Pengalaman Bersalin Caesar Di Pusrawi Kl
Assalamualaikum and hello lads! alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk 8 minggu baby Zara. ye, kami namakan anak kami Zara Luthfiya yang membawa maksud Puteri yang Lemah Lembut. mudah mudahan membesar jadi anak perempuan yang lemah lembut hendaknya. kalau diikutkan, due bersalin adalah pada 4 Julai 2021. tapi memandangkan ada sebab tertentu, aku memutuskan untuk bersalin secara caesarian sahaja. atau lebih mudah dipanggil czer. pada awal kandungan dahulu, kami masih belum fikir untuk bersalin di mana. sebab masih awal dan aku pula sentiasa membuat check up di Klinik Kerajaan. tapi masuk sahaja bulan ke 7, barulah kami decide untuk mengambil pakej di Pusrawi KL sahaja. satu alhamdulillah sebab suami ada panel di situ.kedua pula sebab environment hospital yang islamik. ketiga sebab sangat dekat dengan rumah. pada mulanya umi ada pujuk untuk bersalin di Selangor sebab ada macam-macam faedah dapat untuk anak Selangor. tapi panel tak cover Pusrawi di Selangor pula. tak mengapalah.
Pengalaman Bersalin di Pusrawi KL aku memilih Doktor Asmah Yun untuk doktor OBGYN aku. sebab katanya doktor Asmah sangat peramah dan lebih santai. kata orang juga Doktor Asmah sangat pakar dalam bidang caesarian ini. jadi aku memang sangat yakin dengan Doktor Asmah. alhmadulillah, memang terbaik layanan yang dapat. and luka caesar aku juga sangat cantik dan sampai sekarang masih elok.
Doktor suggest untuk buat caesarian pada 25 Jun 2021. tidak boleh terlalu lewat kerana takut nanti rasa contraction tu datang pula. tapi memang cantik sangat dah tarikh tu. sebab husband pun lahir pada 25hb cuma bukan bulan Jun. 25 Jun juga jatuh pada hari Jumaat. dan kandungan aku sudah mencecah usia 38 minggu 5 hari. jadi baby dan placenta sudah matang. and tiada sebarang komplikasi. memandangkan tarikh caesar adalah pada 25 Jun, doktor mengarahkan aku untuk admit pada 24 Jun.
maklumlah zaman PKP ni, sebelum kena admit, aku dan suami kena buat Covid-19 swab test dahulu. jika negatif, baru boleh proceed di bahagian kemasukan wad. kalau didapati positif, pesakit akan dihantar untuk bersalin di Hospital Sungai Buloh. kena tunggu dua jam untuk dapatkan result. ada ruang menunggu tapi bosan juga lah. alhamdulillah kami berdua negatif. suami juga buat test sebab suami boleh teman aku di wad. cumanya kami kena ambil single bed la. kalau sharing bed, suami tidak boleh teman. cuma satu sahaja untuk aku ingatkan pada para suami yang nak teman tu, make sure korang prepare barang secukupnya juga. sebab nanti once dah masuk wad, kita tak boleh keluar ye. sebab kalau keluar dari hospital, kena buat swab test lagi sekali. kata nurse, dulu tak perlu berbuat sedemikian, tapi sejak ada kes suami keluar then next day dia positif, terus hospital mengambil langkah berjaga-jaga. uish takut juga.
mujurlah single bed room ni ada sofa bed untuk suami berehat dan tidur. cuma dia ada mengadu sakit belakang. maklumkah, sofa bed nya keras. staff semua sangat membantu dan mesra especially nurse yang sudah berumur. memang sangat membantu. makanan juga boleh tahan lah. azan pun sentiasa kedengaran setiap waktu. aku tidak berkesempatan untuk explore (ini memang habit ku dari dulu), jadi tidak pasti di mana nursery dan lain-lain bilik yang ada di floor itu.
the day caesarian happened
agak cemas juga menanti waktu untuk dibedah. ramai yang kata ini adalah surgery besar bagi ibu hamil. mungkin ye. masing-masing punya rezeki kan. ada merasa bersalin secara normal. aku pula merasa caesarian. husband tidak dapat menemani memandangkan ini adalah surgeri. cuma boleh tunggu di pintu luar dewan bedah sahaja. masa tu dah menggigil tapi dalam hati sentiasa membaca doa. kalian pun selalu lah titipkan doa ini semasa hendak bersalin.
lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin.
aku diarahkan untuk tukar ke baju dan memakai mask. nurse juga turut berikan aku ubat minum. katanya untuk mengelakkan rasa muntah ketika surgery sedang berlangsung (last-last aku muntah juga). surgery bermula pada pukul 9 pagi. sebelum doktor Asmah datang, doktor anesthetic tiba terlebih dahulu untuk explain dan inject aku di bahagian tulang belakang. menurutnya, ada dua jenis suntikan. separuh badan (dari perut ke kaki) dan juga seluruh badan. seeloknya adalah separuh badan sahaja di mana kita dalam keadaan sedar tetapi tidak merasa apa di bahagian bawah. cuma boleh tahu perut kita dibelah, anak dikeluarkan dan juga dijahit semula. doktor anesthetic akan bersembang dengan kita untuk mengelakkan dari pengsan. mulanya aku juga begitu. masa doktor hendak inject di tulang belakang, sangat terasa ngilu dia. tapi selepas itu terus terasa kebas di bahagian kaki naik ke atas.
malangnya, semasa doktor Asmah sedang membelah perut ku, aku betul-betul terasa sakit. bukan terasa pergerakan sahaja, memang benar rasa sakit! sangat kuat aku genggam tangan doktor bagaikan aku sedang bersalin normal pula. akhirnya, doktor anesthetic membuat keputusan untuk suntik aku seluruh badan. dalam erti kata lain pengsan and know know finished already. atau mungkin sebenarnya aku yang jenis tak tahan sakit. hmm..
jam 11.20am aku tersedar dari lena. waktu itu aku sudah berada di dalam bilik sendiri semula ditemani suami di sisi. tetapi anak masih belum tiba. kerana mereka ingin pastikan aku sedar dari tidur dahulu. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. cuma nurse tidak galakkan aku bangun dari katil dalam tempoh 24 jam. jadi aku hanya baring di katil bersama bayi. tiub kencing juga sudah dimasukkan ketika surgery sebelum itu. akhirnya baby tiba. aww, aku bukan ingin memuji anak sendiri tapi comelnya anak perempuan aku ini. putih merah wajahnya. 9.47am, 25 Jun 2021, 2.7kg. kecil sahaja. tapi semuanya normal dan dia pun sihat walafiat.
ada ibu yang kata tidak perlu gunakan khidmat nursery di hospital kerana mereka ada charge extra. bagi aku, gunalah segala servis yang ada sementara anda berada di situ. kadang-kadang anak menangis kita tak tahu kenapa. dah la tidak boleh berganjak dari katil, jadi minta tolong nurse tengokkan kenapa. ada nurse yang ambil baby dan sejam kemudian diserahkan semula. sempatlah kami rehatkan diri. (bermulalah kisah ibu bapa menjadi panda) seawal jam 4.30am, nurse sudah ambil bayi untuk dimandikan. awal bukan. tapi kami dapat lelapkan mata dan cari tenaga semula sebelum rutin sama berulang.
semasa anak dikeluarkan dari rahim, dia sudah disuntik vitamin K dan vaksin untuk hepatitis B. alang-alang kami sudah berada di hospital, husband suggest untuk khitankan anak terus. tidak perlulah kami berulang alik datang ke hospital. sekejap sahaj procedure nya.
roughly total keseluruhan 5 hari 4 malam, single bed room, half bius dan fully bius, khitan, bayarannya adalah dalam RM11k++
hari ini luka caesar nampak sangat cantik. tiada bengkak, tiada lebam. cuma kena rajin jaga sahaja. lebih banyak pantang larang berbanding wanita yang bersalin normal. tidak mengapalah nak buat macam mana. aku buat masa ini berpantang di rumah umi sendiri. alhamdulillah, thank you suami sebab bagi izin berehat di rumah umi selama sebulan. mujur husband wfh. banyak kami belajar dari umi aku. sepanjang tempoh aku menetap di hospital, suami la yang non stop menolong ku. bedungkan anak, bersihkan najis anak, kendong anak bagi tidur, suapkan makan untukku. tak terbalas jasa suami dan umi ku sepanjang aku bersalin dan berpantang ini. adikku juga banyak membantu.
jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh la komen di bawah. mudah-mudahan para ibu selamat bersalin dan kedua-duanya selamat. sangat berbeza bila sudah menjadi seorang ibu. benar-benar pengalaman yang tidak boleh dilupakan. itu akan kuceritakan di entri seterusnya.anak sudah menanti.
adios~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.amysyeera.com/2021/08/pengalaman-bersalin-caesar-di-pusrawi-kl.html