Pengalaman Bermalam Di Penjara Lama Di Perth Australia


Pernah tak korang terfikir untuk bermalam di dalam penjara untuk semalaman? Saya sendiri pernah merasai sendiri pengalaman bermalam di penjara pada beberapa tahun lepas. Bukan penjara di negara kita ya tapi sebuah penjara di luar negara iaitu di Perth, Australia. Amacam seram ke tidak


Apa yang lebih menyeramkan, penjara ni merupakan sebuah penjara lama yang berada di atas bukit  bersebelahan dengan hospital di daerah Fremantle. Dengar khabar kat kawasan ni juga ada tempat dimana hukuman pancung dilakukan pada masa dahulu. Ohoii seram!

Penjara yang saya maksudkan tu adalah Fremantle Prison Yha yang mana ianya merupakan sebuah penjara lama yang telah diubah suai dijadikan sebagai hostel atau tempat penginapan bagi pelancong yang berkeinginan merasai pengalaman percutian yang berbeza

PENGALAMAN BERMALAM DI FREMANTLE PRISON YHA
Tujuan saya dan kawan-kawan ke Perth adalah untuk bercuti dan review sebuah homestay milik warganegara kita yang ada di bandar Perth. Selepas dua malam kami di sana kami di cadangkan oleh pemilik homestay kami untuk bertukar lokasi penginapan iaitu ke Fremantle. Memandagkan ini peluang terbaik untuk kami bermalam di tempat berbeza masa percutian singkat ni, maka kami tak fikir panjang untuk menerima tawaran itu. Alang-alang dah sampai sini kan. Inilah peluangnya
Penginapan kami semasa di bandar PerthKata beliau, penginapan yang kami bakal inap nanti merupakan sebuah cottage iaitu rumah landed berbeza dari lokasi yang kami stay sekarang iaitu sebuah apartment di tengah-tengah bandar Perth. Oleh kerana terlalu excited, kami tidak banyak soal dan terus mengiyakan je

Gerbang utama Fremantle Prison YHABila dapat alamat baru kami sedar yang lokasi yang bakal kami pergi ni merupakan sebuah penjara lama. Termenung panjang juga kami dibuatnya. Tapi apa boleh dibuat, keputusan dah dibuat. Apartment yang kami stay sebelum ni pun dah ada penyewa baru. Nak tak nak kami kena teruskan jugak lah. Paling tidak dekatlah jugak dengan tempat nak shopping di Fremantle tu kan. Ceh ayat nak sedapkan hati

Di hadapan Victorian-style guards’ cottages yang kami sewaBila sampai untuk check in nasib baik bilik yang ditempah bukan sel bilik penjara betul, tapi ianya adalah Victorian-style guards’ cottages yang berada di luar di sebelah kiri penjara sahaja. Lega sikit rasa kan. Untuk pengetahuan korang, selain dari pilihan untuk menginap di dalam sel bilik penjara betul mereka juga ada mempunyai tiga (3) buah Victorian-style guards’ cottages yang mempunyai dua (2) buah bilik, dapur, backyard dan sesuai untuk penginapan keluarga. Jadi cottage ni lah yang kami akan stay


Jadi cottage yang kami stay ni merupakan tempat penginapan untuk warden penjara ni pada masa dulu rupanya. Cottage ni tidak mempunyai ruang tamu utama, kalau buka pintu terus boleh nampak lorong seperti dalam gambar ni. Dua pintu yang korang nampak tu adalah pintu bilik. Hujung tu merupakan view pintu utama cottage yang korang boleh lihat dari arah dapur. Nak masuk tak perlu buka kasut pun. Mungkin ni budaya mereka kan


Cottage yang kami stay ni mempunyai dua (2) buah bilik iaitu master bed room yang mempunyai katil bersaiz queen dan bilik satu lagi pula mempunyai dua (2) buah katil double dacker seperti dalam gambar kat atas ni. Jadi ianya sesuai untuk enam (6) orang stay


Memandangkan masing-masing seram sejuk malam tu, jadi kami angkut tilam hampar kat bawah dan tidur ramai-ramai. Pemanas kat bilik kurang berfungsi, jadi bersarung tangan dan alas kaki tebal la kami tidur. Sejuk dia tuhan je tahu, mengigil-gigil kami dibuatnya. Baju takpayah cerita la berapa helai kami pakai


Kelengkapan rumah semua ada di kawasan dapur ni termasuklah pemanas, televisyen dan sebagainya. Jadi tempat ni juga merupakan tempat untuk kami berkumpul dan berborak bila ada masa terluang. Gambar ni diambil selepas kami balik dari convenience store tengah malam tu. Masing-masing duduk kat dapur panaskan badan sebab pemanas yang betul-betul berfungsi ada kat sini. Nak masuk bilik sorang-sorang memang masing-masing tak berani hahaha


Selepas ruangan dapur korang akan jumpa ruangan ni yang bercermin telus nampak bahagian backyard. Di sebelah kanan ruangan ni pula ada tandas. Tengok pada cermin tu agak-agak korang berani ke nak ke tanda malam-malam kalau tak berteman? Kalau ya pun letak la tirai ke apa kan. Bila malam je, korang sendiri boleh bayangkanlah macamana keadaan kat sini.hahaha. kalau nak ke tandas tu rasa macam ada orang perhatikan je. hahahaha

Tandas yang berjubin putih, hati-hati bila datang sini pada musim sejuk boleh kebas tapak kaki kalau nak ke tandas malam-malam. Cari selipar ke apa takada pulak. Dah sejuk satu hal, seram pun satu hal jugak. Silap-silap kencing dalam botol la jawab dia. haha 

Jadi ni la view backyard cottage ni, cantik bukan? Kat sini ada meja untuk lepak-lepak santai sambil ambil angin petang. Kalau buat ruangan BBQ pun syok jugak ni kan? Kalau korang nak tahu tembok besar tu merupakan dinding penjara. Jadi sebelah tembok tu adalah penjara

Suasana sekitar pada waktu malam
Bila dah malam masing-masing lapar, jadi kami keluar berjalan kaki mencari convenience store terdekat sambil menghirup udara malam di sekitar ni. Kedai tak jauh sangat, jalan kaki pun tak sampai berapa minit je

Bergambar bersama pengawal penjara yang bertugas
Kalau korang stay di Fremantle Prison YHA ni, tak perlu risau tentang tempat makan kerana ianya sangat dekat dengan Fremantle Markets. Korang juga boleh jumpa kedai minuman sepanjang jalan Cappuccino Strip. Nak cari Fish and Chip di Perth inilah tempat dia. Tak cukup dengan tu, ia juga sangat dekat dengan pantai dan Esplanade Park






Untuk pengetahuan korang, Fremantle Prison YHA ni telah dibina pada tahun 1850-an lagi dan ia merupakan satu-satunya penginapan di Australia Barat  berstatus Warisan Dunia UNESCO. Apa yang lebih menarik, Fremantle Prison Yha ni telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah"2016 & 2017 Best Rated Large YHA Backpacker's Hostel"  dan "2017 Most Unique YHA Hostel award"tau. kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan hotel ni, korang boleh rujuk link di bawah ni

INFO FREMANTLE PRISON YHA

Selain dari itu jika korang ni merupakan seorang pokemon hunter, maka disinilah lokasi terbaik untuk korang tangkap pokemon Kangaskhan yang hanya wujud di Negara Australia sahaja

Harga cottage yang kami stay ni adalah $170 - $180 untuk satu malam. Nak lebih murah korang boleh daftar dan book melalui aplikasi Airbnb. Bagi mereka yang pertama kali buat tempahan dengan menggunakan akaun Airbnb yang berdaftar menggunakan link di bawah ni, korang boleh dapat diskaun sehingga RM165

DAFTAR AIRBNB
Ini merupakan penginapan paling unik yang pernah saya stay semasa travel. Insyaallah, saya akan simpan kenangan unik saya menginap di Fremantle Prison YHA ni baik-baik. Kalau diberi kesempatan ke sini lagi, teringin juga nak cuba tidur di dalam sel penjara yang sebenar kan! 
BAGAIMANA UNTUK KE FREMANTLE PRISON YHA
TRAIN | Dari East Perth Terminal Station, ambil kereta api ke pusat bandar dan kemudian beralih kepada line kereta api Fremantle


BAS | Ambil Red Cat Bas percuma ke perhentian Dataran Kings dan terus sehingga High St  ke lampu isyarat dan belok kanan iaitu kearah Parry St. Teruskan berjalan untuk 350m di Parry St, kemudian pada hujung tempat letak kereta terbuka di sebelah kiri, korang boleh teruskan perjalanan terus ke lokasi


AIRPORT | Ambil myAirShuttle dari Lapangan Terbang Perth ke Fremantle - boleh didapati dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari. Mesti pre-book di laman web atau hubungi 0497 259 825 (9 pagi - 9 malam)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2019/08/pengalaman-bermalam-di-penjara-lama-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkongsian Pengalaman Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth Australia

Perkongsian Pengalaman Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth Australia

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 384 hits
Perth Australia adalah salah satu destinasi pelancongan terkenal yang rata rata rakyat Malaysia suka datang ke sini Sudah tentu ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan Disini Australian sahaja anda boleh lihat binatan unik sepe...
Musim Buah Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Musim Buah Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 222 hits
Hi korang Sekarang kalau korang perasan musim buah dah tinggal hujung hujung je kan so weekend SA di penuhkan dengan aktiviti ambil buah kat kampung kali ni pergi 2 kampung sekaligus satu sebelah abah dan of course sebelah mak jugak punya b...
Majlis Tahlil Untuk Sahabat Lama

Majlis Tahlil Untuk Sahabat Lama

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 208 hits
Izinkan aku untuk memulakan entry dengan lafaz kalimah Bismillah sebagai pembuka entry pertama aku pada tahun 2019 niHi korang Aku cakap Hi ni pun entah ada ke tidak orang yang baca blog aku ni mana taknya aku dah tinggalkan blog ni lebih k...
Cara Blogger Memindahkan Blogspot Yang Sudah Lama Ke Akun Gmail Baru

Cara Blogger Memindahkan Blogspot Yang Sudah Lama Ke Akun Gmail Baru

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 338 hits
Cara Blogger Memindahkan Blogspot Yang Sudah Lama Ke Akun Gmail Baru Mudah koq untuk kamu memindahkan blog ke akun email yang menggunakan gmail lainnya karena fasilitas untuk melakukannya memang sudah tersedia di dalam blogspot itu sendiri ...
Petua Pisang Tahan Lama Balut Tangkainya Dengan Plastik

Petua Pisang Tahan Lama Balut Tangkainya Dengan Plastik

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 658 hits
Semua sedia maklum pisang mudah lebam jika dibiarkan selama beberapa hari dan pisang yang sudah terlalu masak memang sedap untuk dibuat kek atau jemput jemput tapi tidak semua orang suka makan pisang yang sudah lebam Jadi bagaimana caranya ...
Penjual Tempatan Memberi Petanda Asus Rog Phone 2 Bakal Memasuki Pasaran Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

Penjual Tempatan Memberi Petanda Asus Rog Phone 2 Bakal Memasuki Pasaran Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 225 hits
Asus ROG Phone 2 merupakan salah satu telefon pintar yang ditujukan kepada para peminat permainan video atau permua Ia telah dilancarkan pada Julai lepas dan kini penjual tempatan telah mula memberikan petanda ia akan memasuki pasaran tempa...
Tiada Alasan Lambat Empuk Renih Lama Buat Stok Daging Mak Mak Boleh Jimat Masa Memasak

Tiada Alasan Lambat Empuk Renih Lama Buat Stok Daging Mak Mak Boleh Jimat Masa Memasak

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 505 hits
Daging adalah makanan yang sarat dengan khasiat Jangan takut memasukkan daging ke dalam hidangan si kecil untuk mendapatkan manfaatnya Lambat empuk atau perlu merenih lama mungkin menjadi sebab ibu ibu mengelak memasukkan daging ke dalam sa...
Mayoritas Dpp Diisi Wajah Lama Megawati Jelaskan Kaderisasi Kepemimpinan Pdip

Mayoritas Dpp Diisi Wajah Lama Megawati Jelaskan Kaderisasi Kepemimpinan Pdip

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 172 hits
DPP PDIP periode 2019 2024 mayoritas masih diisi wajah lama Dari 27 pengurus hanya ada enam wajah baru
Big Stage 2 Akan Kembali Tak Lama Lagi

Big Stage 2 Akan Kembali Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 385 hits
Baru baru ini pihak astro telah melancarkan satu sidang media memperkenalkan 12 Artis Baru yang bakal berentap di atas satu pentas dalam program Big Stage Program ini bertujuan untuk memberi platform kepada Budak Budak Baru Nak Up yang memi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah