Pengalaman Dan Perbezaan Laluan Laluan Dakian Bukit Kledang Ipoh Perak


Pengalaman Dan Perbezaan Laluan-Laluan Dakian Bukit Kledang Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry ini sesuai sangat dengan orang Ipoh sebabnya bukit ini terletak di Menglembu, Ipoh Perak. Setelah 5 tahun baru kali ini Sha dan rakan-rakan pejabat mula aktif beriadah selepas menyahut saranan Ketua Pengarah kami yang mahukan kakitangan menjaga kesihatan dan kekal cergas. Sepatutnya aktiviti ini dijalankan setiap hari jumaat sebelah petang selepas pegawai lelaki balik solat jumaat tetapi semalam kami awalkan kepada pagi hari khamis memandangkan pendakian kali ini mengikuti jalan yang sedikit jauh daripada biasa dan mengelakkan daripada lambat turun ke bawah. Program seperti ini Sha bersetuju untuk diadakan kerana sekali- sekala memang perlu melakukan aktiviti luar pejabat untuk mengekalkan kecergasan dan tidak hanya terperuk dengan kerja-kerja pejabat tambah pula ianya hanya mengambil masa separuh hari bekerja. Di samping untuk kecergasan dan kesihatan pegawai dan kakitangan, program seperti ini dapat memupuk semangat persahabatan dan kerjasama antara pegawai dan kakitangan yang ada


03 Oktober 2019 [ Khamis ] Sha dan rakan-rakan seramai 14 orang telah mencabar diri memulakan pendakian pada jam 9.00 pagi. Ini merupakan kali pertama Sha melalui laluan 54, sebelum ini paling kerap melalui jalan tar sahaja dan pernah merasa laluan 42 dan laluan 49. Berdasarkan pengalaman Sha melalui laluan-laluan ini Sha meletakkan carta seperti berikut mengikut tahap cabaran untuk Sha sendiri daripada paling mudah ke paling mencabar ;
1. Trek jalan tar

Trek yang agak mudah kerana tak perlu melalui pokok-pokok dan akar kayu, tetapi tetap mencabar fizikal. Mula-mula kenal Bukit Kledang Sha kenal jalan ini terlebih dahulu, dulu Sha selalu naik bersama rakan-rakan pejabat lama.

Pokok paling besar Sha jumpa sepanjang pendakian.
2. Trek 49 Bukit Kledang Ipoh, Perak.

Trek 49 terletak di kaki bukit berlainan dari point trek tar. Selain trek tar semua trek lain adalah sama puncanya cuma ada pecahan di atas bukit. Trek 49 Alhamdulillah bagi Sha tidak terlalu sukar berbanding trek 42 kerana bahagian bukit yang agak curam tidaklah panjang dan kebanyakkan adalah landai dan sangat memberi masa untuk kita menikmati bau hutan dan keindahan alam semulajadi yang ada


3. Trek 54 Bukit Kledang, Ipoh Perak.
Pada mulanya agak cuak untuk sertai pendakian di laluan ini kerana risau jika program diadakan sebelah petang, takut malam baru dapat turun tambah pula risau keadaan hujan. Tetapi akhirnya boss bagi kami naik belah pagi, jadi kita seronoklah dapat sertai kawan-kawan yang lain. Trek 54 lebih kurang Trek 49 tetapi jarak lebih jauh dan terdapat juga jalan curam yang agak panjang, tetapi atas bantuan dan semangat kawan-kawan yang ada kami semua selamat naik dan turun dengan selamat


4. Trek 42 Bukit Kledang Ipoh, Perak
Untuk Pendakian di Bukit Kledang pada Sha yang paling mencabar adalah Trek 42 kerana perjalanan yang curam lebih panjang dan amat memenatkan mental Sha. Sha lalui trek 42 ini bersama kawan baik Sha dari pejabat lama dahulu iaitu Emy. Tak akan Sha lupa perasan mahu sahaja melepaskan diri berguling-guling sendiri menuruni bukit tetapi apakan daya itu adalah mustahil walaupun Sha perlu merangkak terus ke atas dan turun seperti biasa



Gambar ini adalah perhentian pertama selepas memulakan perjalanan. Di sinilah permulaan sama ada ingin melalui jalan mana, sama ada trek 42 atau meneruskan perjalanan ke trek-trek lain. Rehat sekejap untuk minum air dan relaks sekejap


Gambar ini pula kami berkumpul untuk berehat dan mulakan perjalanan di trek 54. Waktu ini menunjukkan jam 10.07 pagi, selepas beberapa minit perjalanan kami jumpa pecahan trek 49 dan trek 54. Alhamdulillah akhirnya dapat juga Sha merasa trek 54 yang mana sebelum ini hanya dengar cerita daripada kawan-kawan lelaki yang dah selalu naik Bukit Kledang Ipoh ini


Letak juga gambar pakai baju hujan ni walaupun pakai sekejap sahaja sebabnya hujan tak lama, jadi tak adalah rasa membazir beli baju hujan pada hari sebelumnya. Untuk aktif hiking ke gunung-gunung jauh mungkin tak dapat jadi kita beli kelengkapan yang harnya biasa-biasa sahajalah


Persediaan Untuk Naik Bukit Kledang Ipoh, Perak
Baju hujan beli di tesco harga tak sampai Rm 4.00
Tongkat Sha beli di Mr.DIY sahaja dengan harga Rm16.90, cuma kasut khas untuk hiking belum ada

Air garam atau air isotonik. Sha beli air 100plus sahaja

Gula-gula berangin. Sha beli Halls perisa oren sahaja

Minyak panas

Sebelum ini Sha pernah kongsikan Tips Mendaki Bukit & Gunung ketika Sha kongsikan pengalaman mendaki Gunung Semanggol yang terletak di Kerian, Perak. Kalau korang tanya mana susah antara bukit kledang dengan Gunung Semanggol, pastinya Gunung Semanggol lebih mencabar kerana namanya pun gunung pastinya kecuraman lebih mencabar


Sekian perkongsian tak seberapa dari Sha. 10.00 pagi mula,pukul 2.00 petang selamat sampai ke bawah. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shalimaryusof.com/2019/10/laluan-laluan-di-bukit-kledang-ipoh-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ipoh Here We Come

Ipoh Here We Come

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 418 hits
Ipoh here we come Lepas subuh terus aku gerak ke JPN Sempat selamatkan anak si Phatah yang baru lahir lam stor Ngiau dari azan tadi Letak tempat yang ok pastu terus gerak Sampai kat JPN Aris selaku driver rasmi kitaorang sepanjang dua hari ...
Nuansa Senja Dari Bukit Wairinding Di Sumba

Nuansa Senja Dari Bukit Wairinding Di Sumba

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 206 hits
Buat para traveller dari luar Pulau Sumba menuju Bukit Wairinding bisa diakses dengan penerbangan yang dilayani sejumlah maskapai Untuk mereka yang dari Jakarta bisa menuju Denpasar atau Kupang terlebih dahulu sebelum akhirnya melanjutkan p...
Jalan Jalan Gunung Lang Ipoh

Jalan Jalan Gunung Lang Ipoh

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 629 hits
Jalan jalan Gunung Lang Ipoh Kawasan letak keretaOK kali ini destinasi kita ialah Gunung Lang Ipoh Sebenarnya tak susah pun nak ke sana Naik je highway PLUS Utara Selatan ke Ipoh kita akan nampak signboard Gunung Lang ini Tetapi sila perlah...
Air Melimpah Limpah Keluar Tebing Lombong Pecah Tenggelamkan Lebuh Raya Ipoh Lumut

Air Melimpah Limpah Keluar Tebing Lombong Pecah Tenggelamkan Lebuh Raya Ipoh Lumut

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 580 hits
Sebentar tadi tular beberapa video memaparkan kenderaan yang terpaksa meredah air kejadian yang didakwa berlaku di Lebuh raya Ipoh Lumut Ekspress terjadi berikutan tebing lombong berhampiran yang dipercayai pecah Siapa siapa nak ke Tronoh a...
Penduduk Terjejas Banjir Di Perak Kembali Ke Rumah Masing Masing Pagi Tadi

Penduduk Terjejas Banjir Di Perak Kembali Ke Rumah Masing Masing Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 235 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian

Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 418 hits
Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian Kami sampai ke lokasi perasmian di Movie Animation Park Studios Ipoh Perak ngam ngam dalam jam 1 petang Ada masa yang cukup untuk meronda melihat persediaan tuan...
4 Tempat Rare Yang Instagram Worthy Di Ipoh

4 Tempat Rare Yang Instagram Worthy Di Ipoh

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 663 hits
Biasanya orang ke Ipoh untuk jalan jalan cari makan Ipoh has more than just good food uols Misi roadtrip ke Ipoh kali ini mahu explore tempat tempat rare tempat orang jarang pergi tempat tak viral di Ipoh Bertolak awal pagi pulang semula ke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash