Jalan Jalan Gunung Lang Ipoh
Jalan jalan Gunung Lang, Ipoh
Kawasan letak kereta
OK kali ini destinasi kita ialah Gunung Lang, Ipoh. Sebenarnya tak susah pun nak ke sana. Naik je highway PLUS Utara Selatan ke Ipoh kita akan nampak signboard Gunung Lang ini. Tetapi sila perlahan sedikit supaya tak terlepas simpang keluar.
Apa yang menarik di Gunung Lang ini?
Kalau tanya orang tempatan mungkin diaorang kata tak payah pergi, yelah orang situ mesti dah boring jadi macam macam dalih diaorang akan cakap.
Bagi anda yang tak pernah singgah, singgah ler kejap kalau melalui hignway. Paling best ialah pemandangannya sebenarnya. Cantik sangat. Kalau ada masa naik la bot ke seberang jeti. Tak mahal, Rm3 sahaja. Disitu ada mini petting zoo. Macam macam spesis burung ada. Burung merpati bulu kerinting korang pernah tengok tak.? Kiranya okla bayaran Rm3 tu.. Dapat naik bot, cuci mata dan riadah sikit. Nak bagi ikan makan pun boleh, satu palet makanan Rm1 dan banyak pula tu. Jum layan gambar:
Kalau lapar boleh makan sementara menunggu bot tiba di jeti
Pemandangan dari jeti..mendebarkan..
Inilah bot yang akan kita naik nanti..
Boleh bagi makan ikan ..nampak tak? kalau tak nampak klik video nanti
ini dia ..merpati bulu kerinting..memang payah jumpa..
Papan cerita berkenaan Gunung Lang
Kawasan sekeliling jeti ini boleh dikatakan berangin jugak. Nampak memang sesuai untuk berjogging. Apa pun korang layan la gambar dan video yang aku share ini ye.
Moh kita ke Ipoh!
#gununglang
#ipoh
*kebanyakkan gambar telah dikecilkan size supaya senang loading..
Mohon layan dan subcribe sekali yer..
Jumpa lagi!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peluangtercipta.blogspot.com/2019/10/jalan-jalan-gunung-lang-ipoh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BukaMinda+%28Buka+Minda%29