Pengalaman Buruk Menghadiri Temuduga
Pengalaman membina kerjaya stabil memang akan mengalami jatuh bangun.. Kalau ada antara pembaca lepas grad terus dapat kerja memang sangaaaaaat bertuah kecuali ada kabel itu tak termasuk golongan yang saya maksudkan.. Nama pun jatuh mestilah sakit tapi itulah pengalaman yang mematangkan kita agar terus bangkit dan cekal menghadapi masa depan..
Terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri selepas saya baca entri yang dikongsi oleh sahabat blogger bernama Sayidah Napisah bertajuk Dapat Interview Kerja di 10 Scam Company Hal begini memang berlaku bila ada pihak mengambil kesempatan di atas desakan hidup orang lain..
Pengalaman Buruk Menghadiri TemudugaAl-kisah, sekitar tahun 90-an masa tu bekerja sepenuh masa sementara tunggu sambung belajar. Saya bekerja di sebuah legal firm tetapi ketika itu masih samar-samar sama ada untuk teruskan pengajian ke peringkat seterusnya dalam jurusan Undang-Undang atau bekerja sepenuh masa dengan firma guaman ini.. Gaji pun not bad, RM2,800.00 ketika itu agak besar, ada increment RM200.00 setiap tahun tetapi beban kerja sangat banyak dan stress. Jadi mulalah fikir untuk cari kerja lain.. Kebetulan saya ada kelulusan dalam bidang Business Management, Accounting & Computer Research, so hajat hati ingin beralih arah ke bidang perniagaan..
Maka saya pun belek iklan di suratkhabar The Star dan jumpa satu syarikat pengiklanan memerlukan Marketing Executive. Dalam fikiran dibuai angan-angan bekerja di syarikat pengiklanan dalam bidang marketing mesti best dan glamour.. Iyalah orang tak tahu dan masih mentah so tanpa membuang masa saya pun contact syarikat pengiklanan tersebut dan fix appointment untuk temuduga. Bila tarikh temuduga dah ditetapkan apa lagi apply leave. Saya masih ingat lagi lokasi syarikat tersebut di Seksyen 14 Petaling Jaya.
Sampai sana, ada sesi menunggu lebih kurang setengah jam.. Jenuh menunggu tetapi semangat ingin tahu dengan jawatan baru berkobar-kobar so tak rasa masa menunggu yang lama.. Bila nama dipanggil saya dikehendaki untuk sertai one group of people berpakaian smart dengan bertali leher dan beberapa wanita berpakaian kemeja dan seluar panjang. Setiap group ada 6 orang ahli termasuk seorang ketua kumpulan. Saya dibawa bersama mereka menaiki sebuah van menuju ke kawasan perdagangan di Bandar Sunway tanpa langsung menjelaskan motif apa untuk ke sana.
They said itu part of interviews and selection. So ikut sahaja.. Di sana mereka distributed lebih kurang 20 keping catalogs berupa discount voucher and membership cards, setiap satu dijual RM50.00. Mulalah mereka berlegar ke kawasan masing-masing membawa 20 keping catalogs seorang yang perlu dihabiskan sebelum pukul 5.00 petang. Pada pukul 5.00 petang van akan datang ambil semua balik ke pejabat di Seksyen 14, Petaling Jaya tadi. Saya diarahkan supaya ikut ketua kumpulan di mana ketua kumpulan akan tunjuk cara promote membership catalogs itu.
Masa tu, saya tak tahu nak kata apa... Dalam hati : "Habislah kalau jumpa kawan kolej atau my dad's friends atau lawyers my current bosses.. Mana aku letak muka, jumpa aku berlegar-legar pi jual catalog.. Aduhai malu, jatuh airmuka.."
So apa saya buat? Saya ikut sahaja apa arahan mereka lebih kurang 3 jam lepas itu saya minta split dan bergerak sendiri.. Saya keluarkan duit dari ATM, saya beli semua catalog sendiri, semuanya RM1,000.00.. Kemudian saya jumpa ketua kumpulan tadi dan beritahu saya berjaya jual semua dan minta izin untuk balik. Dari airmuka ketua kumpulan tadi nampak happy dan memuji saya berbakul-bakul.. Then he said, kami akan beritahu melalui phone jika saya berjaya untuk temuduga kali ini dan seterusnya ke temuduga stage kedua. I said 'OK' dalam hati whatever, janji dapat lepaskan diri dari situ.. So balik naik bas dan sempat berlegar-legar di Jusco untuk melepaskan perasaan nervous, penat dan baru terasa sangat lapar.
The next day saya terima sms memaklumkan bahawa saya berjaya dan layak untuk ke temuduga stage kedua.. Dalam hati berkata-kata : Memang tak akan aku jejak ke sana lagi.. Such a nightmare, pertama dan terakhir.. Itulah pengalaman saya, kadangkala terfikir mungkin sebab saya tak bersyukur dengan kerja dan gaji yang ada sebab itu Tuhan uji begitu. Bila kena baru rasa sendiri kannn..
Pesanan saya berhati-hati kepada sesiapa yang ingin memohon kerja di sesebuah syarikat. Study dulu latarbelakang syarikat berkenaan dan buat research berkaitan jawatan yang dipohon. Then baru ada confident untuk tempuh sesi temuduga itu nanti..
Begitulah kisah menghadiri temuduga from my personal experience.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/05/pengalaman-buruk-menghadiri-temuduga.html