Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip Esg Kepada Syarikat Industri


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyokong usaha menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kepada pemain industri dan syarikat di negeri ini untuk mencapai matlamat pembangunan mampan.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, kerajaan negeri juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan pemain industri di negeri ini berkembang tanpa memberi kesan negatif kepada alam sekitar serta menambah nilai kepada industri melalui pelaksanaan dasar-dasar baharu.
Menurutnya, kesedaran kepada prinsip ESG dalam kalangan pemain industri dan syarikat di negeri ini juga semakin baik dan amalan itu perlu terus dipertingkatkan.
"Prinsip ini masih baharu dan perlukan satu ruang masa untuk ditambah baik sebelum dipraktikkan sepenuhnya sebagai satu budaya kepada syarikat dan industri terlibat.
"Sebab itu, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) ke arah matlamat itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Keterlibatan SIRIM-Industri di Pejabat SIRIM Pahang di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad dan Pengarah Negeri Sirim Berhad, Mazlina Manshor.
Mohamad Nizar berkata, pemain industri dan syarikat di negeri ini disaran agar mengamalkan prinsip ESG sebaik mungkin.
"Prinsip ESG penting kepada perspektif sesebuah industri selain manfaat kepada perniagaan yang dijalankan terutama melibatkan pemasaran produk mereka ke peringkat global dan pembiayaan.
"Mereka perlu rebut peluang dengan memanfaatkan perkhidmatan sokongan daripada agensi kerajaan terutama SIRIM untuk mencapai pelaksanaan prinsip itu ke tahap yang lebih baik.
"Sirim memiliki kepakaran dan sedia untuk membantu pemain industri dan syarikat tempatan mempraktikkan amalan ESG di semua peringkat melalui khidmat rundingan dan sebagainya," jelasnya.
Sementara itu, Dr Ahmad Sabirin berkata, Program Keterlibatan SIRIM-Industri menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi dalam usaha meningkatkan produktiviti industri dan usahawan di Pahang
Menurutnya, selain merapatkan SIRIM dengan komuniti dan industri, program itu turut menekankan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan, pengurusan tenaga, kualiti latihan, pengujian dan pensijilan.
"Program ini merupakan penganjuran kali kedua pada tahun ini sebelum diteruskan di Selangor Sabah dan Sarawak.
"SIRIM telah mengambil pelbagai langkah untuk mempertingkatkan usaha membantu perkembangan industri dan usahawan di Pahang melalui program teknologi perindustrian dan kualiti antaranya penggunaan teknologi termaju dalam proses reka bentuk pengeluaran dan kejuruteraan serta khidmat nasihat teknikal.
"Kami juga bersedia untuk berganding bahu bersama kerajaan negeri untuk membangunkan dan mempertingkatkan taraf ekonomi usahawan asnaf dan usahawan kumpulan B40 melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
"Tahun ini, 10 usahawan di Pahang dan 10 lagi usahawan di Johor akan dibantu dalam Program Peningkatan Kualiti Persembahan Usahawan manakala lebih 3,000 pengusaha di seluruh negeri ini telah dibantu melalui pelbagai jenis perkhidmatan," ujarnya. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/07/kerajaan-pahang-sokong-usaha-terap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Masa Hadapan Kerajaan Labur Rm1 Bilion Sokong Syarikat Pemula

Ekonomi Masa Hadapan Kerajaan Labur Rm1 Bilion Sokong Syarikat Pemula

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 227 hits
Ekonomi masa hadapan yang berkaitan teknologi maklumat dan diterajui syarikat pemula atau start up company akan mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam ucapan Majlis Peluncuran Ekonomi Madani M...
Psap Yakin Kerajaan Pahang Tidak Akan Tunduk Dengan Desakan Isu Musang King

Psap Yakin Kerajaan Pahang Tidak Akan Tunduk Dengan Desakan Isu Musang King

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 431 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang menyuarakan keyakinan bahawa Kerajaan Pahang tidak akan tunduk atas sebarang desakan mahu pun tuntutan daripada mana mana pihak termasuk rakan dalam kerajaan Perpaduan berhubung isu pekebun durian musang...
Keputusan Kerajaan Pahang Tepat Biar Undang Undang Hukum Penceroboh

Keputusan Kerajaan Pahang Tepat Biar Undang Undang Hukum Penceroboh

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Tindakan kerajaan Pahang menyerahkan kepada mahkamah bagi menghukum penceroboh tanah haram adalah keputusan tepat dalam memastikan pihak tidak bertanggungjawab dihukum berlandaskan undang undang Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang...
Ketua Wanita Dap Tegas Kerajaan Tak Sokong Lgbt

Ketua Wanita Dap Tegas Kerajaan Tak Sokong Lgbt

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 232 hits
Ketua Wanita DAP Chong Eng berkata kerajaan perpaduan tidak menyokong golongan lesbian gay biseksual dan transgender PETALING JAYA Kerajaan tidak menyokong golongan lesbian gay biseksual dan transgender tegas ketua Wanita DAP selepas tular ...
Kerajaan Pahang Ikhtiraf Sumbangan 180 Pertubuhan Bukan Kerajaan

Kerajaan Pahang Ikhtiraf Sumbangan 180 Pertubuhan Bukan Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 189 hits
KUANTAN Kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan 180 pertubuhan bukan kerajaan membabitkan 180 000 sukarelawan yang menjadi rakan strategik menyalurkan bantuan kepada komuniti melalui medium kebajikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wa
Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional Moden Riau Pahang Dan Baju Melayu

Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional Moden Riau Pahang Dan Baju Melayu

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 444 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Sekarang ni dah bulan Rejab Lepas ni masuk bulan Syaaban Lepas tu Ramadan Maksudnya Hari Raya Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi Patut la semua dok sibuk nak buat tempahan baju raya Masa ni la tukang jahi...
Seramai 419 Individu Di Tahan Dalam Ops Tapis Khas Se Malaysia Di Pahang

Seramai 419 Individu Di Tahan Dalam Ops Tapis Khas Se Malaysia Di Pahang

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 389 hits
KUANTAN Polis menggempur 20 sarang dan 30 lokasi hotspot penagihan dadah di negeri ini dalam Ops Tapis Khas Se Malaysia yang dijalankan pada Isnin hingga Rabu lalu Hasil operasi selama tiga hari itu seramai 419 individu disyaki penagih dada...
Polis Akan Siasat Penjualan Pin Bintang Lencana Darjah Kebesaran Datuk Pahang

Polis Akan Siasat Penjualan Pin Bintang Lencana Darjah Kebesaran Datuk Pahang

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Polis menyiasat penjualan pin bintang dan lencana darjah kebesaran Pahang yang membawa gelaran Datuk yang dikesan melalui sebuah platform e dagang Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata siasatan awal yang dilancarkan selepas...
Bekas Pemimpin Mic Seru Ahli Parti Itu Sokong Pn

Bekas Pemimpin Mic Seru Ahli Parti Itu Sokong Pn

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 210 hits
Seorang bekas pemimpin MIC menyeru ahli ahli parti itu supaya mengundi Perikatan Nasional pada enam pilihan raya negeri akan datang P Punithan berkata ia susulan pengakuan Presiden MIC SA Vigneswaran bahawa parti itu dan MCA telah diketepik...
Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

The Unspoken Burden This Is What I Ve Learned From Being A Woman In Marriage

Cara Semakan Str Jika Tiada Akaun Bank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Bukan Lemah

Baru 8 Bulan Cerai Dah Kahwin Baru Pempengaruh Dikecam Lupa Diri Amp Jasa Isteri Lama Lepas Popular

Isu Hutang Rm4 65 Juta Fazura Akhirnya Buka Mulut Saya Adalah Diri Saya Syarikat Itu Entiti Yang Lain

Rafizi Apa Guna Kekal Dalam Kabinet Jika Hilang Kebebasan Bersuara

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke