Pengalaman Ke Big Bad Wolf 2019 Di Miecc The Mines
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Kali ini aku hanya nak berkongsi pengalaman aku ke salah satu pesta buku terbesar di Malaysia yang berlangsung pada bulan Disember dan telah pun berakhir. Pesta buku tersebut adalah Big Bad Wolf 2019
Daripada info di Wikipedia, Big Bad Wolf Books ataupun BBW Books adalah pesta buku yang berasal dari Malaysia dan kini telah diadakan di banyak negara lain seperti di Indonesia, Myanmar, Philippines, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan juga United Arab Emirates (UAE)
Big Bad Wolf 2019 yang aku kunjungi ini telah diadakan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan. Alhamdulillah, aku berpeluang bersama rakan untuk datang ke malam terakhir sebelum ia berakhir
BUKU SEKOLAH
BUKU KANAK-KANAK
Memang sangat banyak buku yang anda boleh beli! Malangnya aku sekadar datang untuk melawat sahaja. Tak sempat nak beli apa-apa buku sebab buku yang ada di rumah pun tak sempat nak baca. Satu lagi alasan sebab tak beli adalah kekurangan duit. Haha
Artikel Berkaitan : [ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 ]
Antara buku yang menarik.
Terasa tak?
Buat komik?
Memang banyak buku yang menarik dan harga yang murah. In shaa Allah kalau ada lagi anjuran pada tahun depan, aku akan sediakan duit siap-siap untuk beli buku. Selain beli untuk diri sendiri, mungkin boleh jugak aku jadikan buku sebagai hadiah untuk majlsi harijadi atau apa-apa sahaja
Ada pulak sale untuk tealive!
Untuk mereka yang tak suka membaca atau tak suka buku, mungkin datang ke tempat atau pesta buku macam ni akan jadi sesuatu yang membosankan. Tapi bagi aku, tempat-tempat macam ni best, sebab kita akan nampak banyak buku yang menarik. Jangn ingat bahawa buku itu membosankan sebab ada banyak buku yang menceritakan tentang topik-topik menarik
Walaupun info atau benda-benda menarik tu boleh sahaja di GOOGLE tapi bagi akulahkan, lebih suka mempunyai jasad atau bentuk fizikal , contohnya macam bukulah. Majulah industri buku untuk negara
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/12/pengalaman-ke-big-bad-wolf-2019-di.html