Pengalaman Keguguran 10weeks Gugur Sendiri Atau D C


Assalamualaikum & Selamat pagi. Dah lama tak menulis kat blog. Banyak focus pada blog business . Cerita ni dah lama. dah setahun pun hahaha. Hadiah kenangan di tahun hujung 2019 dan pembukaan tahun yang kita nanti nantikan 2020 . Pengalaman sendiri mengandung anak ke 4 dan tiada rezeki gugur di 10minggu kehamilan
Bila Dahlia dah nak masuk 3tahun, Ainul dah mula beritahu suami plan nak ada anak lagi. Suami ok je. Dia ikut saya. sebab saya yang pregnant kan. dah la mengandung 3 girls ni alahan teruk. jadi agak fobio nak pregnant huhu. Tapi biasa la perempuan kejap je fobia dia. teringin nak bau baby kan
Bila dah merancang nak pregnant balik tu, mula la plan nak anak lelaki pulak. dah 3 perempuan tipu la tak teringin nak anak lelaki kan. Jadi mula la buat kajian, membaca sana sini, buat segala petua nak anak lelaki.
dan bila dah plan nak pregnant lagi, Ainul mula makan GLA Complex dengan cara makan untuk pregnant. Hah macammana tu? kena la beli GLA dengan saya hehehe
Ikutkan planning kalau jadi, anak ke 4 akan lahir selepas Dahlia dah berusia 4 tahun. memang plan anak at least jarak 3tahun ke atas. Ingat nak pregnant kena plan ye.  Setiap anak saya memang plan bila nak pregnant dan bila dah ready nak pregnant saya akan makan set kesuburan Shaklee. dengan cara yang betul Alhamdulillah berjaya pregnant 3kali dah .Cuma kali ke 3 ni tak berjaya. bukan rezeki bila keguguran 10minggu
Bila dah plan nak buat segala petua nak dapat anak lelaki, bulan yang saya plan tu Alhamdulillah saya pregnant. Masa tu pulak suami tiada ke Phuket . Rasa lain macam je . Kita yang dah biasa mengandung boleh rasa kan badan rasa lain, asyik nak tidur je hehhee
Suami balik tu ajak dia beli pregnancy test. Dia pun dah boleh agak sebab dah plan kan. Bila korang plan dan akan lebih teruja tau bila tau pregnant anak ke berapa pun. Sebab kita dua dua dah ready fizikal mental nak terima ahli keluarga baru
Bila check Alhamdulillah betul la apa yang kami jangkakan. Yes Saya pregnant anak ke 4
Beritahu anak anak yang lain semua teruja nak dapat baby. ” mama, ini baby boy kan ”  adoi anak anak pun teringin nak adik boy pulak. sebab adik girl lain macam mengada dia kan. hehehe
Jadi bila dah tahu pregnant, Ainul buka buku pink masa 7-8minggu. Sepanjang check up semua ok. scan pun baby ok. Tiada masalah kesihatan yang selalu wanita mengandung lewat usia kena mcm darah tinggi, gdm .
Sampai la suatu malam tu, nak p toilet nampak seurat darah pada panties. eh pelik sebab 3 kali pregnant sebelum ni tak pernah keluar apa apa. Google baca apa yang patut. ada yang cakap normal bleeding masa awal pregnant. oklah kan sebab sekali tu je dan tak banyak pun darahnya.
esoknya nak kencing, masa kencing perasan darah keluar dalam 1-2 urat. macam 1-2 helai rambut je. start rasa risau jadi whatsapp adik yang kerja doktor tanya . tanya kakak dan adik adik yang lain
Adik yang doktor cakap normal sebab saya takde sakit perut ke apa.  sebab adik yang doktor , kakak pernah bleeding teruk masa pregnant . Dengar cerita diaorang buat rasa ok la sikit. Cuma adik pesan better p klinik untuk lebih yakin kan
Malam tu ajak suami p klinik check. Ni geram kat doktor tu. doktor lelaki dia tanya ” ada sakit perut, bleeding banyak mana”
” tak de sakit perut, darah keluar sikit je ”
Jadi doktor takde scan apa pun, minta check air kencing je. lepas tu balik.Geram sebab at least scan ke apa ke kan. arghhh !!
Sabtu 28 Dec 2019
pukul 11pagi tengah layan movie dengan suami tetiba rasa ada sesuatu keluar. cepat cepat p toilet tengok ada darah fresh sebesar duit 50sen . terus ajak suami p hospital.
Sampai ke Hospital Shah Alam masuk ke kecemasan PAC tu, doktor datang scan dr bawah, bila check rupanya baby dah tiada heart beat. Masa dengar tu rasa macam blur . 1st time pengalaman jadi rasa sedih, blur, percaya tak percaya pun ada.
Doktor bagi appointment 2 minggu. Dalam masa 2 minggu kalau janin tak keluar sediri kena datang hospital untuk D&C. Seram pulak dengar pasal D&C tu. Adoiii takmau D&C boleh tak?
Dalam kereta , sepanjang nak balik rumah mertua (sebab anak anak lain kt sana) , air mata mengalir laju je. Baru rasa nak menangis. Entah la rasa kehilangan sangat huhu
2019 juga ada sesuatu terjadi pada ahli keluarga Ainul. dan bila kejadian mengejutkan Ainul sampai jadi panic attack. nanti ainul share bagaimana Ainul handle panic attack ni. tak la berbulan ada yang sampai anxiety tak boleh tidur. Syukur sebab buat Shaklee, makan Shaklee jadi banyak sangat membantu
jadi bila keguguran ni rasa lagi 1 kehilangan rasa down sangat. 2019 tahun paling menguji sangat.
Sabtu ahad tu rasa Ainul menangis je. Sampai suami pun tak tahu nak buat apa. dia ajak keluar jalan jalan, beli ice cream buat hati happy.
” ni anak ke 4 pun rasa sedih sangat macammana la orang yang baru nak pregnant, susah nak mengandung bila pregnant gugur pulak ”
rasanya puas la juga nak pujuk hati. Ada masa redha ada masa nangis sedih. emosi tak stabil betul
Sampai la dapat kekuatan , Ainul solat hajat dan setiap kali solat berdoa ” Ya ALLAH, jika anak ini dah tiada maka KAU ambil la dengan baik , mudahkan dia keluar dari rahimku ”
sambil usap perut Ainul cakap kat baby yang dah tiada nyawa ” baby sayang, pergi la mama redha. keluar elok elok tau ”
kenapa taip ni nangis pulak ni. huhuhu
 
Isnin 30 Dec 2019
Hari ni pulak spek mata suami patah. Jadi plan nak p buat spek. Hantar Arreessa Maryam ke rumah mertua. Selepas solat zohor tu, perut rasa memulas. Rasa macam nak period. Dalam hati dah rasa baby nak keluar ni. Terus togok vivix. takde sukat sukat dah. togok terus. Ya ALLAH mudahkan baby ni keluar elok, aku taknak D&C huhu
2 hari sebelum ni dok baca kat blog kisah orang lain yang keguguran, kena d&c . macammacam pikir. hehehe
Selepas zohor, suami ajak p buat Spek. oklah sakit perut mild je
Tengah nak tunggu spek suami siap dalam 1 jam , rasa sakit perut yang lebih kuat. macam contraction nak beranak -7cm. sakit sampai mengigil la juga. cuma menahan muka sakit sebab kat mall kan
masa tu terasa macam darah keluar. Beli pad kat farmasi. masuk toilet nak pakai pad, tengok darah banyak giler. period pun tak sebanyak tu. habis seluar. nasib baik pakai skirt. jadi cover la legging dalam yang dah penuh darah. pakai pad sampai 2 keping.
Lepas tu nak tunggu spek siap, rasa macam berpeluh peluh tahan contraction. macam ni ye nak gugur pun.
Spek pun siap dan jam dalam pukul 5 ptg. Dari mall nak ke kereta, tetiba ” pulp !!! ada benda keluar  !!!
Nasib baik pakai pad. jadi benda tu tak jatuh la. dalam kereta sambil menahan sakit contraction dan darah penuh skirt
Balik ke rumah mertua hantar Dahlia dan bersihkan diri. tukar baju, pad, seluar skirt. Berdebar nak buka seluar masa tu. takut nak tengok benda tu. ajak suami masuk toilet sekali hehehe
Suami pun buat buat berani  dia cakap dia pun takut  hihi
yang keluar seketul darah besar. tapi tak pasti janin macammana. bawa apa yang keluar tu masuk dalam plastik bawa ke hospital
Otw ke Hospital, perut tetap sakit. tetap ada contraction. ishhh belum keluar habis ke
Sampai ke PAC, kena tunggu lagi. dah petang dekat maghrib jadi ramai orang. macam mcam kes ibu mengandung. ada yang bleeding, darah tinggi, nak bersalin.
dah dekat pukul 7 doktor check. rupanya janin belum keluar. Doktor guna yang mulut itik tu dan korek keluar. masa tu sakitnya tak boleh nak cakap. sama sakit juga macam nak beranak
dan akhirnya janin keluar. sebenar tapak tangan la juga. doktor tunjuk ini ye dan masukkan dalam tabung untuk dibawa ke lab. takut bukan janin , kanser ke
Doktor scan rahim dan check rahim pun bersih elok. mungkin minum vivix kan. dan syukur tak perlu d&c dan warded . Syukur ALLAH makbulkan doa saya
pukul 8 malam balik rumah sebagai ibu berpantang tanpa baby
Keguguran saya berpantang ke? ye saya pantang 2 minggu. Saya buat semua amalan berpantang macam bertungku, urut, pakai stokin, bengkung.
kisah berpantang ni saya cerita di entry lain la ye
Sekian saja hadiah penghujung tahun 2019 dan tahun tahun baru , tahun yang dinanti kan 2020
Apapun bila 2020 berlalu saya bersyukur sebab ALLAH tak izinkan saya bersalin sebab yelah tengah musim covid kan. ikutkan due july 2020. masa tengah hot covid. seram kan.
Jadi bila apa apa terjadi kena yakin ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita dan baby.
nak pregnant lagi tak?
sekarang ni hold dulu la sebab takut la musim covid ni macam tak sesuai untuk pregnant lagi. cukupkan 3 girls yang ALLAH amanah kan untuk didik, jaga mereka
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Pengalaman Keguguran 10weeks. Gugur sendiri atau D&C appeared first on Ainul Mustafa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ainulmustafa.com/pengalaman-keguguran-10weeks-gugur-sendiri-atau-dc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Perkara Tentang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Pengalaman Sendiri Berhempas Pulas Nak Hidup

5 Perkara Tentang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Pengalaman Sendiri Berhempas Pulas Nak Hidup

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 274 hits
Bulan Oktober 2020 yang lepas cukup 10 tahun syarikat Sdn Bhd saya ditubuhkan Kalau entiti tu budak dah tentu boleh berlari ke kedai beli serbuk kari untuk emak dia masak Masa mula mula bisnes dulu semua kena buat sendiri Keluar buat sales ...
Wow Tudia Remaja Ini Bisnes Sendiri Ada Pengalaman Tolong Mak Bungkus Bawang Goreng Jual Pisang Goreng

Wow Tudia Remaja Ini Bisnes Sendiri Ada Pengalaman Tolong Mak Bungkus Bawang Goreng Jual Pisang Goreng

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 471 hits
Remaja ini bisnes sendiri selepas berhenti belajar tingkatan 6 ada pengalaman tolong mak bungkus bawang goreng jual pisang gorengIkhwan juga mula berjinak jinak sebagai YouTuber sejak April tahun lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih...
5 Rahasia Bisnis Modal Mepet Ala Bob Sadino Biar Buka Usaha Sendiri Nggak Sebatas Wacana Aja

5 Rahasia Bisnis Modal Mepet Ala Bob Sadino Biar Buka Usaha Sendiri Nggak Sebatas Wacana Aja

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 232 hits
Rahasia bisnis modal kecil ala Bob Sadino ini bakal bantu kamu yang masih ragu memulai bisnis dengan modal mepet
Tak Perlu Di Bincangkan Lagi Tentang Kesedapannya Di Akui Sendiri Oleh Pelanggan Dari Tahun 1970

Tak Perlu Di Bincangkan Lagi Tentang Kesedapannya Di Akui Sendiri Oleh Pelanggan Dari Tahun 1970

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 245 hits
Lokasi Medan Selera Greentown Utama Jalan Raja Ashman Shah Taman Fair Park 31400 Ipoh Perak Waktu Niaga Setiap Hari Isnin Sabtu 3 petang 8 malam Untuk Tempahan 017 545 877
Umno Jilat Ludahnya Sendiri

Umno Jilat Ludahnya Sendiri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 604 hits
Justeru UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara akan mempertimbangkan beberapa calon Sehubungan itu saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua Ahli Ahli Parlimen Saya ingin menyeru k...
Saya Maafkan Sesiapa Saja Orang Di Luar Mungkin Boleh Nilai Sendiri Ebit Lew

Saya Maafkan Sesiapa Saja Orang Di Luar Mungkin Boleh Nilai Sendiri Ebit Lew

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 332 hits
Saya maafkan sesiapa saja orang di luar mungkin boleh nilai sendiri Ebit LewSesi merakam keterangan pendakwah Ebit Lew dengan pihak polis Bukit Aman berhubung kes gangguan seksual mengambil masa selama lima jam sebelum lelaki itu dibenarkan...
Resipi Shell Out Seafood Homemade Buat Sendiri Lagi Puas Hati Anak Anak Berebut

Resipi Shell Out Seafood Homemade Buat Sendiri Lagi Puas Hati Anak Anak Berebut

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 363 hits
Membawa anak anak untuk makan di restoran buat ketika ini pastinya agak membimbangkan walaupun sudah dibenarkan untuk dine in di restoran Teringin nak makan shell out Apa kata kita buat sendiri di rumah Anak anak dan suami lagi puas hati ma...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord