Pengalaman Digigit Kucing Jangan Ambil Mudah


Assalam dan salam Ramadhan

Nak cite sikit pasal pengalaman saya digigit kucing pada 30 Mac 2021 haritu. Alaa kena gigit kucing pun nak cerita ke? 
Haa ni memang saya nak cerita juga la sikit pengalaman ni dan mungkin penulisan ni agak panjang, lama dah tak tulis panjang-panjang ni

30 Mac 2021 haritu cuti sekolah, sedang tengok-tengok di luar nampak ada kucing tengah landing bawah kereta so saja nak acah2 dia dengan batu, sekali dia datang boleh pula dia terkam tangan saya tiba-tiba. 
Habis kena gigit dan calar tangan ni. Marah kot sebab dia rasa tertipu batu tu bukan ikan hihi. Aduhh tak pasal berdarah dan memang sakit sangat lah tangan ni kena gigit. Memang gigi taringnya tu rasa terbenam kat tangan, sakit sangat sampi nak gerak pergelangan tangan tu memang sakit sangatlah. Nak genggam sikit sakit, nak angkat botol air sakit, nak ambil wudhuk pun sakit

Lepas kena tu terus cuci dengan air dan sapu minyak gamat. Walaupun bahagian kena gigitan tu tak berdarah sangat tapi bahagian tu la paling sakit sebab kena gigi taringnya. Petang tu memang dah bengkak macam kena sengat tebuan

Lepas dah cuci luka semua tu terus sapu minyak gamat. Waktu ni baru nak jadi bengkak. Yang berlubang tu laa paling sakit huhu

Lepas tu mula la nak google sikit pasal gigitan kucing ni sebab memang pernah dengar pasal gigitan kucing ni sebenarnya bahaya. Yes, memang bahaya sebenarnya gigitan kucing ni sebab dulu pernah dengar mak cerita ada orang kampung saya dulu2 ada yang sampai kena potong tangan sebab luka digigit kucing akibat nak meleraikan kucing kelahi

Bila google punya google memang jelas banyak entri dan pos pasal gigitan kucing ni memang sangat bahaya, ada yang kena jangkitan kuman, kena operate, kena potong tangan, kena rabies (yang ni paling bahaya), dll. 
Boleh baca cerita di SINI tentang luka teruk sebab gigitan kucing yang hampir membawa maut. Bila baca macam-macam cerita ni mula la rasa tak sedap hati, elok tak demam rasa macam nak demam, malam tu juga pergi klinik

Sampai klinik je org klinik cakap kalau gigitan anjing/kucing ni kena refer terus hospital. Gulpp, memang betul bahaya ye gigitan ni sampai kena refer hospital

Sampai hospital 8pm doktor cuci dengan pembasmi kuman/ iodin kalau tak silap saya cecair warna oren tu. Dan saya diberi suntikan anti tetanus. Suntikan ni penting untuk cegah jangkitan kuman. Kalau sesiapa yang ada luka-luka dalam, kena besi karat, kemalangan ke memang perlu suntikan ni untuk elak luka kena septic dan elak kancing gigi

Esoknya kena datang lagi hospital bahagian spesialist klinik gigitan anjing dan kucing sebab dok nak tanya beberapa soalan berkenaan kucing tu. Katanya kawasan daerah saya duduk ni kawasan rabies, walaupun peratusan jangkitan rabies di sini rendah tapi perlu berjaga-jaga. Yang paling tak menyedapkan hati, kampung sebelah ada kes rabies. Anda boleh google tentang bahayanya rabies

Doktor pesan kena cari tuan punya kucing dan pastikan kucing tu dikurung 2 minggu untuk pastikan ia tak bergejala apa-apa. Andai kata kucing tu hilang atau mati, susah nanti. Mungkin saya kena 6 suntikan dok kata. Nasib kucing ni bertuan dan tuannya faham. Yang paling melegakan bila tuannya cakap kucing ni memang dh diberi vaksin. Kucingnya ni memang garang sikit maklum la dia abam long kawasan huhu. Memang lega sangat la sebab rabies ni memang sgt bahaya, lagi bahaya dari si covid. 
Tamat 2 minggu memang kucing tu sihat-sihat je cuma kesan luka dan sakit tu dekat seminggu juga baru hilang. 
Ni kesan gigitan hari ke 2, masih bengkak dan memang sakit
Hari ke 3. Dalam gambar macam tak nampak sangat bengkaknya tapi memang bengkak dan masih sakit

Hari ke 4 pun masih sakit
Hari ke 5 baru ada tanda bengkak tu dah surut sikit

Ini video sebaik saja digigit kucing :

Jadi di sini nak kongsi beberapa tips dan langkah bila terkena gigitan kucing ni :
- Lepas digigit atau dicakar, teruk atau tak teruk mesti basuh dengan air bersih dan sabun seeloknya sabun dettol dalam 15 minit untuk bersihkan kuman

Gigi kucing ni dipenuhi bakteria dan kuman serta mempunyai racun sebab tu kalau kucing lawan ular kucing biasanya menang

- Sapu minyak gamat tak berapa digalakkan, minyak gamat untuk luka-luka kecil sahaja

- Kena pastikan pemilik kucing dan pastikan kucing takde tanda-tanda rabies. Sebab tu lepas kena gigit kena pastikan kucing dikurung 2 minggu. Kucing pula kena kuarantin 2 minggu ye 🤭
- Terus pergi ke hospital untuk cuci luka dan dapatkan suntikan anti tetanus. Kalau luka lebih teruk mungkin doktor bagi antibiotik

- Kalau ada demam, kebas pada luka gigitan kucing tu cepat2 follow up ke hospital

Haa itu lah dia al kisahnya cerita kena gigit kucing. Macam tak pernah kena gigit je sebelum ni kan? Dah biasa dah dulu-dulu tapi yang ni laa agak teruk sikit hehe

Haa ini dia kucennya. Gambar seminggu sebelum kejadian huhu
Nasib baik waktu ni dia baik, kalau diserangnya adik Mateen kan haru dibuatnya huhu.

Abam long kawasan, dulu ada oyen kat sini. Tapi si oyen tu lama tak nampak, dia ni la jadi abam long kawasan

So kucen ni tak salah apa-apa, tuan dia lagi la tak bersalah. Yang salahnya jangan tegur kucing yang tengah moody hehe

Namun kena ingat, semanja-manja kucing, gigitan mereka ni bahaya dan segera dapatkan rawatan

Salam Ramadhan 2021

#sayangiKucing❤

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2021/04/pengalaman-digigit-kucing-jangan-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ambil Mudah Isu Kerajaangagal

Jangan Ambil Mudah Isu Kerajaangagal

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA Gerakan tanda pagar KerajaanGagal yang sedang trending di media sosial adalah perkara serius yang tidak boleh diambil mudah oleh kerajaan kata seorang penganalisis politik Bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata tanda pagar it...
Pengalaman Guna Servis Repair Laptop Murah Mudah Terbaik Di Techouz

Pengalaman Guna Servis Repair Laptop Murah Mudah Terbaik Di Techouz

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 334 hits
Pengalaman Guna Servis Repair Laptop Murah Mudah Terbaik di Techouz Waktu pandemik ni ramai yang mengeluh terutamanya di kalangan pelajar yang mempunyai masalah laptop rosak loading lambat dan sebagainya Seperti Cikza sendiri pernah juga ta...
Jangan Kedekut Dengan Kucing

Jangan Kedekut Dengan Kucing

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 290 hits
Jangan Kedekut Dengan Kucing Kadang kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah Jika seekor kucing datang meminta makanan tapi kita halau dia itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang Allah be...
Resepi Shellout Tak Banyak Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Shellout Tak Banyak Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 534 hits
Assalamualaikum Hi Semua Apa khabar Sihat Hari ini Nadhie rasa macam teringin nak makan shellout Tapi dekat tempat Nadhie ni memang susah sikit nak cari orang atau kedai yang buat shellout so kita buat sendiri sahajalah Memandangkan Nadhie ...
4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega Keju Harum Enak Menambat Selera

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega Keju Harum Enak Menambat Selera

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 441 hits
Ramadan yang tiba disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran Bulan penuh rahmat yang datang setahun sekali ini semestinya dimanfaatkan dengan sebaiknya Pada masa ini kaum ibu tentunya antara yang paling sibuk dalam menyediakan pelbaga...
Resepi Biskut Almond London Mudah

Resepi Biskut Almond London Mudah

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 881 hits
Antara resepi biskut raya yang popular dan boleh kata mahal juga jika dibeli sebalang tapi sebenarnya mudah dibuat ialah Biskut Almond London Jom saya sharekan resepinya yang biasa saya ikut Bahan bahan mentega 1 cawan mentega 250 gm 3 4 ca...
Tendang Main Bola Nampak Mudah Rupanya Banyak Anak Belajar Dengan Hanya Main Bola

Tendang Main Bola Nampak Mudah Rupanya Banyak Anak Belajar Dengan Hanya Main Bola

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 417 hits
Bermain bola adalah perkara asas anak anak bermain di rumah Bukan hanya memegang dan menendang bahkan membaling bola dan menangkap juga membaling bola ketika anak masih lagi kecil sebenarnya cukup baik untuk perkembangan mindanya Biasakan a...
Resipi M M Cookies Bahan Mudah Nak Buat Pun Senang Antara Biskut Raya Paling Laris

Resipi M M Cookies Bahan Mudah Nak Buat Pun Senang Antara Biskut Raya Paling Laris

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 530 hits
Biskut raya moden yang direka kreatif sememangnya buat kita mudah tertarik Apa lagi jika digabungkan bersama elemen yang enak dan sedap seperti coklat badam dan sebagainya Gabungan coklat m m antara yang cukup menarik perhatian anak anak ki...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian