Dah menjadi rutin harian hampir setiap wanita untuk memakai makeup. Setiap hari ada je iklan yang menggalakkan korang untuk mencuba produk kosmetik yang baharu. Walaupun makeup mampu buat korang lebih berkeyakinan dan berseri, namun setiap yang baik ada buruknya juga tau
Kredit: DermascopeBenda yang biasa dan agak sukar untuk kita elak, jerawat. Sama seperti kulit badan kita yang lain, kulit muka kita juga perlu bernafas. Foundation dan bedak yang korang pakai tu akan tersumbat di dalam liang pori sekaligus memudahkan untuk jerawat tumbuh
Kredit: Affiliated DermatologySalah satu kesan produk makeup pada kulit muka adalah kulit menjadi kering dan merekah. Sesetengah kesan produk juga akan jadikan muka korang kusam. Bila dah kering, mula lah kedutan akan jelas kelihatan pada kulit muka
Kredit: The Express TribuneTak dapat dinafikan lagi produk makeup akan membuatkan penuaan yang lebih cepat. Nak tahu kenapa? Haa.. bahan kimia yang digunakan dalam makeup tu sebenarnya mengeringkan serta menyerap vitamin dan mineral penting yang sedia ada dalam kulit korang. End up kulit korang akan berkedut dan kering kerana kelembapan semulajadi tu hilang
Makeup mata adalah yang paling kerap dilakukan walaupun untuk pengguna makeup yang light. Penting untuk korang tahu, mata dan kulit di sekelilingnya adalah yang paling sensitif
Bunyi pun menakutkan betul tak? Kebanyakkan barangan kosmetik yang dijual di pasaran sekarang mempunyai bahan-bahan toksik. Ia mudah diserap oleh kulit korang sekaligus boleh menyebabkan kanser kulit|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |