Pengalaman Ambil Exam Tbe Part B Secara Online




TBE Part A & C sudah saya ambil pada tahun 2014 ketika bersama CIMB.Pada tahun ini tahun 2020,tersedar diri untuk ambil TBE part B pula sebab saya rasa ada keperluan disitu.Part B (General Insurance) membolehkan kita untuk memulakan perniagaan berdasarkan insurance general seperti insurance motor,rumah,marin,foreign worker dan pelbagai lagi.


Musim PKPP exam masih dibuat secara online .Saya mendaftar disini :enroll ibfim
untuk mengambil exam TBE Part B

Selesai daftar online,lepas dapat ID (id selalunya adalah ic NO ),kita boleh pilih tarikh dan waktu exam yang sesuai dengan kita.Kemudian,boleh buat bayaran melalui FPX


Seperti saya sudah ada TBE part A&C,jadi hanya perlu bayar RM75 untuk tambah PART B.Mana-mana calon yang belum ada apa-apa,perlu bayar RM 80.Dulu exam TBE memang diasing-asingkan begitu antara general takaful dan takaful keluarga juga pelaburan.Tetapi kalau tak salah saya sekarang boleh buat sekaligus

Lepas daftar dan buat bayaran secara online.Kita dapat exam slip melalui email.Print exam slip wajib ada ketika exam nanti.Ada no kat situ untuk kita login masuk exam


Dalam website IBFIM juga disediakan note untuk dibaca.Ia boleh kita download secara percuma.Mula-mula saya download bahasa Inggeris.Lepas saya print dan baca habis di rumah.Saya download pula bahasa Melayu untuk lebih faham.Jika dulu exam,bank memang sediakan saya contoh-contoh soalan latihan,tetapi kali ini kerana saya mendaftar secara individu,untuk contoh soalan tiada siapa yang akan sediakan.Dulu nak exam saya hanya buat latihan soalan,tak pernah tak lulus.hehe,.kali ni bila tiada latihan contoh soalan,saya kena baca dan faham.Jadi saya tukar ke bahasa Melayu untuk saya lebih mudah faham


Di web IBFIM memang disediakan contoh soalan PART B  tetapi ada bayaran  sebanyak RM 19.90 untuk dapatkan set soalan.Saya terfikir-fikir untuk beli atau tidak.Lagipun soalan itu hanya boleh digunakan selama 3 hari selepas dibeli.Bagi saya agak berlaku pembaziran disitu kerana ia tidak boleh disimpan lama untuk kegunaan masa akan datang.

Lepas baca-baca saya memang perlukan latihan,penat juga lah saya godek google kot-kot ada calon berkongsi soalan.Jika ada pun failed download,nak tak nak nak kena beli melalui website ibfim

Bagi pendapat saya itu satu perniagaan,Yerlah soalan tidak boleh digunakan atau dikongsikan,hanya boleh digunakan selama 3 hari.Memang saya tekad nak beli sahaja,apalah sangat RM19..90 tu kan?Tetapi fikir balik laptop saya ni tiada antivirus dah expired sudahnya saya tidak berani bayar secara online.Jadi saya tawakal sahaja

Nak dikatakan saya baca nota setiap hari tidak juga,saya memang khatam note dalam english,ada 10 bab semuanya.Tapi kebanyakan info tu berulang-ulang dan sebenarnya nota ia amatlah mudah difahami

Bila baca dalam bahasa melayu pula ada 95 muka surat semuanya.Saya baca juga semua dan ada juga saya baca lompat-lompat

Malam sebelum exam saya tengok juga youtube perkongsian bagi yang telah ambil exam TBE.Tapi perkongsian itu bukan yang saya cari.Akhirnya saya tawakal sahaja dengan hanya baca nota tanpa buat latihan

Alhamdulilah,hari ini jumaat 3 July 2020,saya PASS exam TBE Part B dengan GRED  C.

Pengalaman ambil exam secara online

IBFIM tidak menggalakkan kita guna wifi.Wajib ada strong internet.Sebarang gangguan adalah risiko calon sendiri.Sehari sebelum exam ada orang akan invite kita dalam group whatsapp.Segala do & donts ketika exam dalam group dikongsikan.Cara duduk calon dan kedudukan laptop juga diajar agar ketika exam nanti pengawas peperiksaan boleh melihat screen laptop dan wajah kita

Ingat jika gagal kita boleh ulang exam tetapi jika ada cubaan menipu mungkin kita akan digantung untuk ambil exam dalam tempoh masa beberapa tahun.

ic,slip exam dan jika mohon pakai SPM wajib ada at least 3 credit.Semua ni snap dan email pada pengawas yang bertugas sehari sebelum exam.Gagal berbuat demikian kita tak boleh ambil exam.

Saya di rumah hanya mennggunakan hotspot DIGI.Selalu kitaran bil saya bayar 3 haribulan keatas untuk kiraan 20 hari dari kad kredit.Tetapi saya bayar awal sehari semalam takut line slow atau paling buruk lagi kena bar

Pagi-pagi bangun handphone saya habis bateri.Kemudian hp samsung tu memang tempat on tepi tu rosak.Selalu saya cucuk je ngan pen atau benda tajam untuk on handphone.Budget nak beli handphone baru.Huhuhu...Arghh sudah handphone kejung tak boleh on.Nanti nak kena on zoom apps,mcm mana ni.Saya caj bagi penuh dulu.Saya bawa diri pergi sarapan dengan dulu.Lepas sarapan masih tak boleh on

Dah susah hati.Plan nak tukar simkad ke iphone,satu keje pula nak download semua apss semula.Then geram saya campak handphone ke lantai.Ehh boleh pula on.Huhuhu.

Tepat jam 10,kita boleh masuk dah zoom menggunakan id dan pasword yang telah diberikan dari group whatsapp.Masa ni pengawas peperiksaan akan mengambil kehadiran kita dan pastikan posisi laptop dan wajah kita kelihatan olehnya.Saya tidak mengalami masalah apa-apa ketika ini.Alhamdulilah.Line internet pun ok sangat.Kita hanya boleh masuk ke website exam selepas pengawas ambil kehadiran kita

Ada juga calon yang menjawab soalan di dikedai,pejabat dan agensi.Yang best ada yang singgah sekejap di restoran untuk ambil exam.Saya beriya-iya minta hb jaga anak-anak dan tutup pintu bilik supaya tiada gangguan.Punya saya nervous.

SOALAN TBE part B tak lah susah mana,kalau baca dan faham senang sahaja.Ada 50 soalan,mana yang saya tak sure saya skip.Terus next,ada yang saya pasti jawapannya dan ada juga yang saya cuba mencari jawapan disebalik soalan.Ada yang faham faham lah tu ya.ehehe...Bila dah skip-skip sampai soalan akhir,baru saya kembali kepada soalan yang ragu-ragu jawapannya,baca betul-betul dan cuba ingat-ingat kembali apa yang telah dibaca.

Alhamdulilah ,sepatutnya exam bermula dari jam 10.30am-12.30pm,saya habiskan dalam 11am lebih.Terus saya tanya macam mana nak submit.Malas nak think deep sangat,kan jadi confuse sendiri.Sudah jawab biarkan sahaja.Pengawas minta saya tekan butang control (CTRL)dan tolak 3 kali,baru nampak butang submit.
Sebelum submit tu sempat lah baca doa moga pass.Tapi sebelum exam pun dah baca doa juga.Kalau tak pass kenalah bayar balik dan exam balik kan.Ok je tawakal.Alhamdulilah tekan submit,taddaaa result terus keluar.Saya PASS with GRED c.Mesti cukup-cukup makan kan.Oklah tu,saya baca pun walaupun khatam tapi banyak gangguan.Taklah study  sangat.Dan hal kerja lagi keluarga lagi mana nak fokus sangat

Alhamdulilah,pass juga akhirnya.NOW complete sudah lesen TBE saya,ada part A.B & C .Moga ada lesen ini makin berkembanglah perancangan kerjaya dan perniagaan saya dan makin memberi manfaat pada orang ramai dan keluarga.Moga ada lesen ini makin luas juga rezeki saya.InsyaALLAH aamin...

InsyaALLAH,perjalanan business saya untuk niche takaful akan berkembang luas.aaamin..

Appreciate your time reading this entry


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-exam-tbe-part-b-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 741 hits
Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 8 Julai 2020 adalah tarikh peperiksaan online bagi kemasukan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 berdasarkan info dari SPA Mungkin ramai yang sedang mencari panduan dan rujukan untuk menduduki...
Dikira Kamera Mati Politisi Ini Ciumi Celana Dalam Wanita Saat Rapat Online Langsung Ditegur Dewan

Dikira Kamera Mati Politisi Ini Ciumi Celana Dalam Wanita Saat Rapat Online Langsung Ditegur Dewan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 305 hits
Seorang politisi kepergok tengah asik mencium celana dalam wanita lantaran tak sadar jika sedang rapat online Buntut akibat dirinya gaptek terhadap online politisi ini tak sadar jika kameranya masih keadaan online Aksi politisi ini menciumi...
Panduan Peniaga Online Menggunakan Facebook Untuk Berjual Beli

Panduan Peniaga Online Menggunakan Facebook Untuk Berjual Beli

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 456 hits
Panduan Peniaga Online Menggunakan Facebook Untuk Berjual Beli Kalau korang nak tahu ramai peniaga online tidak dapat memuat naik status barangan atau produk yang dijual pada laman sosial facebook Ini kerana setiap status yang mempunyai per...
Panduan Daftar Dan Perbaharui Ssm Melalui Ezbiz Online

Panduan Daftar Dan Perbaharui Ssm Melalui Ezbiz Online

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 911 hits
Last updated Jun 13 2020 Sudahkah anda mempunyai SSM untuk perniagaan anda Jika belum anda boleh daftar dan Perbaharui SSM anda memlalui EzBiz secara online Daftar SSM Mengapa anda perlu daftar perniagaan anda Suruhanjaya Syarikat Malaysia ...
Minyak Pengasih Dan Tangkal Azimat Syirik Selamba Dijual Secara Online

Minyak Pengasih Dan Tangkal Azimat Syirik Selamba Dijual Secara Online

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 1023 hits
Kredit Begitu mudah mereka mempromosikan syirik dan khurafat Seperti yang kita semua sedia maklum minyak pengasih ialah sejenis sihir penunduk yang digunakan untuk menundukkan seseorang supaya takut atau sayang kepada seseorang Tangkal dan ...
Mengenal Program Kuliah Online Di Indonesia Yang Sudah Eksis Sebelum Pandemi Incaran Karyawan

Mengenal Program Kuliah Online Di Indonesia Yang Sudah Eksis Sebelum Pandemi Incaran Karyawan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 228 hits
Kalau kamu ingin masuk kuliah tahun ajaran ini mungkin bisa sekalian daftar kelas online di universitas terbaik Katanya sih lulusnya lebih cepat
Poll How Much Do You Earn From Online Casino Promo

Poll How Much Do You Earn From Online Casino Promo

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 378 hits
Play Video Slots Online Get 11 Free Spins How to play witout download and registration required Just choose the game on our website and start you no deposit experience The deposit
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal