Bilik Luas Dan Harga Berpatutan Beristirahat Bersama Keluarga Di Oakwood Hotel Residence Kuala Lumpur


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau dekat KL ni nak mencari hotel yang boleh muat untuk keluarga yang ramai dengan harga yang berpatutan agak tidak banyak. Mungkin kadang-kadang terpaksa book untuk 2 bilik dan kos akan berganda. Tapi sebenarnya ada sebuah hotel di KL ni yang berkonsepkan residence sangat luas sesuai untuk yang datang dengan keluarga ramai.


Maha hujung minggu lepas dah menginap dekat hotel yang Maha ceritakan tadi iaitu Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Firstime dengar pasal hotel ni tapi ingat macam hotel biasa yang Maha pernah pergi tapi rupanya ia jauh berbeza dan lain daripada apa yang Maha fikirkan. Sebab bilik yang Maha duduk tu bukan setakat ada bilik tidur, ia siap ada ruang tamu serta juga ruang dapur untuk memasak. Ruang-ruang ini bukan berada dalam satu bilik tau tapi ia diasingkan antara bilik tidur, ruang tamu dan bilik air.




Kalau korang nak tengok video penuh rupa bilik ini boleh tengok dekat Instagram Mahamahu ada up dekat situ. Memang sangat luas dan besar bilik ini Maha yang datang seorang tu pun rasa takut sebab besar sangat terpaksa tidur buka lampu di ruang tamu tu hehehe. Ruang tamu ini ada sofa, meja makan, TV besar dan dekat dalam bilik tidur pun ada TV lagi tau.





Korang boleh tengok sendiri dekat ruang dapur tu dah ada kabinet sendiri dan juga ada induction serta dapur hub lagi untuk memasak. Selalu hotel ini bagi mini fridge jer tapi dekat sini siap ada peti ais dua pintu tau memang boleh simpan makanan basah dan beku untuk memasak. Lepas tu disediakan pula microwave, rice cooker dan juga toaster. So lengkap kalau korang datang menginap dengan keluarga pasti untuk masak sendiri boleh berjimat.






Bilik yang Maha menginap tu dikenali sebagai One Bedroom Deluxe Apartment dimana dalamnya ada satu bilik tidur. Tapi mereka ada juga Double Bedroom Deluxe Apartment yang mempunyai dua bilik tidur dan berkongsi ruang tamu dan juga dapur. Ni lagi besar memang boleh lah datang menginap untuk keluarga yang ramai bilik mak ayah dan bilik untuk anak-anak boleh diasingkan.







Bilik air pun best besar tau kerana di dalam bilik air tu ada shower serta tab mandi. Siapa yang suka berendam memang bestlah pilihan yang tepat. Pulak tu dalam bilik air tu semua kelengkapan lain untuk toiletries ada lengkap tidak perlu risau kalau terlupa bawa. Maha hari tu memang habiskan masa satengah hari berendam dalam tab memang best.




Untungnya menginap di sini bukan sahaja harga yang dibayar untuk bilik tapi juga disediakan sarapan untuk dua orang. Sarapan disediakan di Treat Restaurant & Bar yang terletak di level lobby hotel berhadapan dengan swimming pool. Jadi korang boleh nikmati sarapan sambil mengadap kolam renang yang luas. Lepas sahaja sarapan korang boleh terus pergi Gym yang ada bersebelahan restoran tu. Maha sendiri sempat lah juga bersenam sekejap dalam gym tu main treadmill jer. Lepas dah berpeluh bersenam terus terjun dalam pool hehehe memang segar sangat lepas tu.





Maha kalau datang hotel mesti nak yang ada wifi percuma dan sini memang ada serta sangat laju puas hati lah. Kalau korang rasa nak menginap di hotel ni bawa kereta sendiri mereka ada sediakan parking percuma dekat bawah hotel. Lepas tu kalau korang sekeluarga nak pergi ker tempat-tempat menarik yang berhampiran hotel ni mereka ada sediakan shuttle van.



Perkhidmatan shuttle ini disediakan untuk korang yang nak jalan-jalan bawa keluarga pergi KLCC atau ke Pavilion dan yang berhampiran dengannya. Jadi situ sangat menjimatkan korang untuk berjalan-jalan tanpa bawa kereta sendirikan. Hotel ni sebenarnya tidak jauh pun dengan tempat-tempat menarik yang ada area KL ni. Kalau yang datang naik LRT boleh turun di station Ampang Park dan ambil cab jer ker hotel ini tak jauh pun.


Oakwood Hotel & Residence ini terletak di Jalan Ampang yang merupakan jalan utama untuk ke bandaraya KL. Masa Maha duduk semalaman dekat hotel ni nak cari makan tengah malam pun senang kerana betul-betul depan hotel ni ada Domino Pizza dan juga 7Eleven. Kalau korang gerak sikit dalam 3 minit naik kereta akan jumpa kawasan makan yang meriah dan popular waktu malam iaitu TAPAK Urban Street Dining.



Hotel ni pun meriah tau kalau hujung minggu ramai juga yang menginap di sini mungkin kerana faktor bilik yang sangat besar serta juga harga yang sangat berpatutan. Bagi Maha mungkin kalau family datang KL atas urusan keluarga Maha akan sarankan menginap di hotel ini. Kalau yang datang atas urusan kerja pun boleh menginap di sini kerana meraka ada juga bilik Delux Room untuk seorang. So mungkin korang boleh cuba menginap sini nak rasai sendiri apa yang Maha dah ceritakan. Takut korang kata Maha tipu jer. Kalau dah menginap sini nanti kongsi pengalaman korang ok. Selamat istirahat semua.

Tempahan dan juga pertanyaan layari :
Tel : +60-3-2720 3888 
Fax : +60-3-2720 3999
Laman web : https://www.oakwoodasia.com/serviced-apartments/malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/OakwoodKualaLumpur
Instagram : https://www.instagram.com/oakwoodkualalumpur











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2018/10/bilik-luas-dan-harga-berpatutan-oakwood-hotel-residence-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masakan Padang Di Melting Pot Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

Masakan Padang Di Melting Pot Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 426 hits
Hi Korang Lama betul tak ke Concorde KL ek Tidur sana pun dah lama tak pi Itulah bila ada orang ajak makan so apa lagi jangan lepaskan peluang kan hehehehe Melting Pot Cafe menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga 30hb N...
Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur Usah Lepas Pandang Mesti Kena

Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur Usah Lepas Pandang Mesti Kena

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 589 hits
Semua gambar diambil menggunakan iPhoneX Gambar di upload tak payah edit Puas hati Hotel lagi Usah lepas pandang mesti kena Kenapa kena tempah nanti baca baru tau Kata genius traveler hihi Ya pernah dengar Tamu Hotel Kuala Lumpur yang terle...
Percutian Di Bandar Kuala Lumpur By Ansa Hotel Kl

Percutian Di Bandar Kuala Lumpur By Ansa Hotel Kl

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 705 hits
Percutian di Bandar Kuala Lumpur by ANSA Hotel KL Sesekali teringin juga nak rasa bercuti di dalam bandar Kuala Lumpur Kali ini aku cuba sepenuhnya untuk guna public transport sepanjang percutian 3 hari 2 malam di tengah tengah KL Tempat te...
Smk Sungai Besi Kuala Lumpur

Smk Sungai Besi Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 828 hits
Sedang Berlangsung Program SmartStudy Memory Skills bersama 230 orang pelajar SPM SMK Sungai Besi Kuala Lumpur Have Fun With SmartStudy Your No 1 Choice In Study Skills Programme
Playingtourist In Kuala Lumpur

Playingtourist In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 430 hits
Bismillah Semalam lepas mama and the geng balik ke Penang maka aku dan Kak Farah pun apa lagi panjang kaki ke KL lah Dengan duit tak dak tengah bulan nak berjalan juga habuan minyak kereta cukup la HAHA Kami dah lama tak masuk KL kot padaha...
Perkhidmatan Lori Sewa Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Perkhidmatan Lori Sewa Di Kuala Lumpur Dan Selangor

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 627 hits
Anda mencari pengangkutan yang sesuai untuk berpindah Menjadi permasalahan besar apabila anda hendak berpindah Mana hendak mencari lori Mana hendak mencari pekerja untuk mengangkat barang barang Berapa banyak trip perlu diambil sekiranya lo...
Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur Putrajaya Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur Putrajaya Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 505 hits
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur Putrajaya dan sekitarnya Bukit Ketumbar Cheras Terletak betul betul di belakang kondominium bukit ini adalah tempat yang popular dalam kalangan kelua...
Bufet Aiskrim Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur Hanya Di Cedoqs Cafe By Eita Ice Cream

Bufet Aiskrim Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur Hanya Di Cedoqs Cafe By Eita Ice Cream

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 624 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha ni memang hantu kalau makan aiskrim tambah tambah aiskrim yang pelbagai perisa dan juga homemade ni Nak cari kafe aiskrim yang sediakan bufet ...
9 Tempat Paling Cool Untuk Bercuti Di Kuala Lumpur

9 Tempat Paling Cool Untuk Bercuti Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 563 hits
9 Tempat Paling Cool Untuk Bercuti Di Kuala Lumpur Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia Seperti mana ibu negara ibu negara lainnya Kuala Lumpur merupakan tempat yang sibuk dan padat terutama pada hari bekerja Jalan yang sentiasa padat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game