Kitohana O Bubbly Mask Menyegarkan Mencerahkan Meremajakan Kulit Wajah
Sebagai wanita haruslah menggunakan mask atau topeng wajah dalam set penjagaan kecantikan di mana untuk digunakan sekali atau dua kali dalam seminggu. Dengan mask wajah ini dapat merawat, melembapkan dan mencerahkan wajah dari segala masalah yang ada di muka kita. Pelbagai jenis mask yang berada di pasaran seperti masker krim, masker gel, masker tanah liat dan kepingan masker. Hahh banyak kan mask ni tapi kali ni mama nak mencuba Kitohana O² Bubbly Mask.
Untuk pengetahuan semua, produk Kitohana ini adalah produk terbaru di pasaran Malaysia dengan formulasi dari France. Produk Kitohana adalah bebas paraben dan menggunakan 100% bahan semulajadi. Bagi Kitohana O² Bubbly Mask ini dalam series Moist Li Cious untuk mengekalkan kelembapan yang seimbang. Bagi series Moist Li Cious ini terdiri daripada Foaming Cleanser, Aqua Mask, Aqua Essence, Day Protector, Night Cream dan O² Bubbly Mask.
Series Moist Li Cious ini sangat lengkap dengan menggabungkan penghidratan sepanjang hari serta merawat kulit supaya kulit kelihatan lebih muda, segar dan sihat. Tapi mama hanya nak review Kitohana O² Bubbly Mask ni jer ok. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang sensetif.
Kitohana O² Bubbly Mask adalah satu mask gel dimana ia akan berubah menjadi gelembung oksigen yang kecil apabila disapu dengan kulit yang sangat bagus untuk merawat, menghilangkan kotoran dari dalam, minyak berlebihan dan menghasilkan kulit yang lebih cerah.
O² Bubbly Mask ini dilengkap dengan Aloe Vera, Asid hyaluronik dan minyak biji buah delima untuk kulit sihat dan berseri. Yang lagi menarik dengan mask ini dapat memberikan kulit kelihatan lebih lembut, licin, lebih melembapkan dan garis-garis halus serta kedutan di wajah kelihatan berkurangan. Ini pakai secara konsisten sure muka mama cantik kan. Hahh gitu.
Cara penggunaannya :-
Sapukan Kitohana O² Bubbly Mask ke seluruh muka yang dibersihkan, elakkan terkena kawasan mata dan bibir. Setelah beberapa saat, muka akan ditutup dengan gelembung oksigen dan biarkan selama 5 - 10 minit di wajah. Bilas selepas semua buih hilang sehingga bersih. Kulit akan menjadi lembut dan cerah selepas membilas. Disarankan guna Kitohana O² Bubbly Mask ini 3 - 4 kali seminggu atau bergantung kepada keperluan individu.
REVIEW MAMA | Hampir 2 minggu mama menggunakan Kitohana O² Bubbly Mask memang best yer guna dekat muka. Yang lagi best masa selepas sapu dekat muka dan bertukar bubble oksigen macam rasa gatal-gatal dekat muka. hahaha tapi tu sebenarnya bubble oksigen bertindak di kulit. Selepas bilas wajah dan kulit rasa lebih segar, lebih lembut dan nampak muka glowing jer. Nak dapatkan kulit lebih sihat kena pakai mask ini 3 atau 4 kali seminggu baru lah dapat kulit muka yang cantik dan wajah lebih muda.
Antara mask yang paling mama suka setakat ini sebab tak perlu pakai lama mask sehingga kering mask tersebut. Hanya tunggu bubble oksigen mask hilang dan boleh bilas dengan air. Sangat mudah dan yang penting selepas bilas mask ini kulit tidak kering malah melembapkan dan melembutkan kulit. Selalunya mama gunakan mask sebelum mama pakai makeup untuk keluar pergi event. Mama dapat rasakan makeup mama lebih smooth dan makeup lebih tahan lama. Seriously mama puas hati dengan Kitohana O² Bubbly Mask. Harganya hanya RM128.00 untuk 30ml
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kitohana ini boleh layari :
Website : www.kitohana.comFacebook : www.facebook.com/kitohana.officialInstagram : www.instagram.com/kitohana_official
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2019/12/kitohana-o-bubbly-mask-menyegarkan.html