Pengalaman Berada Di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur



Kali ni Diah nak kongsikan pengalaman Diah berada di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada bulan lepas. Kisahnya Diah ke sana untuk bawa anak bongsu kami yang berusia 8 bulan tu untuk pemeriksaan kepala. Pagi tu Airis Safiya jatuh katil masa orang sibuk bangun untuk solat Subuh. Terleka beberapa saat saja sedar-sedar dia dah meraung tertiarap dekat lantai. Ngeri betul kalau nak imbas kenangan tu semula.

Tengahari tu Diah bawa Airis ke Klinik swasta berhampiran rumah untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. Sebelum tu memang dah call tanyakan tentang doktor. Memandangkan hari tu hari Jumaat memang nak elak pergi yang sia-sia. Alhamdulillah bersiap dan terus ke klinik. Sampai je di klinik jururawat beritahu yang Doktor ada hal kecemasan. Masa tu memang rasa nak marah tapi bertahan je.
Ceritakan serba ringkas apa yang berlaku dan jururawat nasihatkan Diah terus rujuk ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur memandangkan Airis ada muntah selepas terjatuh. Dia tak galakkan untuk menunggu doktor. Masa ni masih lagi zero knowledge tentang kecederaan kepala akibat jatuh. Jadi memang di akui sedikit panik dan ikut sahaja cadangan jururawat tu.

Kaunter Pendaftaran & Ruang Menunggu Jabatan Kecemasan HKL
Prosedur Pendaftaran Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur

Oleh sebab umur Airis dan situasi dia yang jatuh dan ter muntah jadi kes kami di kategori kan sebagai kes kecemasan. Bukan semua sakit boleh di klasifikasi kan sebagai kes kecemasan. Kes yang benar-benar meragut nyawa sahaja boleh mendaftar dan layak diberi rawatan kecemasan. Selepas sampai di Jabatan Kecemasan perkara pertama kena buat ialah mendaftar diri di kaunter hadapan. Kakitangan berkaitan akan tanya serba sedikit dan minta kita isi borang. Kemudian tunggu di ruangan menunggu sehingga nama di panggil.

Laluan ke Zon HijauAlhamdulillah kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur sangat cekap dan juga mesra senyuman. Lepas nama dipanggil masa ni berjumpa dengan jururawat bertugas. Diah ceritakan kembali apa yang berlaku dan jururawat yang melayan akan rekod kan segala maklumat di dalam borang. Ada beberapa orang lagi MA yang bertugas. Walau berdepan hal kecemasan mereka masih tenang dan mesra memberi layanan kepada pesakit


Selesai soal jawab pertama kemudian Diah dikehendaki merujuk ke Zon Hijau untuk berjumpa dengan doktor. Apa yang Diah perasan ada dua Zon. Zon Hijau dan juga Zon Kuning. Rasanya Zon Kuning untuk mereka yang lebih parah tahap kecederaan dan lebih teruk keadaan mereka. Sekali lagi kena mendaftar di kaunter dan membayar bil RM1. Dapat no giliran dan tunggu giliran utnuk berjumpa dengan doktor. Masa di Zon Hijau terjumpa pelakon dan pelawak AR Badul tapi bukan dia yang menerima rawatan. Dia nampak sihat. Mungkin tempat ahli keluarga lain yang berjumpa doktor

Zon Hijau Jabatan kecemasan HKL
Sesi soal jawab bersama doktor

Lepas beberapa minit, tak sampai setengah jam pun rasanya nombor kami dipanggil. Sekali lagi Diah terpaksa cerita semula kejadian yang berlaku. Alhamdulillah penerangan doktor mudah difahami dan doktor sangat-sangat mesra pesakit. Walau muka penat tapi layanan tetap terbaik. Doktor tenang je lakukan pemeriksaan. Alhamdulillah Airis tidak mengalami kecederaan teruk akibat jatuh katil.

Doktor nasihat kan supaya terus pantau tahap kesihatan Airis dan jika ada tanda-tanda yang menunjuk kan peningkatan kecederaan serius memang kena datang semula ke Jabatan Kecemasan. Lepas selesai sesi soal jawab kami dibenarkan balik. Pesan doktor, jika berlaku sawan, bayi resah dan muntah, tiba-tiba berlaku pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak kena cepat-cepat rujuk ke hospital.
Tunggu Giliran berjumpa DoktorPengalaman dan Pengajaran

Sepanjang berada di Jabatan Kecemasan kuala Lumpur mulut tak henti-henti ucap syukur dan kasihan kepada mereka yang datang untuk terima rawatan. Jika dibandingkan dengan apa yang terjadi dekat Airis kesakitan mereka lebih teruk. Ada pelajar lelaki (sekolah rendah) yang berdarah dahi, pelajar perempuan sekolah menengah yang duduk di kerusi roda sebab kaki berdarah akibat kemalangan, ada yang demam muka pucat dan tangan di cucuk dengan jarum untuk masuk air. Ada yang berbalut kaki dan tangan. Eh macam-macam. Sesungguhnya mereka yang bekerja di Jabatan Kecemasan memang cekal hatinya. Tahniah dan besar ganjaran nya kerana anda melakukan tugas dengan baik sekali.

Apa yang Diah kongsikan dekat blog sekadar ingatan untuk diri di masa hadapan. Juga untuk yang tak pernah mengalami pengalaman di Jabatan Kecemasan boleh la baca sebagai pengetahuan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2018/10/Pengalaman-Berada-di-Jabatan-Kecemasan-HKL.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Photography Festival Kembali Lagi

Kuala Lumpur Photography Festival Kembali Lagi

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 312 hits
Kuala Lumpur Photography Festival kembali lagi Well well well photography enthusiasts out there anda semua dijemput untuk ke KLPF 2018 dari 26 28 Oktober ini di Mid Valley Edisi kali ini akan menampilkan lebih banyak gambar menarik 7 bengke...
Percutian Di Bandar Kuala Lumpur By Ansa Hotel Kl

Percutian Di Bandar Kuala Lumpur By Ansa Hotel Kl

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 701 hits
Percutian di Bandar Kuala Lumpur by ANSA Hotel KL Sesekali teringin juga nak rasa bercuti di dalam bandar Kuala Lumpur Kali ini aku cuba sepenuhnya untuk guna public transport sepanjang percutian 3 hari 2 malam di tengah tengah KL Tempat te...
Bilik Luas Dan Harga Berpatutan Beristirahat Bersama Keluarga Di Oakwood Hotel Residence Kuala Lumpur

Bilik Luas Dan Harga Berpatutan Beristirahat Bersama Keluarga Di Oakwood Hotel Residence Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 816 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kalau dekat KL ni nak mencari hotel yang boleh muat untuk keluarga yang ramai dengan harga yang berpatutan agak tidak banyak Mungkin kadang kadang ...
Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 2819 hits
Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital Alhamdullilah pada 29 September 2018 Fadzi dah pun selamat melahirkan seorang lagi anak lelaki secara kiwi vakum Fadzi bersalin kali ini dekat Avisena Specialist Hospital dengan ...
Samsung Galaxy A9 Quad Camera Samsung Unpacked Kuala Lumpur

Samsung Galaxy A9 Quad Camera Samsung Unpacked Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 244 hits
Samsung Galaxy A9 Quad Camera Samsung Unpacked Kuala Lumpur berlangsung meriah di sebuah hotel baru W Hotel Kuala Lumpur Samsung Electronics Ltd mengumumkan smartphone terbaru mereka Samsung Galaxy A9 telefon pintar yang mempunyai 4 kamera ...
Wonderful Surprises Await Lulu Hypermarket Capsquare Kuala Lumpur

Wonderful Surprises Await Lulu Hypermarket Capsquare Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 444 hits
It is almost the end of the year And guess what s coming in November soon And there will be another holiday coming up in November Yeay I know all of you are waiting for the holiday don t you dare deny it Yes Deepavali Diwali is coming up on...
Eddie Putera Miniature Gallery Di Gmbb Kuala Lumpur

Eddie Putera Miniature Gallery Di Gmbb Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 603 hits
Sebelum ini dia dikenali sebagai Sifoo dalam Photography Antara Otai dalam dunia fotografi dan ikon kepada ramai peminat seni fotografi Namun beberapa tahun lepas minatnya ke dunia diorama sekali lagi melonjakkan nama beliau dalam bidang kr...
Robinsons Kuala Lumpur Di Four Season Places Kini Di Buka

Robinsons Kuala Lumpur Di Four Season Places Kini Di Buka

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 395 hits
Hi Korang Memang kak lily perasan bangunan Four Season Places ni kalau pi meeting area KLCC ni dan kak lily rasa mostly bangunan ni agaknya bangunan pejabat yang gah gituh tapi rupanya salah ye Di sinilah terletaknya pusat membeli belah Rob...
Masakan Padang Di Melting Pot Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

Masakan Padang Di Melting Pot Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 424 hits
Hi Korang Lama betul tak ke Concorde KL ek Tidur sana pun dah lama tak pi Itulah bila ada orang ajak makan so apa lagi jangan lepaskan peluang kan hehehehe Melting Pot Cafe menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga 30hb N...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran