Pengalaman Bermalam Di Natura Campground Bentong Pahang


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang menginap dan bermalam di sebuah lokasi perkhemahan menarik, jauh daripada bandar dan terletak di negeri Pahang. Sebenarnya memang dah lama rancang untuk merehatkan diri dan menenangkan minda dengan bermalam di lokasi yang penuh dengan alam semulajadi dan akhirnya tercapai juga

Aku bersama rakan-rakan KembaRojak iaitu Along Murni, Zayani Zulkifli dan suaminya Faeez Azmi serta beberapa lagi rakan-rakan blogger bersama-sama bermalam di Natura Campground, Bentong, Pahang

MAKAN DI KEDAI MAKAN KAK SU, SIMPANG PELANGAI, BENTONGKami konvoi beramai-ramai bermula di Cyberjaya, Selangor dan kemudiannya, meneruskan perjalanan ke Natura Campground. Perjalanan bermula sekitar jam 11.30 pagi dan sampai di pekan Simpang Pelangai, Bentong untuk makan tengahhari


Masakan menu kampung di Restoran Kak Su, Simpang Pelangai memang sedap dan sungguh menyelerakan. Lokasi Natura Campground dan Simpang Pelangai sebenarnya agak dekat, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja lagi untuk tiba. 


PENGALAMAN BERMALAM DI NATURA CAMPGROUND, BENTONG, PAHANG
Alhamdulillah, sekitar jam 3.30 petang kami pun tiba di Natura Campground. Perjalanan sekitar 2 kilometer daripada jalan besar menuju ke Natura Campground ini. Masuk sahaja ke kawasan campground ini memang tiada bunyi kenderaan lalu-lalang selain bunyi-bunyian haiwan dan hutan yang menyegarkan



Sebelum bercerita lebih lanjut tentang pengalaman di Natura Campground, aku nak cerita serba sedikit tentang latar belakang Natura Campground. Natura Campground ini dimiliki oleh Dato’ Seri Hajah Siti Murni binti Dato’ Seri Sheikh Ahmad dan diuruskan oleh rakan kongsinya iaitu Encik Zaini Abu Bakar yang mesra dipanggil sebagai King. Terdapat beberapa jenis penginapan disini yang anda boleh cuba yang paling utama sudah tentunya menginap di dalam khemah dan juga di dalam chalet

Untuk pengetahuan anda, pekerja di Natura Campground ini terdiri daripada mereka yang menyertai Program I-Kembali. Program I-Kembali yang juga dikelolakan oleh Dato’ Seri Hajah Siti Murni binti Dato’ Seri Sheikh Ahmad ini merupakan sebuah platform sebagai pemudahcara bagi menghubungkan para bekas banduan, orang diparol dan orang diselia dengan bakal-bakal majikan. 
Dato' Seri Siti Murni mengambil mereka sebagai pekerja untuk memulakan kehidupan baru dan mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka juga mahu berubah untuk kehidupan lebih baik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang i-Kembali, anda boleh layari https://i-kembali.com.my/

Baiklah, di Natura Campground terdapat penginapan chalet dan juga tapak perkhemahan. Terdapat tiga jenis penginapan chalet iaitu ;Hobbit Chalet : 10 UnitCollina Chalet : 2 UnitCasa Albero Chalet : 1 UnitHarga bagi penginapan chalet adalah RM 100 sehari bagi Hobbit Chalet, RM 200 sehari bagi Collina Chalet dan RM300 bagi Casa Albero Chalet. 
Terdapat empat lokasi perkhemahan iaitu ;Campo Zone ( 20 Tapak )Alto Zone ( 8 Tapak )Pool Zone ( 5 Tapak )Lato Zone ( 8 Tapak )Harga bagi setiap tapak perkhemahan adalah RM 70 untuk satu hari penginapan. Selain itu, sekiranya anda tidak mahu bermalam, anda mahu berkelah dan mandi-manda, kadar bayarannya adalah RM 10 untuk dewasa manakala RM 5 adalah untuk kanak-kanak. 
MENGINAP DI HOBBIT CHALET
Penginapan aku untuk malam itu adalah di chalet Hobbit. Sebuah chalet comel berbentuk segitiga yang boleh memuatkan sehingga 2-3 orang

Oh ya, waktu untuk check-in bagi penginapan chalet adalah pada jam 12 tengahari manakala check-outnya adalah pada jam 1 petang. Untuk anda yang memilih camping sebagai penginapan, check-in adalah sekitar jam 10 pagi manakala check-out pula adalah pada sekitar jam 3 petang

Chalet Hobbit ini memuatkan dua tempat tidur beserta bantal dan selimut. Selain itu, terdapat kipas dinding, lampu yang boleh dilaras cahayanya, satu plug dan satu lampu diluar. 
Sewaktu kami sampai di Natura Campground, keadaan di dalam chalet Hobbit ini sangat panas. Ini adalah kerana cahaya terus daripada matahari serta haba yang terkumpul didalamnya tidak dapat keluar. 

Sementara menunggu ruangan dalam chalet menjadi kurang panas, aku dan rakan-rakan berjalan-jalan sekitar Natura Campground, melihat fasiliti, kemudahan dan tarikan apa yang tersedia buat mereka yang datang ke sini

KEMUDAHAN & FASILITI
Natura Campground menyediakan tandas dan bilik mandi buat mereka yang menginap di sini. Bagi mereka yang menginap di lokasi tapak khemah seperti Alto Zone, Lato Zone, dan Pool Zone, kedudukan tandasnya agak jauh. Sekiranya tengah malam mahu ke tandas (dan tak tahan😅) perlu berlari agak jauh. 
Untuk mereka yang menginap di Collina Chalet dan Casa Albero Chalet anda tidak perlu runsing kerana di dalam chalet sudah terdapat tandas dan bilik air.

Kemudahan surau juga turut tersedia di sini dan mampu memuatkan lebih 40 orang jemaah pada satu-satu masa. Okay, sewaktu aku bermalam disini, ketika masuknya waktu solat, memang akan kedengaran azan daripada kampung terdekat. 
KOLAM MANDI & AIR TERJUN
Baiklah, seterusnya adalah tentang kolam renang. Terdapat tiga tingkat kolam renang, pertamanya untuk kanak-kanak dan airnya memang sangat cetek. Kolam kedua juga untuk kanak-kanak dan paras airnya adalah sederhana, sesuai untuk kanak-kanak


Kolam ketiga terletak paling atas dan merupakan kolam untuk dewasa. Air yang mengalir ke ketiga-tiga kolam ini adalah air bukit dan airnya sentiasa mengalir dan tiada klorin


Tanpa membuang masa, kami teruslah bermandi-manda di dalam kolam dewasa. Airnya memang sangat sejuk dan sungguh menyegarkan. Aku sendiri memang rasa sangat-sangat segar dan pulih daripada keletihan perjalanan yang agak panjang dari Selangor


Sesi bergambar sudah pastinya tidak akan dilepaskan. Sebenarnya waktu pun semakin hampir ke maghrib, jadi kami perlu mandi seawal yang mungkin dan juga sementara cahaya matahari masih ada. 

Okay, antara yang menarik di Natura Campground adalah air terjun semulajadi yang terletak sekitar 500 meter sahaja. Laluan ke air terjun ini adalah melalui kawasan tapak perkhemahan Lato Zone. Air yang mengalir memang sungguh cantik dan kawasannya memang private

SUASANA MALAM DI NATURA CAMPGROUND 
Selesai sahaja mandi-manda, kami pun terus makan malam di Natura Open Hall dengan makanan yang telah disediakan. Memang sedap apabila dihidangkan makanan selepas mandi kolam yang airnya begitu sejuk

Sebenarnya anda boleh juga berbarbeku di sini, dengan peralatan yang sudah disediakan ataupun menggunakan peralatan anda yang dibawa ke sini sendiri. Habis sahaja makan, masing-masing ke chalet, membersihkan diri di bilik air dan tandas, solat dan sebagainya. 

Sekitar jam 9 malam, masing-masing berkumpul di Natura Open Hall untuk bersembang, makan-makan dan sebagainya. Seawal matahari terbenam, suasana semakin sejuk dan nyaman. Langit pula betul-betul cantik dihiasi bintang-bintang yang bergemerlapan

Di sini anda tidak boleh berkaraoke dan membuat bising kerana terdapat pengunjung lain yang turut menginap di sini. Sekiranya anda booking keseluruhan Natura Campground ini barulah aktiviti sedemikian boleh dilakukan. 

Pengalaman bermalam di chalet pula sangat tenang dan sejuk. Benar kata King, waktu malam di sini memang sangat sejuk dan tidak perlu buka kipas dinding, tetapi untuk aku, masih perlukan kipas dinding. Tidur pada malam tersebut memang sangat lena

Aku rasa sekiranya tidur di dalam khemas pasti lebih menarik dan in shaa Allah sekiranya berpeluang datang ke Natura Campground sekali lagi, aku akan cuba menginap di dalam khemah pula



Untuk pagi esoknya, tiada aktiviti yang berat-berat melainkan melihat pemandangan hutan dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang menenangkan. Ada antara mereka yang mandi di kolam, dan ada yang terus tidur menanti waktu untuk check-out. 
Alhamdulillah, sekitar jam 11.30 pagi kami pun check-out untuk ke lokasi berikutnya yang in shaa Allah aku akan kongsikan dalam artikel berasingan

KESELURUHANNYABaiklah, secara keseluruhannya, pengalaman bermalam di Natura Campground ini aku sememangnya cukup berpuas hati. Berada jauh daripada bandar dan mempunyai kolam dan air terjun menarik antara tarikan utamanya. Selain itu, talian telefon di sini juga agak bagus, tidak seperti beberapa lokasi perkhemahan lain

Fasilitinya yang lengkap juga antara sebab untuk anda datang dan merasai pengalaman di sini. In shaa Allah sekiranya diberi peluang dan mempunyai rezeki, aku dan rakan-rakan pasti akan datang lagi ke sini dan mungkin melakukan aktivit-aktiviti lain seperti jungle trekking dan sebagainya

NATURA CAMPGROUND
Lokasi : Lot PT666 Ulu Semie, Kg Shafie Manchis, Bentong, Malaysia
Untuk anda yang berminat untuk bermalam di Natura Campground, boleh hubungi mereka di :-
Email : [email protected] : 016-449 4354Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100090404944786Instagram : https://www.instagram.com/natura_campground/Tiktok : https://www.tiktok.com/@naturacampground

#NaturaCampground #Camping #CampingLife #Nature 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/07/pengalaman-bermalam-di-natura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Pahang Puas Hati Kejayaan Mb Tingkatkan Prestasi Ekonomi Negeri

Rakyat Pahang Puas Hati Kejayaan Mb Tingkatkan Prestasi Ekonomi Negeri

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Rata rata rakyat Pahang yang ditemui mendakwa mereka kini semakin berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Bagi mereka kegagalan Barisan Nasional membentuk keraj...
Bomba Rancang Untuk Tambah 12 Pbs Ditubuhkan Di Pahang Menjelang 2025

Bomba Rancang Untuk Tambah 12 Pbs Ditubuhkan Di Pahang Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 237 hits
nbsp KUANTAN Sebanyak 12 Pasukan Bomba Sukarela akan ditubuhkan di Pahang menjelang tahun 2025 Exco Kerajaan Tempatan Perumahan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun berkata kini terdapat 30 PBD yang berfungsi memb...
Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5 000 Pengunjung

Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5 000 Pengunjung

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 278 hits
KUANTAN Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang Sabtu ini dijangka akan dihadiri kira kira 3 000 hingga 5 000 pengunjung Exco Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Fadzli Mohamad Kamal berkata sasa...
Kes Tular Kematian Budak Oku Jabatan Kesihatan Pahang Jamin Siasat Ambil Tindakan

Kes Tular Kematian Budak Oku Jabatan Kesihatan Pahang Jamin Siasat Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 173 hits
Pengarah JKNP Dr Nor Azimi Yunus berkata pihaknya sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan perubatan kepada pesakit terjamin KUANTAN Jabatan Kesihatan Pahang memberi jaminan untuk menyiasat dan mengambil tindak...
Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip Esg Kepada Syarikat Industri

Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip Esg Kepada Syarikat Industri

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 206 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menyokong usaha menerapkan prinsip alam sekitar sosial dan tadbir urus kepada pemain industri dan syarikat di negeri ini untuk mencapai matlamat pembangunan mampan Exco Pelaburan Perindustrian Sains Teknologi ...
Bekas Ketua Hakim Syarie Pahang Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang 2023 1445

Bekas Ketua Hakim Syarie Pahang Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang 2023 1445

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Bekas Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Yunus diumum Tokoh Maal Hijrah Pahang 2023 1445 Hijrah Abdul Rahman yang berkhidmat selama 39 tahun dalam kerajaan bersyukur di atas anugerah yang diberikan kepadanya Alhamduli...
Nik Amar Suruh Bandingkan Kelantan Dengan Pahang Hmmmm Korang Tengok Sendiri Perbezaan

Nik Amar Suruh Bandingkan Kelantan Dengan Pahang Hmmmm Korang Tengok Sendiri Perbezaan

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 197 hits
Entah siapa yang salah Kelantan memang perlukan perubahan kepimpinan perubahan exco yang profesional dan ditadbir oleh golongan profesional Tapi itulah Rakyat kelantan dah terlalu taksub takjub dan memang payah nak tinggal PAS Ibarat hisap ...
Compare Kelantan With Pahang Or Ns Not Kl Says Pas Leader

Compare Kelantan With Pahang Or Ns Not Kl Says Pas Leader

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 203 hits
Deputy menteri besar Amar Nik Abdullah says any other state would be seen as lagging in development compared with KL Selangor or Penang Kelantan only appears to be lagging behind in development as it is frequently being compared with Kuala ...
Keputusan Kerajaan Pahang Tepat Biar Undang Undang Hukum Penceroboh

Keputusan Kerajaan Pahang Tepat Biar Undang Undang Hukum Penceroboh

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Tindakan kerajaan Pahang menyerahkan kepada mahkamah bagi menghukum penceroboh tanah haram adalah keputusan tepat dalam memastikan pihak tidak bertanggungjawab dihukum berlandaskan undang undang Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba