Pengalaman Berhadapan Kes Pekerja Menipu Dan Pecah Amanah Sepanjang Jalankan Perniagaan




Kes pekerja menipu syarikat merupakan salah satu masalah yang semua usahawan bakal hadapi bila jalankan perniagaan.
Ini adalah sikap manusia yang punya budaya yang buruk dan tidak punya integriti dalam mempertahankan prinsip hidup mereka.
Bab pertahankan prinsip hidup dan mengamalkan budaya penuh integriti adalah salah satu perkara yang banyak ditekankan dalam Al-Quran. 
Namun begitu kebanyakan daripada mereka yang mengaku sebagai seorang muslim sering alpa dalam hal tersebut. Mengaku pada mulut tak sama dengan mengamalkannya.
Pekerja tipu syarikat nasi kandarSaya pernah berbual dengan beberapa taukeh nasi kandar di Pulau Pinang. Kita biasanya merasa agak cemburu dengan kejayaan perniagaan nasi kandar ini terutamanya di Pulau Pinang.
Kesibukan para pekerja nasi kandar melayan pelanggan yang tak kunjung padam masuk ke kedai mereka menggambarkan betapa lumayannya hasil perniagaan tersebut. Apatah lagi perniagaan mereka semuanya dijalankan secara tunai.
Tak ada lagi perniagaan yang seronok untuk dimiliki selain dari perniagaan yang dilakukan secara tunai. Itulah yang saya usik pada taukeh kedai nasi kandar ketika bersembang.
Tapi mengejutkan, apabila mereka menceritakan kelebihan itu sebenarnya ada buruknya. 
Menurut salah seorang taukeh nasi kandar, mereka biasanya hilang duit secara tunai dalam lingkungan RM25 ribu sebulan.
Siapa agaknya yang songlap duti sebanyak itu.. cuba teka ?
Anda mungkin tak sangka duit itu semua diambil oleh para pekerja nasi kandar yang melayan para pelanggan di kedai mereka.
Sebab itu kedai nasi kandar di pasang CCTV di tempat-tempat yang strategik. Ia lebih diperlukan untuk mengawasi para pekerja yang licik memasukkan duit ke dalam poket mereka sendiri.
Pelanggan galak pekerja menipuAda juga situasi di mana pelanggan sendiri yang mengajar para pekerja penipu syarikat. 
Ini menjadi satu lagi faktor yang membuatkan pendapatan perniagaan menjadi berkurangan dan tak mustahil mengakibatkan kerugian sampai tutup kedai.
Baru-baru ini saya melayan seorang pelanggan yang menghubungi telefon bimbit saya. Prospek ini datang dari artikel lama dalam blog berkenaan bisnes pest control yang dah lama saya jalankan sejak tahun 2003 lagi. Walaupun dah lama, kesemua artikel dalam blog tersebut masih lagi menjana prospek untuk perniagaan saya itu.
Pelanggan itu menceritakan masalah rumahnya yang telah diserang anai-anai. Setelah memberikan penerangan, saya berikan anggaran harga untuk satu-satu rawatan anai-anai di rumah.
Setelah mendengar anggaran harga, maka dengan selamba pelanggan itu mencadangkan supaya saya buat kerja luar dan dia akan membayar secara terus kepada kerja saya itu. 
Dia kata, tak payah libatkan syarikat supaya saya boleh menawarkan satu harga yang rendah.
Saya jawab,  “tak boleh, ada masalah sikit !”.
Dia tanya, “kenapa ?”
”Masalahnya adalah syarikat itu saya punya sendiri ! “, jawab saya selamba juga.
”Takkan saya nak tipu syarikat saya sendiri ? “, sambung saya lagi padanya.
Dia terdiam sebentar. ” Saya ingat tuan pekerja kat situ ! “, kata prospek itu yang merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu.
Saya kata, kalau pekerja pun tuan tidak sepatutnya buat macam tu. Mengajar pekerja menipu syarikat dan seterusnya membunuh hasil usaha majikan untuk membina dan menyara para pekerjanya selama ini.
Saya amat kesal dengan sikap sebegitu yang amat bertentangan dengan apa yang dianjurkan oleh agama kita.
Sempat juga saya berikan syarahan pada pelanggan itu dan seterusnya menamatkan perbualan.
Budaya pekerja menipu syarikatBudaya pekerja menipu syarikat berlaku di mana-mana samada secara terang mahupun tersembunyi. Semuanya berpunca dari keinginan nak tambah pendapatan secara mudah.
Ramai yang tidak memikirkan halal haram dalam bab ini walaupun kadangkala pekerja itu jenis yang tak tinggal solat dan banyak bercakap pasal agama.
Menurut kajian, semakin jauh sesuatu benda atau perkara itu boleh ditukarkan kepada wang tunai, semakin mudah dan cenderung untuk para pekerja menipu syarikat.
Maksudnya, kebanyakan pekerja yang biasanya baik tidak akan mudah untuk ambil wang tunai syarikat tempat dia berkerja. Itu dianggap sebagai satu kesalahan yang wajib dielakkan. 
Contohnya kalau dia menerima wang tunai dari pelanggan, pekerja akan serahkan semua wang tersebut kepada syarikat.
Tetapi sebaliknya, para pekerja tidak segan silu untuk ambil produk atau barangan kepunyaan syarikat samada untuk kegunaannya sendiri atau untuk dijual dan ditukar dalam bentuk wang.
Di situ perlu ada sedikit proses untuk membolehkan barangan bertukar kepada wang.
Dalam kes syarikat pest control saya, pekerja biasanya akan ambil bahan kimia kepunyaan syarikat, menggunakan peralatan syarikat, guna van syarikat dan minyak petrol yang diisi atas duit syarikat, untuk pergi ke rumah pelanggan buat kerja secara diam-diam bukan atas nama syarikat.
Guna semua kemudahan syarikat dari peralatan sampai marketing kemudian belasah semua hasilnya masuk poket sendiri!
Mereka anggap dengan ada sedikit usaha begitu, mungkin menghalalkan segala aktiviti menipu syarikat. 
Anda sendiri boleh menilai samada duit yang mereka ambil, digunakan untuk membela anak isteri dan digunakan untuk makan dan minum adalah halal atau tidak.
Walau apapun jawapan anda, budaya menipu syarikat sedemikian tetap sentiasa berlaku setiap kali ada peluang. 
Tawaran yang diberikan oleh pelanggan supaya pekerja buat kerja luar dan dibayar secara terus kepada pekerja adalah terlalu sukar untuk ditolak melainkan seseorang itu punya integriti yang amat tinggi.
Bangla yang tak mahu tipu syarikatAda satu ketika saya sengaja nak menguji seorang pekerja berbangsa Bangladesh yang menjaga dan mengutip bayaran parking. 
Bayaran sekali masuk ke tempat letak kereta itu adalah RM5. Saya tawarkan kepada Bangla itu RM3, tak payah berikan resit dan duit itu masuk ke dalam poketnya.
Dia tersenyum dan gelengkan kepala tanda tak mahu. Saya kata, tak perlu risau sebab tak ada orang tahu dan taukehnya pun tak akan tahu.
Bangla itu senyum sekali lagi dan menudingkan jarinya ke atas langit…
”Tuhan tahu… ! “, jawabnya perlahan.
Saya senyum dan berikan RM5 padanya, sambil mengambil resit dari tangannya, saya memujinya dan berkata moga Tuhan memberkati kejujurannya.
Tutup kemudahan pekerja tipu syarikatPengalaman dengan Bangla di atas sudah tentu merupakan kes terpencil. 
Jika benar dia seorang yang punya integriti tinggi, dia merupakan keturunan atau spesis rare yang wujud di atas muka bumi. Biasanya golongan tersebut hanyalah dalam lingkungan 1% sahaja.
Satu lagi kes ekstrim adalah pekerja yang akan tetap tipu syarikat walaupun kita buat berbagai usaha untuk mengelakkan kena tipu. Walaupun di kunci dan dipasang bedal ayam, pekerja jenis ini akan pecahkan dan masuk mencuri.
Itu juga meliputi 1% daripada jenis manusia yang memang jahat dan berniat nak buat jahat. Mereka mungkin dari kalangan penjenayah yang tegar.
Dari jumlah 1% yang ekstrim baik dan 1% dari yang ekstrim jahat, hanya tinggal 98% sahaja golongan manusia lain-lainnya.
Itu termasuklah saya dan mungkin juga anda. Golongan 98% inilah yang segala usaha untuk mengelakkan pekerja mudah tipu syarikat disasarkan.
Ini kerana usaha elak pekerja tipu syarikat tidak dperlukan sama sekali untuk kumpulan ekstrim baik.
Begitu juga tidak akan berkesan untuk golongan ekstrim jahat, mereka akan tetap cari jalan sampai dapat menipu.
Jika kemungkinan untuk mencuri atau menipu syarikat menjadi agak sukar, golongan yang akan terkesan adalah kumpulan 98% tadi.
Mereka biasanya akan mengelak dan syarikat akan selamat. Sebagai contoh, jangan benarkan pekerja kutip wang tunai dari pelanggan dengan kenakan syarat pembayaran mestilah dalam bentuk bank-in terus atau keluarkan cheque.
Atau contoh paling mudah adalah simpan barang kepunyaan syarikat dalam stor yang kukuh dan berkunci dengan segala aktiviti dan pergerakan barangan di rekodkan. 
Itu semua adalah usaha untuk memungkinkan pekerja menipu syarikat menjadi lebih sukar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/12/pengalaman-berhadapan-kes-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Mengajar Sepanjang Ambik Master

Pengalaman Mengajar Sepanjang Ambik Master

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 164 hits
Kat atas tu gambar aku pergi mengajar dekat Sekolah Al Amin Gombak Seram sejuk masa nakgi mengajar yang ni sebab first time Walaupun hanya mengajar untuk satu session je tapi berdebar dia tu memang lain maciam Haha Aku mengajar ni untuk sub...
Amanah Pelantikan Zahid Tak Jejas Perjalanan Kes Mahkamah

Amanah Pelantikan Zahid Tak Jejas Perjalanan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 227 hits
MalaysiakiniAmanah berpendapat pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota kabinet tidak akan menjejaskan perjalanan kes mahkamah yang membabitkan presiden Umno dan pengerusi BN terbabit Naib Presiden Amanah Mujahid Yu...
Mb Pahang Pun Sudah Jadi Macam Zahid Kuat Menipu Sekarang Saifuddin

Mb Pahang Pun Sudah Jadi Macam Zahid Kuat Menipu Sekarang Saifuddin

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 90 hits
agendaily com2 12 2022Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah Penyakit menipu dalam UMNO sudah menjadi pandemik apabila mula menjangkiti Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang secara terang terangan memanipulasi cerita demi mahu men...
Bekerjasama Dengan Dap Bermakna Umno Sudah Menipu Orang Melayu Kata Tun Abdul Hamid

Bekerjasama Dengan Dap Bermakna Umno Sudah Menipu Orang Melayu Kata Tun Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 167 hits
agendaily com25 11 2022Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad UMNO melakukan penipuan terbesar kepada orang Melayu dengan langkah bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dalam membentuk kerajaan baharu kata Tun Abdul Hamid Bekas K...
Malaysiakini Cuba Perdaya Orang Lagi Kalau Tak Menipu Bukan Meloyakini Namanya

Malaysiakini Cuba Perdaya Orang Lagi Kalau Tak Menipu Bukan Meloyakini Namanya

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 102 hits
Janganlh mudah terpengaruh dgn hasutan pembangkang yg sengaja mahu menggagalkan Muafakat Johor JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau akan memegang kuasa eksekutif dalam Lembaga Perumahan dan Hartana...
Dok Didepan Lagu Mana Hadi Awang Oiiii Dah Pakat Tarik Diri Dah Janganlag Menipu Walaun Yang Percaya Selama Ini

Dok Didepan Lagu Mana Hadi Awang Oiiii Dah Pakat Tarik Diri Dah Janganlag Menipu Walaun Yang Percaya Selama Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 183 hits
Kekal tenang kita masih di hadapan kata Hadi November 24 2022 Abdul Hadi Awang berkata partinya di pihak yang benar sambil meminta penyokong kekal tenang buat masa ini PETALING JAYA Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Abdul Hadi Awang mem...
Lantai Kaca Pada Dapur Gas Pensonic 3 Burners Gas Stove Tempered Glass Pgc 3201g Meletup Dan Pecah

Lantai Kaca Pada Dapur Gas Pensonic 3 Burners Gas Stove Tempered Glass Pgc 3201g Meletup Dan Pecah

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 141 hits
Akhir tahun lepas bulan December 2021 saya ada kongsikan pengalaman beli dapur gas jenama Pensonic dengan 3 dapur serta di liputi kaca tahan atau Tempered Glass Modelnya adalah PGC 3201G Dapur tu dibeli bagi menggantikan dapur gas lama yang...
Kanak Kanak Perempuan Maut Usus Pecah Dipercayai Didera Bapa Tiri

Kanak Kanak Perempuan Maut Usus Pecah Dipercayai Didera Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 112 hits
KAJANG Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun maut dipercayai akibat didera bapa tiri di rumahnya dekat Taman Sri Ramal di sini kelmarin Kanak kanak tersebut dibawa ke Hospital Serdang dengan ambulans selepas ditemui dalam keadaan t...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat