yang aku buat. Bukan tak ambil berat, tapi mak percaya bulat bulat pada kehendak anak anaknya. Mak tidak pernah menghalang dan menentang kemahuan anak anaknya. Itulah keadaannya semenjak aku kecil lagi. Masa aku buat keputusan sambung belajar di Pulau Pinang, emak tidak membantahpun

“Baik untuk kau nak, maka baik jugalah untuk mak.”
Keputusan itu sebenarnya berat bagiku kerana itulah kali pertama aku duduk berjauhan dengan keluarga. Aku bersekolah rendah di kawasan perumahan tempat tinggal kami. Kemudiannya aku melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 hingga 5 di bandar Tawau. Keputusan SPM ku cemerlang. Aku buat keputusan sambung belajar ke tingkatan 6 di Tawau, sedangkan aku juga ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi di Kubang Kerian, Kelantan. Aku menolaknya kerana ingin bersama keluarga. Tapi 4 tahun lalu aku terpaksa membuat keputusan wajar bagi masa depanku, aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia, Penang dalam jurusan biologi

Hari ini aku harus membuat keputusan samada menerima atau menolak. Berbincang dengan emak seperti tiada maknanya kerana emak hanya menyerahkan seratus peratus kepadaku untuk menentukan apa sahaja. Abah lagilah, tidak mengambil kisah apa yang aku lakukan kerana baginya aku sudah dewasa, tentu tau membezakan yang mana baik dan buruk

Aku menatap berulang kali surat tawaran kerja. Ini masa depanku, apakah aku perlu menerima tawaran jawatan ini? Tidakkah keluargaku menghalang kerana tempatku bertugas adalah di Langkon Estate, Kota Marudu 400 km dari rumahku dan jawatannya adalah sebagai PENGAWAL KESELAMATAN


-BERSAMBUNG-

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://security2523.blogspot.com/2021/01/pengalaman-ku-siri-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Illegear Mengemaskini Siri Komputer Riba Mereka Dengan Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx 3000

Illegear Mengemaskini Siri Komputer Riba Mereka Dengan Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx 3000

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 254 hits
Illegear ialah sebuah jenama komputer riba tempatan yang menjual komputer riba berspesifikasi pertengahan dan tinggi yang biasanya digunakan untuk tujuan riadah dan gaming Terkini selepas NVIDIA mengumumkan kehadiran siri kad grafik NVIDIA ...
Siri Samsung Galaxy S21 Tidak Menyertakan Sokongan Kad Mikro Sd

Siri Samsung Galaxy S21 Tidak Menyertakan Sokongan Kad Mikro Sd

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 298 hits
Samsung telah pun memperkenalkan siri Samsung Galaxy S21 secara rasminya pada awal pagi ini sekaligus memperlihatkan harga jualan untuk pasaran tempatan Seperti dilaporkan sebelum ini ia tidak lagi menyertakan pengecas dan fon telinga dalam...
Asus Tuf Dash F15 Ialah Komputer Riba Gaming Nipis Dan Berkuasa Pertama Dalam Siri Tersebut

Asus Tuf Dash F15 Ialah Komputer Riba Gaming Nipis Dan Berkuasa Pertama Dalam Siri Tersebut

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 270 hits
Apabila bercakap mengenai siri komponen ataupun komputer riba The Ultimate Force keluaran ASUS ia biasanya boleh dikatakan versi lebih 8220 mampu milik 8221 komputer komputer riba gaming ASUS yang lain Di acara pelancaran produk ASUS baru b...
Hiburan Duduk Rumah Pun Nak Pakai Emas Mawar Rashid Kongsi Pengalaman Hamil Anak Perempuan

Hiburan Duduk Rumah Pun Nak Pakai Emas Mawar Rashid Kongsi Pengalaman Hamil Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 619 hits
Bakal melahirkan cahaya mata perempuan tidak lama lagi pelakon Mawar Rashid mendedahkan bahawa dia kini sedang obses dengan perhiasan berunsurkan emas dan sentiasa ingin memakai batu bernilai itu meskipun hanya duduk di rumah Mawar Rashid a...
Menghadapi Virus Covid 19 Pengalaman Pahit Bagi 10 Ahli Keluarga Ini

Menghadapi Virus Covid 19 Pengalaman Pahit Bagi 10 Ahli Keluarga Ini

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 376 hits
Menghadapi Virus Covid 19 Pengalaman Pahit Bagi 10 Ahli Keluarga Ini ringkasan ini dikongsi untuk anda semua Hari ni jangkitan C19 di Kelantan dan seluruh malaysia makin meningkat sehingga ke Klik link untuk bacaan selanjutnya
10 Perkara Mengecewakan Pada Siri Samsung Galaxy S21

10 Perkara Mengecewakan Pada Siri Samsung Galaxy S21

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 237 hits
Samsung Galaxy S21 Galaxy S21 dan S21 Ultra dilancarkan secara rasmi minggu ini sebagai peranti mercu yang memegang panji panji Samsung dalam perang peranti mercu 2021 Dengan cip Exynos 2100 Samsung berharap kekecewaan tahun lalu akan dapat...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Amira Othman Buka Mulut Isu Mesra Dengan Fattah Amin Akui Ada Pihak Meluat

Saiful Apek Ditahan Azlee Tidak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Cancel Oleh Airasia Move Menawarkan Fungsi Pembatalan Efisen Untuk Sebarang Alasan

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Retaining Talent For Startup Growth

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka 2025 Malaysia International Marketing Trade Chamber Ppim 29 04 2025

Resipi Sotong Sumbat Kuah Percik Yang Sedap Kaya Rasa