1. Sampai je kawasan parkir, kita akan terus nampak binaan tandas ni. Terdapat 2 tandas dan 2 bilik mandi. Dalam tandas tu ada dipasangkan shower juga. Keluasan yang selesa, ada penggantung pakaian, cermin muka, baldi dan gayung. Masuk buka selipar dan pakai selipar disediakan di dalam supaya tandas/bilik mandi tak kotor dengan tanah. Di bahagian tepi terdapat 2 buah sinki untuk kemudahan kita membasuh pinggan mangkuk
2. Kami nak berkhemah di Campsite 2, yang juga dikenali sebagai Pulau Legenda sebab kedudukannya seperti pulau (dikelilingi sungai). Untuk ke Campsite 2 kita perlu menyeberangi jambatan kecil ni. Masa ni saya dah cukup terpesona dengan pemandangan sekitar dan aliran sungai berjeram. Bunyi deruan air sungai bagai memanggil-manggil saya untuk menikmati kedinginan airnya. Sangat teruja
3. Di Campsite 2 - Pulau Legenda semua tapak khemah di atas pangkin. Masa kami sampai semua pangkin masih kosong, dapatlah kami memilih pangkin dengan kedudukan yang memenuhi citarasa kami. Mulanya terkial-kial juga nak pasang khemah, maklum saja dah tersimpan selama dua tahun. Alhamdulillah khemah masih dalam keadaan baik dan tak susah pasang. Disebabkan khemah tak pacak dengan tali, kenalah cepat-cepat letak barang berat di dalam khemah sebab angin agak kuat. Flysheet tu dah termasuk dalam bayaran. Tak payah kita susah-susah pasang
4. Terasa syahdu lain macam dapat solat berlatarkan bunyi deruan air dan menghadap sungai berjeram. Berhampiran pangkin kami, terdapat satu pangkin yang sedang dibina untuk dijadikan tempat solat. Tapi saya tak ada masalah untuk solat di pangkin sendiri, masih muat
5. Keindahan sungai berjeram di tepi tempat kami berkhemah. Yang ada macam tali tu hammock. Syok sungguh dapat baring di hammock sambil berendam di dalam air. Tempat ni agak privasi sebab tak ramai pengunjung yang datang bermain air di sini sepanjang kami berkhemah, kecuali beberapa orang dan cuma sekejap saja. Dapatlah saya bebas bermain air di sini. Sebabnya, sungai di sini panjang dan luas. Pengunjung ada banyak pilihan tempat untuk bermain air
6. Merasmikan Foldable Barbeque Grill yang baru dibeli. Sesuai juga jika nak buat tempat unggun api, tak merosakkan/mengotorkan tanah di tapak perkhemahan. Kami panggang ayam, sotong dan daging burger
7. Petangnya kami meninjau keseluruhan kawasan tapak perkhemahan ini dan mencuba bermain air di beberapa tempat. Yang dalam gambar ni kedudukan jeram paling hujung yang mudah dan selamat untuk kita pergi. Kami sangat teruja dengan keindahan yang terbentang. Maha Suci Allah yang menjadikan tempat indah begini. Berkenaan kedalaman air sungai, ada tempat yang kedalamannya separas dada saya
8. Pokok-pokok di sini juga menarik perhatian saya. Kawasan ini asalnya hutan dan kebun, sebab tulah ada pokok-pokok besar dengan akar berselirat
9. Geram tengok kan? Di sebabkan dah lewat petang, esoknya selepas sarapan pagi kami kembali ke sini untuk bermain air di hujung sana
10. Pemandangan di sekitar Campsite 2. Masa ni kami dah ada jiran, ada beberapa khemah didirikan berhampiran pangkin kami
11. Malamnya kami mengopi dan makan mi Maggi sambil menikmati suasana malam. Tapak perkhemahan sudah meriah dengan para pengunjung di Campsite 1 & 2, tetapi suara-suara mereka tenggelam di balik ‘keriuhan’ deruan air sungai. Begitu juga bunyi cengkerik dan burung tukang yang hampir tenggelam dengan bunyi deruan air sungai
12. Lepas menunaikan solat Subuh, kami berjalan-jalan menikmati suasana awal pagi di sini. Indah dan cukup tenang
13. Inilah chef sepanjang perkhemahan kami, suami saya menawarkan diri untuk membuat tugasan masak-memasak. Memang sukalah saya, sebab saya lebih gemar menikmati alam dan kurang berminat nak memasak. Hehe. Jadinya saya bertugas membasuh bekas makan dan mengemas. Dalam gambar ni suami sedang sibuk menyiapkan hidangan sarapan pagi kami
14. Hidangan sepanjang kami di Amazing Camp Legacy. Yang mudah dan ringkas je, janji perut kenyang|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |