Pengalaman Buat Rawatan Wajah Di Klinik Dr Bazilah Bangi
hai assalammualaikum
Pengalaman Buat Rawatan Wajah Di Klinik Dr Bazilah Bangi - Dah lama nad nak buat rawatan wajah. Bertahun juga la tak pernah buat rawatan muka ni, sampai muka pun ada macam-macam masalah. Tak pernah cek pun masalah kulit muka ni, hanya bergantung kepada skincare je. Haritu, entah, tergerak hati nak pergi buat rawatan wajah. Sebab bagi nad, dah sampai masa untuk nad tau keadaan muka nad ni. Bagitau dekat suami, nak buat rawatan wajah, tapi nak buat dekat Aesthetic Clinic. Dia pun ok je sebab suami pun kalau boleh nak isteri cantik kan.. Kihkih. Dia pun ambil kisah pasal masalah kulit muka nad tau..Nad ni kalau dah nak, memang mesti nak buat. Jadi, nad ajak suami buat rawatan muka dekat Klinik Dr Bazilah di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Sesekali rawat muka kita ni, tak salah pun. Muka nad pula jenis yang berparut, lepas tu macam kusam sedikit. nampak macam tak teruk, tapi tetap juga nak buat rawatan wajah ni. Banyak kebaikan buat rawatan wajah ni. Sekurangnya kita tau masalah muka kita ni, kering ke, berminyak ke atau kombinasi. Nad pun dah set appoitment untuk buat rawatan hari Khamis haritu. Senang kalau dah buat appoitment, datang takyah tunggu lama.
Pengalaman Buat Rawatan Wajah Di Klinik Dr Bazilah BangiNad tau berkenaan Klinik Dr Bazilah ni pun sebab ada kawan recommend, dia kata kalau ada masalah kulit boleh pergi Klinik Dr Bazilah. So, Nad pun google dan jumpa website dan instagram dia.
https://www.drbazilah.com/
Nad tengok dia buat pelbagai rawatan masalah kulit. Lagi satu nad lebih yakin buat dekat sini sebab Dr Bazilah ni adalah seorang doktor yang berpengalaman merawat penyakit kulit.
Senang je nak pergi Klinik Dr Bazilah ni, waze sahaja terus sampai. Dari luar dah terpampang besar nama klinik. Memang nak buat rawatan pun kene bawak anak-anak ye..hehee..Almaklumla, takde orang gaji atau tempat nursery nak tinggal.
Masuk dalam, tengok tempat menunggu dia, cantik, dan selesa. Tak risau bila tinggal anak dekat sini, sebab siap ada buku semua disediakan.
Klinik ni ada buat pelbagai rawatan kulit, aesthethic, laser, jerawat muka, jerawat badan, masalah rambut, Hifu, Dermapen dan macam-macam lagi. Boleh tengok dekat gambar tu. Kira semua jenis rawatan klinik ni ada. Boleh klik link ni juga untuk tengok service mereka ( https://www.drbazilah.com/services ).
Sampai masa giliran nad untuk buat rawatan, berdepan sendiri dengan Dr Bazilah. Best sangat dekat sini sebab doktor sampaikan mengenai rawatan dengan jelas. Masa tu memang nad dah siap-siap cakap nak buat rawatan acne, parut jerawat ni. Doktor cakap, kesan parut dekat muka nad takda teruk sangat. Kemudian dibawa ke mesin untuk scan analysis muka nad ni. Part ni la paling best sebab nad boleh tau masalah muka nad.
Lawaknya, selama ni nad fikir muka nad jenis berminyak dan sensitif. Rupanya, kulit nad jenis kombinasi..kahkahkah..Tu la, main hentam je tak pernah cek muka kan. Mungkin dari mata kasar tak nampak apa yang ada dekat kulit muak kita ni, bila discan, hah!!, diam terkedu jela..Masa scan, muka nad kurang moist, pori terbuka, ada jeragat sikit, sebab kurangnya penggunaan moisturizer dan sunblock. Glup!!, tak sangka sunblock tu penting..Ya, nad memang kurang pakai sunblock. Lepas ni kena rajin pakai sunblock. Penting weii!!! Kita kena jaga kulit muka kita dari sentiasa terdedah dengan sinaran UV, dan sinaran UV ni bukan sahaja sinaran yang terhasil dari matahari, ia juga sinaran dari lampu-lampu yang kita duduk dekat office/bilik tu.. Haa sinaran itu juga akan effect pada kulit kita kalau kita tak cover dengan sunblock.
Lepas tu terus buat rawatan wajah. memang ditunggu sebab dah lama muka ni tak dibelai dan dimanja. Dah lama muka ni tak sentuh apa-apa mesin khas pun..memang tak sabar nak bersihkan muka ni, nak baik pulih masalah muka ni.
Ni la bilik rawatan yang disediakan. Bestnya, semua kakitangan dekat sini adalah perempuan. Jadi, takde risau sangat kan.
Tempat ni memang friendly sangat, sebab katanya, anak-anak boleh masuk tengok rawatan. Tapi pastikan anak-anak takde buat hal, jenis duduk diam..haha. macam anak nad memang sekejap-sekejap cari mak dia ye..jadi, daddynya kena la sekejap-sekejap masuk.
Langkah Rawatan Yang Dilakukan Ke Atas Nad
Sepanjang rawatan di buat, staff yang buat rawatan muka tu akan inform apa langkah yang dia nak buat, apa yang dia apply, apa kegunaan mesin tu. So, kat sini yang kita akan faham setiap rawatan yang dia buat.
Langkah Pertama
Pertama sekali, muka kenala di cuci dahulu daripada segala makeup, kekotoran yang ada di muka..hehee..Tu la dah tau nak buat rawatn, pakai makeup juga. Tapi, rasanya tak pakai makeup pun dia akan bersihkan juga, sebab nak bagi bersih sebersihnya muka kita sebelum buat rawatan.
Langkah Kedua
Selepas tu, dia sedut muka kita denagn mesin khas. Best sangat part ni, sebab dia sedut sel mati yang ada dekat muka. Tak sakit pun, rasa best, puas..hahaha..
Langkah Ketiga
Kemudian, buang blackhead dan whitehead. Syok gila pakai benda alah ni. Pernah dulu, sebelum kawin aku buat facial muka, dia buang whitehead guna benda tajam tu, habis la muka nad, merah lepas tu makin teruk..eeee...disebabkan itu nad takut nak pergi buat rawatan muka. Tapi tak sangka, sekarang pelbagai mesin dah ada, yang lebih selamat dan sesuai untuk digunakan. Memang rasa bersih je hidung dan bahagian atas dagu ni dibersihkan.
Langkah Keempat
Seterusnya, peeling wajah. Part ni dia cakap akan rasa pedih sikit. Memang rasa pedih tapi sekejap je. kesan peeling ni akan buat kulit kita mengelupas, tapi tak teruk. Jadi dia nasihatkan jangan kopek kulit tu, biarkan sahaja. Peeling ni untuk menghilangakn sel kulit mati. Lapisan kulit yang tumbuh setelah peeling wajah dilakukan akan tampak lebih halus dan lebih muda.
Langkah Kelima
Hah, part ni dia urut bahagian pipi. Katanya boleh runcingkan pipi, tapi kene buat hari-hari..hehee..Memang best. Ada rasa suam-suam sikit.
Langkah Keenam
Selesai semua, pakai mask. Hah, mask penting ok. Jadi tunggu 10 minit.
Langkah Ketujuh
Ni part terakhir, pakai sunblock..Hah!! Lepas ni jangan skip pakai sunblock..hehee
Boleh tengok video nad buat rawatan..
Sepanjang rawatan, doktor akan datang tengok dan bagitau berkenaan masalah muka dan cadangkan rawatan susulan yang terbaik. Dr Bazilah ada cakap, untuk buat rawatan laser, tapi nad belum cukup berani lagi. Memang elok, sebab boleh hilangkan parut jerawat ni, tunggu keberanian tu datang..ehhee..
Nad punya rawatan tak lama pun, sebab nad punya skin problem takda masalah sangat. Jadi ambil masa setengah jam macam tu.
Dekat sini semua staff memang berkelulusan dah di training dengan baik. So takde masalah pun. Lagipun klinik ni berlesen di bawah KKM yang menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa pada umumnya untuk masalah kulit khususnya. Segala peralatan dan ubatan memang khas untuk klinik punya.
Dekat sini pun ada segala ubatan dan skincare yang dijual, yang sesuai dengan korang punya masalah kulit.
Klinik Sesuai Untuk Semua Pringkat Umur
Klinik ni sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak sampaila dewasa. Untuk yang ada masalah ekzema, masalah kulit, jerawat, ketuat, segala penyakit kulit, nad rekomen sangat untuk korang datang ke sini.
Selesai je buat rawatan, doktor bagi tips penjagaan kulit.
Komen nad untuk pengalaman pertama buat rawatan di Klinik Dr Bazilah
- Tempat yang sangat selesa
- Doktor dan staff lain sangat peramah dan membuat rawatan dengan baik.
- Rawatan yang diberikan memang terbaik
- Lebih segar dan bersih muka
Lepas nad buat rawatan dekat sini, nad rasa muka nad tambah elok. Rasa lebih yakin untuk tidak memakai makeup tebal. Gambar ni, nad keluar hanya pakai moisturizer, sunblock dan cc cream. Siap tanya suami,
'abang muka sayang cantik tak, comel tak '..
suami cakap kalau nad makeup tebal tak lawa, kalau makeup nipis lawa..
terus cakap ' ni tak makeup tebal la, tak pakai foundation pun '..
Dia pun cakap ' hah, cantik la tu "..arghh gitu..
apa lagi terus nad cakap ' lepas ni bolehla bawak sayang buat rawatan lagi dekat Klinik Dr Bazilah '..hehehe..
Lepas ni i nak buat laser pulak la....
Apa-apa pun, korang boleh tengok maklumat Klinik Dr Bazilah di seksyen 9, Bandar Baru Bangi atau google je website klinik ni di https://www.drbazilah.com/
Kalau nak tengok facebook dan instagram diaorang pun boleh
Facebook: https://www.facebook.com/drbazilah/
Instagram: https://www.instagram.com/klinikdrbazilah/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/12/pengalaman-buat-rawatan-wajah-di-klinik.html