Beza Usia 18 Tahun Dikecam Gilakan Harta Lelaki Ini Pilih Untuk Bahagia


Dalam diam, cinta hadir dalam bentuk yang tak dijangka. Bagi Mohd Shahril Tuah atau lebih mesra dipanggil Aril  cinta itu hadir ketika dia menemani ibunya ke klinik, dan bertemu seorang wanita yang membuatkan dia rasa tenang hanya dengan melihat cara layanan dan tutur katanya.
Wanita itu bukan calang-calang orang. Seorang doktor, anak orang berada, dan lebih berusia 18 tahun daripadanya. Namun di sebalik semua label itu, Aril nampak sesuatu yang jauh lebih penting  keperibadian.
“Saya tak cari pasangan sebab rupa atau harta. Saya tengok semua aspek, tapi paling utama akhlaknya,” ujar usahawan tudung berusia 38 tahun ini.
Kini, selepas 11 tahun membina mahligai rumah tangga bersama Dr Zahida Datuk Mohamad Zahudi, 56, pasangan ini sering menjadi perhatian warganet menerusi video-video mesra mereka di TikTok.
Namun ada yang berkata yang tidak sedap didengar. Bagi dirinya ia bukan menjadi halangan untuk dia terus setia dan sayangi isteri tercinta.
“Ada yang kata saya ‘gilakan’ harta sebab kahwin dengan wanita berusia.. apatah lagi isteri seorang doktor dan juga anak orang berada.”

Meskipun beza usia ketara, gelagat mereka yang santai dan bersahaja jelas menunjukkan keserasian luar biasa  tiada rasa kekok, tiada rasa canggung. Yang ada hanyalah dua jiwa yang saling melengkapi.
Bermula Dari Klinik, Berakhir di Pelamin Perkenalan mereka bermula dengan sangat sederhana. Aril, yang ketika itu baru putus tunang, hanya menemani ibunya mendapatkan rawatan di klinik Dr Zahida. Tapi dari situlah detik hati mula bergetar.
“Saya tertarik dengan kelembutan dan cara dia layan mak saya. Cara dia terangkan tentang kesihatan pun penuh empati. Saya nampak dia bukan saja cantik luar, tapi dalam pun indah,” katanya.
Waktu itu, Dr Zahida pula baru kehilangan suami, dan telah tiga tahun hidup solo. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membuka pintu hati semula — sehinggalah Aril hadir sebagai kejutan yang tidak disangka.
“Waktu kahwin, saya 45 tahun dan dia 27. Tapi kalau dari segi pemikiran, saya yang lebih kebudak-budakan,” ujar Dr Zahida sambil tertawa kecil.
“Aril ni orangnya matang, bercakap pun teratur. Kami tak cuba pun nak ‘berlakon’ depan satu sama lain. Kami cuma nak jadi diri sendiri, dan belajar bertolak ansur.”
Tiga tahun mereka berkawan, belajar mengenali hati budi masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin  dengan restu kedua-dua belah keluarga.
Terima Kasih Sebab Ada Waktu Saya Jatuh

Bagi Aril, detik paling bermakna sepanjang perkahwinannya bukan ketika mereka diuji dengan bahagia, tetapi ketika diuji dengan susah.
“Isteri saya ada waktu saya jatuh. Waktu orang luar tak terima, waktu saya baru nak mula dalam dunia content creator. Dia sokong, dia percaya.”
Kini, berkat doa dan usaha, bukan sahaja rumah tangga mereka bertahan lebih sedekad, malah perniagaan tudung Aril juga semakin berkembang  disokong dengan doa ribuan pengikut yang suka melihat kebahagiaan mereka.
“Kalau ada orang kata yang bukan-bukan, saya maafkan. Saya doa semoga Allah lembutkan hati mereka dan beri mereka ketenangan,” katanya. 
Hormat, Jujur dan Redha  Kunci Bahagia Mereka Dr Zahida pula melihat perkahwinannya dengan Aril sebagai takdir indah yang tak pernah dia rancang, tapi dia syukuri setiap hari.
“Saya tetap anggap dia suami, walaupun lebih muda. Saya hormat dia, saya terima tegurannya. Sebab dalam banyak hal, dia lebih arif. Terutama soal agama.”
Setelah 28 tahun bergelar doktor, dan melalui pelbagai fasa kehidupan, Dr Zahida percaya kebahagiaan rumah tangga bukan tentang siapa lebih tua, siapa lebih kaya  tetapi siapa yang jujur dan sedia belajar bersama.
Sumber: Harian Metro
The post Beza Usia 18 Tahun, Dikecam Gilakan Harta, Lelaki Ini Pilih Untuk Bahagia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/beza-usia-18-tahun-dikecam-gilakan-harta-lelaki-ini-pilih-untuk-bahagia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendidikan Awal Usia 5 Tahun Kpm Teliti Aspek Teknikal Operasi

Pendidikan Awal Usia 5 Tahun Kpm Teliti Aspek Teknikal Operasi

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 132 hits
Penelitian meliputi sumber tenaga pengajar prasarana serta kesediaan semua pihak terlibat Kerajaan akan mewajibkan pendidikan prasekolah bermula usia lima tahun bagi memperkukuh pendidikan awal kanak kanak KOTA BHARU Kementerian Pendidikan ...
14 Kedai Papan Usia 100 Tahun Musnah Terbakar Di Jasin

14 Kedai Papan Usia 100 Tahun Musnah Terbakar Di Jasin

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 164 hits
14 kedai papan usia 100 tahun musnah terbakar di Jasin Tangkap layar keadaan kebakaran membabitkan kedai papan di Pekan Simpang Bekoh Jasin Foto tular media sosial JASIN Sebanyak 14 unit kedai papan termasuk enam yang masih beroperasi musna...
Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 220 hits
Sebenarnya pada asal saya nak menulis perbezaan bila subscribe Chatgpt Plus VS Free version Namun kemudian saya berfikir apa sebenarnya chatgpt ni fikir tentang saya sebagai penggunanya Jadi beberapa soalan yang kita tanyakan kepada chatgpt...
Selepas 20 Tahun Koma Putera Arab Saudi Al Waleed Khalid Disahkan Mangkat Pada Usia 36 Tahun

Selepas 20 Tahun Koma Putera Arab Saudi Al Waleed Khalid Disahkan Mangkat Pada Usia 36 Tahun

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 173 hits
AgensiPutera Al Waleed bin Khalid bin Talal Al Saud yang dikenali sebagai Putera Tidur disahkan mangkat pada usia 36 tahun selepas mengharungi tempoh koma selama dua dekad susulan kemalangan tragik yang menimpanya pada 2005 Gambar media sos...
Penyanyi Remaja Dedah Didera Ibu Tiri Dipaksa Busking Dari Usia 8 Tahun Untuk Tanggung Ayah Amp Adik Beradik

Penyanyi Remaja Dedah Didera Ibu Tiri Dipaksa Busking Dari Usia 8 Tahun Untuk Tanggung Ayah Amp Adik Beradik

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 183 hits
Penyanyi remaja dari Indonesia Farel Prayoga membuatkan ramai terkejut apabila dia mendedahkan pernah menjadi mangsa dera ibu tirinya Remaja berusia 15 tahun itu mendakwa dia juga dipaksa oleh ahli keluarga yang lain untuk bekerja sebagai p...
Tengah Sarat Mengandungkan Urhan Masih Sakan Mengacara Setelah 9 Tahun Uyaina Pilih Tinggalkan Wanita Hari Ini

Tengah Sarat Mengandungkan Urhan Masih Sakan Mengacara Setelah 9 Tahun Uyaina Pilih Tinggalkan Wanita Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 146 hits
Saya yang memilih untuk pergi Tak ada sengketa tak ada salah faham Itulah antara luahan penuh makna daripada Uyaina Arshad yang akhirnya mengumumkan keputusan untuk menamatkan peranannya sebagai pengacara program Wanita Hari Ini selepas sem...
Lebih 150 Tahun Berbakti Hkl Tersenarai Hospital Terbaik Dunia 2025

Lebih 150 Tahun Berbakti Hkl Tersenarai Hospital Terbaik Dunia 2025

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 228 hits
Hospital Kuala Lumpur terus mengukir sejarah apabila menerima pengiktirafan sebagai salah sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh Newsweek dan Statista satu pencapaian membanggakan bukan sahaja buat institusi itu sendiri malah untuk sistem ...
Bayi Baru Lahir Kena Campak Budak 6 Tahun

Bayi Baru Lahir Kena Campak Budak 6 Tahun

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 132 hits
Bayangkan bayi kecil yang baru saja melihat dunia belum sempat pun merasa pelukan ibunya dengan sempurna akhirnya pergi bukan sebab sakit tapi kerana kecuaian manusia Walaupun insiden memilukan ini berlaku di Perancis ia sepatutnya menjadi ...
Conducting A Swot Analysis

Duta Riang Villa Vila Dengan Konsep Tradisional Melayu Dan Rustik

The Decline Of Malaysian Hockey

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

Sebut Nama Anak Menteri Sabah Saifuddin Akui Khilaf Bukan Anak Datuk Ariffin Saya Tarik Semula Kenyataan Itu

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ini Rupanya Mee Siput Muar

Irresistible Korean Beef Recipe Bbc

Beli Crownies Dengan Ninana Dessert

Better Late Than Never A Charming Custom Yamaha Xj650 From A First Timer

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

Umno Veterans Defend Dr Akmal Accuse Dap Of Politicising Upside Down Flag Issue