Pengalaman Bersalin Caesarean
Bersalin adalah satu pengalaman yang sangat istimewa dan penuh makna serta menakutkan. 😅 Tak semua kelahiran berjalan seperti yang dirancang walaupun kau dah bersalin tiga empat orang anak sekalipun, pasti tiap anak mempunyai pengalaman berbeza. Kali ini aku nak kongsikan pengalaman bersalin anak yang kedua secara Emergency Caesar
Sepanjang mengandung untuk kali kedua ni, aku tak mengalami sebarang alahan sama seperti waktu mengandung anak pertama. Cumanya mengandung kali ni sangkut GDM in diet control. Sewaktu scan kandungan semasa usia memasuki 36 minggu di Klinik O&G Priba, doktor detect air ketuban kurang dan baby pun kecil 2 minggu dari usia kandungan. Bacaan air ketuban kalau tak silap aku dalam 6+, yang normal 8 ke atas
Selepas scan doktor cakap,"Minggu depan kita scan balik, kalau air ketuban kurang juga kita terpaksa induce ya puan"
Aku balik rumah dengan perasaan bercampur-baur. Takut, excited nak jumpa baby tapi pada masa yang sama berharap semua baik-baik saja bila scan minggu depan. Sempat juga aku google cara nak banyakkan air ketuban, salah satunya makan buah tembikai. Tapi aku GDM, tak elok kalau makan banyak tembikai. At the end minum air masak je banyak, tembikai makan secara berpada-pada
The next week, doktor pakar terus scan kau. Hasilnya, air ketuban makin kurang, bacaan 5 je dan baby pun tak membesar
Doktor kata,"Masuk wad la, kita induce".
Rasa nak pecah empangan air mata. Aku diberi pilihan nak admit terus pada hari yang sama atau esok. Haruslah aku pilih esok
Admit Ward Priba, HSNZKeesokannya, setelah begitu begini admit la aku dalam tengah hari. Pada jam 2.30 petang pertama kali aku diinduce. Doktor cek jalan masih belum ada bukaan, jadi perlu induce ubat dahulu. Aku dah start nervous sebab tak pasti kesakitan yang bakal dilalui macam mana 😂 Orang kata kalau induce lagi sakit. Beberapa jam lepas tu, ada rasa contraction sikit on off. Ingat makin sakit rupanya malam tu hilang sakit terus. Malam tu boleh tidur dengan lena. Haha
Hari kedua, jam 2.30 petang. Cek jalan bukaan baru 1cm, lepastu kena induce belon. Sangat tak selesa ya induce belon ni. Waktu petang macam tu baru rasa sakit. Mild contraction on off tapi sakitnya kuat sikit dari semalam 😂 Waktu malam, sakit tu hilang entah ke mana. Belon masih tak jatuh. Kalau ikut tip-tip yang aku baca untuk percepatkan belon jatuh kena banyak berjalan tapi tips tu tak terpakai untuk aku. Haha. Buat penat je pusing satu wad
Alat induce belon
Hari ketiga, jam 2.30 petang cek bukaan lagi. Waktu ni belon masih belum jatuh, jadi doktor kena cabut sendiri. Cek bukaan dan 3cm. Selepas itu induce ubat kali ke dua. Beberapa jam lepas tu rasa mild contraction. Malam tu belum ada contraction yang kuat, masih dapat tidur dengan tenang
Nurse inform LR (Labour Room) dah dibooking untuk aku. Jadi kena bersedia untuk dipanggil
Hari keempat, masih belum bersalin awaknya. Jam 7 pagi cek bukaan lagi, masih 3cm. Doktor tak masukkan ubat dah, dia cuma tolong bukakan jalan je. Mak-mak mesti dah biasa dengar ayat 'tolong bukakan jalan' kan?😂 Aku trauma betul bila dia nak tolong ni, haha. Mana taknya bila private part kau dia macam korek-korek, sakitnya bukan main
Jam 3 petang, cek bukaan sekali lagi. Dah 4 cm waktu ni. No contraction at all
Hari kelima. Dah penat mental sebenarnya sebab masih belum bersalin. Katil kiri kanan depan dah bertukar orang, tapi perjuangan belum selesai orang kata
Jam 7 pagi macam biasa, cek bukaan dulu dan masih 4cm. Nurse inform hari ini masuk LR. Selepas sarapan ala kadar dan bersiap, terus ke LR berbekalkan bukaan 4 cm tanpa contraction. Waktu ni siap boleh jalan kaki ke LR 😂
Bila dah masuk LR ni lain macam feeling dia, nervous bukan main. Macam-macam dengar, suara baby, suara mak-mak duk push, suara yang duk jadi cheer team, suara doktor marah-marah. Makin nervous aku 😂
Dalam jam 8 pagi lebih macam tu, selepas siap pasang CTG (cardiotocograph), branula dan ambil darah semua, datang seorang HO (Housemanship) untuk pecahkan ketuban. First time kena pecahkan ketuban secara manual. Yang sulung sebelum ni pecah ketuban sendiri. Waktu ni tak rasa sakit apa, tiba-tiba rasa panas je menandakan air ketuban dah pecah
Alat pecah air ketuban
Tak lama selepas itu, datang Pakar O&G, MO (Medical Officer) dan HO. Waktu round agaknya sebab semua sekali ada. Pakar ada explain diaorang pecahkan ketuban supaya nak bagi rasa contraction secara semulajadi. Kalau takda contraction, tak sakit, tiada bukaan tak boleh nak push. So dalam masa 8 jam (kalau tak silap) aku kena bersalin dah. Kalau slow progress perlu ceaser la. Aku iyakan je semua. Zikir dan doa tak putus-putus dari mulut supaya dipercepat dan dipermudahkan bersalin secara normal
Lepas pecah ketuban, ada rasa contraction sikit. Waktu ni MO nak induce drip tapi tak boleh sebab CTG aku tak cantik katanya. Aku tak tanya lebih lanjut sebab duk tahan contraction yang sikit tu. Haha
Selepas begitu begini sampai zohor masih tiada progress. Contraction masih slow. Aku suruh husband yang tunggu dari tadi keluar solat zohor dan minta dia belikan makanan untuk aku alas perut. (tak pasti boleh bawa masuk ke tidak) Perut pun dah minta diisi. Lepas dia keluar, tinggal lah aku sorang-sorang. Masa terasa lambat sangat berjalan bila duduk sorang macam tu
Tak lama selepas itu, masuk seorang nurse. Aku tak faham dia cakap apa sebab in medical terms. Lepas tu dia keluar dan masuk semula bersama HO. HO check bukaan, masih 3-4 cm. Tak lama selepas itu masuk pula MO. Aku masih belum faham butir bicara diaorang, tetapi nampak tegang dalam LR tu dengan kehadiran dua tiga orang lagi HO dan SN (Staff Nurse) keluar masuk
Apabila MO announce,"Call OT for Emergency Caesar!"
Aku dengar je terus auto menangis. Macam-macam perasaan ada. Dalam hati mampu menjerit, Tidakkk! Macam ni ke pengakhirannya selepas berhari-hari? Masih tak dapat terima realiti 😭
Pada waktu itu, MO explain kadar denyutan jantung baby menurun kepada 70 bpm, yang mana dianggap rendah. Jadi pembedahan ceaser perlu dilakukan untuk keselamatan baby. Ayat mudahnya, baby lemas
Aku redha dalam terpaksa. Nak tak nak kena hadapi juga. Sebelum ditolak masuk ke dalam bilik OT, nurse pasang CBD dan diberi minum ubat muntah (kalau tak silap). Lepas tu disuruh tandatangan beberapa borang dalam keadaan katil ditolak ke dalam OT
Proses Pembedahan Emergency CaesareanSejuk. Itulah yang aku rasa saat berada di dalam bilik OT sehingga bergegar badan menahan sejuk. Sempat lagi lihat sekeliling. Bilik agak besar, katil patient berada ditengah-tengah. Staff dalam tu melebihi 5 orang aku rasa, tengah sibuk buat tugas masing-masing. Makin kuat debaran aku
Aku berpindah katil. Kemudian, diminta baring terlentang. Tangan kiri dan kanan dibuka seolah berada dalam kedudukan 'T'. Mereka siap-siapkan aku. Tak lama selepas itu, aku diminta pula duduk untuk cucuk epidural ditulang belakang
Waktu itu seluruh badan masih bergegar-gegar. Tak pasti disebabkan terlalu sejuk atau aku terlalu berdebar
Doktor bius,"Jangan bergerak puan kita nak cucuk".
Lepastu seorang staff, mungkin nurse peluk bahu aku tak nak bagi bergerak. Aku tak sedar bila doktor cucuk sebab tak rasa sakit pun. Tak sampai satu minit, ubat bius mula berkesan sebab rasa tak selesa pakai CBD terus hilang
Kemudian, aku diminta baring lagi. Tirai penghadang di bahagian dada dipasang. Suam dan selesa yang aku rasa, tidak lagi sesejuk tadi. Mungkin pemanas udara dipasang sekali. Wayar juga turut dipasang dibahagian dada, mungkin alat untuk check jantung. Selepas itu, doktor bius calit cecair yang sejuk dibahu dan dada
Tanya doktor bius,"Puan, mana lagi sejuk? Dada atau bahu?""Bahu"Aku jawab sepatah
Selepas yakin ubat bius sudah memberikan kesan, doktor dan para nurse bersedia di sekeliling katil. Sebelah kanan doktor perempuan, sebelah kiri doktor lelaki
Aku memang tiada rasa apa-apa sewaktu proses pembedahaan dijalankan, maklumlah dah dibius. Cumanya rasa mengantuk sangat. Nak tidur tapi takut tak terbangun. Haha. Penyudahnya, tahan mengantuk sehingga rasa lalok, macam berada di awan-awangan
"Puan, kita nak keluarkan baby. Mungkin rasa tak selesa sikit."
Suara doktor bius yang duduk di bahagian atas kepala menyedarkan aku. Sejurus selepas itu, aku merasa tekanan didada. Aku lihat doktor lelaki panjat katil. Tekanan makin kuat. Aku kurang pasti bagaimana cara untuk keluarkan baby sehingga rasa tekanan sebegitu. Beberapa minit selepas itu, bunyi tangisan baby. Lega apabila dengar baby menangis
"Puan tengok jantina baby dulu. Kita nak bawa ke SCN (Special Care Neonate) sebab nafas laju."
Bila aku dah confirmkan jantina, terus dibawa anak aku pergi. Muka pun tak sempat tengok. Agak risau, moga tiada apa-apa yang teruk. Aku tak pasti berapa lama dalam bilik OT. Aku anggarkan tak sampai 1 jam. Masuk lebih kurang jam 2 petang. Anak aku lahir jam 2.27 petang. Menjahit perut seingat aku tidak mengambil masa yang lama
Pemulihan Selepas Pembedahan CaesareanLepas settle dalam bilik OT, aku dibawa ke Bilik Pemulihan. Disini blood pressure (BP) dipantau. Doktor juga check darah nifas sama ada keluar banyak atau tidak untuk memastikan tidak berlaku tumpahan darah. Dalam setengah jam kemudian, aku dipindahkan ke wad biasa
Teramat letih aku rasa waktu itu. Aku masih belum dibenarkan bangun. Jadi tidur jela kerja aku sementara baby di SCN. Lebih kurang jam 8 malam, baby dah boleh discharge dari SCN. Aku masih belum turun katil, sekadar duduk untuk menyusu baby. Nasib la baby tak meragam sangat malam itu, dapat tidur lama la juga
Fresh from oven
Hari keenam. Pagi itu nurse cabut CBD dan disuruh untuk membersihkan diri. Pertama kali nak bangun selepas operate. Dengan bantuan nurse, berjaya juga kaki melangkah ke tandas. Lega betul bila dapat mandi. Bekas caesar ada rasa sakit tapi masih boleh ditahan. Hari ini masih belum boleh discharge. Aku sedia maklum, kalau bersalin ceaser memang duduk lama sikit. Dalam hati berkobar-kobar nak balik. Mampu tahan hati jela sekejap lagi
Hari ke tujuh. Pagi - pagi lagi dah siap mandi. Haha. Nak menghadap doktor round ward kejap lagi kena la nampak segar dan selesa sikit. Pagi tu HO buka plaster di tempat ceaser dan sembur sesuatu untuk mengelakkan tempat jahitan basah
Alhamdulillah, setelah begitu-begini cukup seminggu berkampung dihospital, akhirnya waktu petang anak dan mak dah boleh discharge. Aku dibekalkan ubat cuci pusat untuk baby dan ubat tahan sakit serta ubat cucuk cair darah untuk ibu. Jadinya selama 10 hari terpaksa la beranikan diri cucuk sendiri
Prolonged JaundiceBila di rumah maka bermula lah episod berpantang. Ingat boleh berpantang dengan tenang, rupanya tidak ya. Newborn kan memang tak lari dari jaundice. Anak aku jaundice sehingga 20 hari. Memang tak expect selama itu sebab anak sulung dulu jaundice tak sampai seminggu. Mental pun tak prepare nak hadap benda yang lama macam tu. Penat duk ulang - alik ke klinik. Tapi Alhamdulillah walaupun lama jaundicenya tak tinggi
Lepas settle hal jaundice, luka caesar pula bernanah. Tapi nasib baik tak banyak. Aku cuma dressing sendiri selama seminggu, Alhamdulillah dah kering elok. Hal luka bernanah tiada siapa yang tahu kecuali suami. Aku tak beritahu mak bapak aku takut diaorang terlebih kalut dan risau. Biasalah orang tua kan
Kalau diingat balik, sekarang baru nak rasa bersyukur. Apa yang aku lalui itu cuma sikit je ujian yang Allah bagi berbanding ibu lain yang mungkin baby diaorang ditahan berbulan di hospital dan terpaksa berulang-alik waktu pantang
Normal atau Caesarean?Antara bersalin normal dan caesar, aku lebih memilih bersalin normal. Walaupun sakit contraction tu ibarat 20 tulang dipatahkan serentak, tetapi itu hanya untuk beberapa jam. Proses pemulihan untuk bersalin normal jika ada jahitan cepat dalam 1 - 2 minggu sahaja boleh dikatakan sembuh sepenuhnya
Jikalau ceaser, proses bersalin cepat tetapi lambat untuk sembuh. Kalau ikut pengalaman aku sendiri, 2 minggu lepas bersalin pun masih terasa sakit di tempat operate sehingga nak berjalan tegak pun masih tak boleh. Sekarang dah 14 bulan berlalu masih terasa nyilu kalau perut ditekan-tekan
Usia 1 tahun
Jadi, begitulah kisah bersalin anak nombor 2 aku. Dah setahun lebih usia. Waktu lahir berat 2.32kg dengan ketinggian 44cm. Memang kecil budaknya, dalam graf masuk line kuning dah. Sehinggalah setahun, graf baru masuk line putih, itu pun atas pagar je. 😂 Struggle betul ibu nak naikkan berat badan dia
Bersalin normal atau caesar, kedua-duanya merupakan pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan zuriat. Tak semuanya indah tapi inilah kebahagiaan. Allah bagi peluang dekat kita untuk mengandung dan memiliki keturunan sendiri. Masih ramai pasangan kat luar sana tak dapat rasa macam ni. Ini rezeki bahagian kita. Alhamdulillah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hajarshikin.com/2024/12/pengalaman-bersalin-caesarean.html