Pengalaman Bersalin Di Wisma Bersalin Ikhwan Country Homes Rawang


Assalamualaikum. Dua hari lepas genap umur Huwainaa Khayra 14 bulan. Sudah pandai merajuk dan meminta sesuatu. Cuba kalau mama tidak bagi, terus dia rebahkan kepala atau badan atas lantai. Tanda merajuklah tu.

Pengalaman bersalin di Wisma Bersalin Ikhwan, Country Homes, Rawang | Bersalinkan anak kedua memang tidak sama dengan bersalinkan anak pertama. Memang betul sakit bersalin tetap sama cuma pengalamannya berbeza. Abang Thaqif dahulu kami ambil keputusan untuk bersalin di Hospital kerajaan iaitu Hospital Selayang yang lebih hampir dengan rumah.
Untuk anak kedua, kami memilih untuk bersalin di hospital swasta kerana hampir juga dengan rumah. Kami berpindah tempat tinggal ketika umur Thaqif 8 bulan waktu itu. Sewaktu disahkan mengandung, Fiza mula mendaftar diri di Klinik Kesihatan Batu Arang sewaktu usia kandungan 4 bulan. Agak lambat tetapi sebelum itu Fiza telah mendapatkan rawatan di Putra Medical Centre Sg.Buloh dan Poliklinik Ikhwan untuk scan janin.

Lega bila buku pink telah berada di tangan. Fiza tetap mendapatkan khidmat klinik kesihatan setiap bulan dan scan baby di hospital swasta untuk kepuasan diri sendiri dan memastikan baby benar-besar sihat dan membesar mengikut pembesaran yang ditetapkan.
HB rendah atau darah rendah ketika mengandung memang Fiza tidak dapat elakkan. Bila bacaan telah mencecah 10, waktu itu memang gelabah juga sebab ia amat merbahaya buat ibu dan bayi. Sesuatu perlu dilakukan. Supliment dan makanan menambahkan darah Fiza perlu ambil untuk elakkan risiko yang tidak elok terjadi. Alhamdulillah semuanya normal sebelum bersalin.
Berat badan Fiza juga tidak naik mendadak seperti mengandungkan si abang. Sebulan naik 1 kg kadang-kadang setengah kg. Ia tidak merbahaya janji baby sihat. Fiza juga terselamat daripada minum air gula kerana berat badan Fiza tidak naik mendadak dan terlepas daripada risiko diabetis atau kencing manis.
Bila usia kandungan 8 bulan, Fiza teruskan pemeriksaan setiap 2 minggu sekali di Poliklinik Ikhwan. Untuk bersalin di Wisma Bersalin Ikhwan, ibu mesti mendapatkan rawatan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum bersalin di poliklinik mereka supaya mereka dapat merekod kesihatan kita.
Pertama kali Thaqif melihat adiknya, nenek pegang baby
Tarikh dijangka bersalin adalah pada 22 Disember 2017. Fiza telah mengambil cuti untuk bersalin seminggu awal untuk berehat di rumah dan menunggu kelahiran sahaja. Teringin juga untuk lahirkan baby lebih awal seperti orang lain sebab tidak larat nak tunggu sehingga 40 minggu. Tetapi lupakan sahajalah niat itu. Thaqif dahulu terpaksa induce sehari sebelum tarikh jangka disebabkan pecah air ketuban dan Huwainaa pula kali ini lambat sehari. Mujur tidak induce. 

Pada 22 Disember 2017 jam 4 pagi, Fiza mula terasa sakit. Tetapi disebabkan tiada pengalaman sakit bersalin, kami terus bergegas ke Wisma Bersalin Ikhwan. Tiba di sana, doktor pun on call. Doktor bertanyakan kekerapan sakit dan waktu tersebut hanya sekali atau dua kali sahaja sakit. Bila diperiksa, jalan baru dibuka 2cm.
Kami dinasihatkan pulang dan doktor menasihatkan supaya datang apabila sakit datang kerap, dan banyak dalam masa sejam. Kami pun pulang ke rumah dahulu. Dan apabila pulang, tiada sebarang tanda dan sakit pula. Seharian Fiza menunggu untuk sakit datang. Tetapi masih tiada apa-apa. Yelah risau sebab due hari tersebut tapi baby masih tidak mahu keluar.
Kami pun bersabar sahaja, mungkin belum masanya lagi. Malam tersebut sebelum hendak  tidur, tiba-tiba sakit datang. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Fiza hanya bertenang dan doktor nasihatkan untuk melihat kekerapan sakit dalam setiap minit. 
Lama-kelamaan sakit makin kerap, daripada setengah jam kepada 20 minit, kepada 10 minit, dan terus kami bergerak ke Wisma bersalin. Perjalanan lebih kurang 10 minit sahaja daripada rumah. Fiza dimasukkan ke bilik bersalin jam 12.15 tengah malam. Apabila diperiksa bukaan telah mencecah 8 cm dan bersedia untuk bersalin. 
Berkumandang ayat suci al-quran di dalam wisma bersalin menjadikan suasana waktu itu terasa sangat tenang walaupun sakit bersalin memang tidak dapat digambarkan. Memang Fiza puji sangat suasana sebegini dan sepatutnya dilaksanakan juga di hospital lain.
23 Disember 2017, Ahad, jam 12.57 tengah malam, Fiza selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5kg secara normal. Alhamdulillah kerana segalanya dipermudahkan walaupun lambat sehari. 

Fiza dipisahkan dengan baby selama 6 jam kerana untuk memberi rehat kepada si ibu. Sepanjang malam Fiza tidak dapat tidur kerana hendak bertemu dengan baby tetapi apa yang boleh Fiza lakukan, hanya berbaring dan menunggu waktu subuh. Terasa tidak sabar untuk pegang baby lagi. Hanya terdengar tangisan Huwainaa waktu itu bersama baby lain yang lahir pada tarikh yang sama.
Waktu subuh, nurse serahkan Huwainaa kepada Fiza, seronoknya bila dapat pegang dan bau baby baru lahir. Memang Fiza cium puas-puas sebab pengalaman ini hanya sekali seumur hidup. 
Pukul 3 petang hari yang sama, selepas makan tengah hari, kami dibenarkan untuk discharge. Tidak sabar hendak bawa baby baru ke rumah sebab ramai saudara yang menunggu untuk bertemu Huwainaa.
Begitulah pengalaman Fiza melahirkan Huwainaa Khayra di Wisma Bersalin Ikhwan yang terletak di Country Homes, Rawang. Fiza puji akan kecekapan doktor, nurse dan pembantu yang berkhidmat di situ. Seronok berada di Wisma Bersalin Ikhwan.
Wassalam.
Bacaan lain. Kelahiran puteri sulung di Wisma Bersalin Ikhwan, Country Homes, Rawang. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ourmemoria.blogspot.com/2019/02/pengalaman-bersalin-di-wisma-bersalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlebih Lasak Stres Adiela Ridzuan Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Kedua 1 94kg Pada Minggu Ke 33

Terlebih Lasak Stres Adiela Ridzuan Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Kedua 1 94kg Pada Minggu Ke 33

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 609 hits
Model deejay Adiela Ridzuan berkongsi kisahnya bersalinkan anak keduanya pada usia kandungan 33 minggu Kelahiran pada sebelum kandungan mencecah usia 37 minggu adalah dikategorikan kelahiran pramatang Melalui Instagram Adiela yang bertugas ...
5 Kisah Pengalaman Horor Nyata Di Ruang Bersalin Bukan Menakut Nakuti Karena Ini Penting Untuk Diketahui

5 Kisah Pengalaman Horor Nyata Di Ruang Bersalin Bukan Menakut Nakuti Karena Ini Penting Untuk Diketahui

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 238 hits
Ini lo cerita kasak kusuk di belakang yang kalau ditanya suka malu tapi mengundang rasa penasaran juga Masa kamu nggak mau tahu
Kenali Jenis Nifas Luka Bersalin Pemakanan Hadkan Pelawat 9 Tugas Ini Suami Perlu Buat Bila Isteri Berpantang

Kenali Jenis Nifas Luka Bersalin Pemakanan Hadkan Pelawat 9 Tugas Ini Suami Perlu Buat Bila Isteri Berpantang

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 669 hits
Setelah melalui proses kelahiran dan berpantang seorang ibu akan menempuhi pelbagai cabaran disamping menguruskan bayi Bantuan dan keprihatinan daripada suami akan amat menolong dalam proses pemulihan ini Jururawat berkongsi info mengenai a...
Persediaan Keperluan Bayi Ke Hospital Sebelum Bersalin

Persediaan Keperluan Bayi Ke Hospital Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1964 hits
Salam kesayangan Lamanya Nora tak update blog Mood kemalasan dan sebenarnya terfikir nak closed je blog ni Tapi tulah sayang pula sebab dari suka suka boleh jana income dan sekarang macam nak kembali seperti dulu Blog just suka suka Aci tak...
Petua Mengekalkan Bentuk Badan Selepas Bersalin

Petua Mengekalkan Bentuk Badan Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 406 hits
Setiap wanita tentu inginkan bentuk badan mereka tetap segar dan langsing walaupun telah melahirkan beberapa orang anak Untuk mengekalkan kemudaan ada petua yg boleh diikuti terutamanya bagi ibu ibu yg lepas bersalin Petua Mengekalkan Bentu...
Rupanya Ada Sebab Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin Ini 4 Kebaikannya

Rupanya Ada Sebab Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin Ini 4 Kebaikannya

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 344 hits
Menjelang proses bersalin ibu hamil akan diminta oleh doktor untuk mencukur bulu kemaluan Pernah tak anda tertanya tanya kenapa persediaan sebelum bersalin ini amat penting Sebenarnya mencukur bulu kemaluan semasa bersalin amat membantu ibu...
Pernafasan Dalaman Makan Minum Posisi Ikut Arahan Tip Penting Bersalin Meneran Perlu Banyak Tenaga

Pernafasan Dalaman Makan Minum Posisi Ikut Arahan Tip Penting Bersalin Meneran Perlu Banyak Tenaga

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 410 hits
Perlunya ibu mengamalkan pernafasan dalaman mengambil makanan dan minuman posisi yang semasa dan mengikut arahan petugas perubatan semasa bersalin Perkongsian ini boleh dijadikan panduan Jururawat berkongsi mengenai tip yang perlu dilakukan...
Bukaan 3cm 10cm Sejam Lebih Baby Keluar Doktor Tak Sempat Sambut Mudah Ayu Raudhah Bersalin

Bukaan 3cm 10cm Sejam Lebih Baby Keluar Doktor Tak Sempat Sambut Mudah Ayu Raudhah Bersalin

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 720 hits
Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi keempatnya di salah sebuah pusat perubatan swasta pada pagi 14 Februari Isteri kepada pemain bola sepak Zaquan Adha itu telah menimang cahaya mata lelaki ketiga selepas mempunyai dua anak lelaki d...
Tiga Bulan Terlantar Di Icu Akibat Jantung Terhenti Masa Bersalin Mama Kena Kuat Demi Syahmi

Tiga Bulan Terlantar Di Icu Akibat Jantung Terhenti Masa Bersalin Mama Kena Kuat Demi Syahmi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 878 hits
Sejak dilahirkan hingga usia 3 bulan Muhammad Syahmi belum merasai pelukan mamanya seperti bayi lain Ini berikutan mamanya Nor Fadilla Che Par 28 terus koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi dan jantungnya terhenti seca...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri