Pengakuan Tentang Manifesto Bukti Kegagalan Mutlak Mahathir Harus Dijauhkan Lebih Awal Daripada Pru15




Pengakuan Tun Mahathir Mohamad berhubung alasan dan sebab-sebab PH gagal menunaikan janji manifesto secara mutlaknya menunjukkan kegagalan beliau sebagai peneraju negara yang pernah ada pengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Hakikatnya, sungguh memalukan dan seolah-olah satu penipuan kepada rakyat apabila beliau memberitahu, PH sengaja meletakkan perkara-perkara yang susah dalam manifesto kerana merasakan akan kalah PRU14 lalu.

“Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah, jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk direalisasikan) dalam manifesto, supaya jika kami kalah, kerajaan (lama) akan terperangkap.

“Tapi sekarang kami jadi kerajaan, kami jadi mangsa kepada manifesto kami sendiri,” katanya.

Tidak logik dan tidak masuk akal sama sekali sebenarnya alasan yang diberi oleh Tun Mahathir kerana beliau pernah ada pengalaman selama 22 sebagai Perdana Menteri sebelumnya.

Jika yang berkata demikian adalah pemimpin yang tiada pengalaman atau tidak pernah menjadi ketua kerajaan, barangkali hujah beliau itu boleh juga diterima kebenarannya.

Namun, apabila Tun Mahathir yang ada pengalaman 22 tahun berkata seperti itu, ia memang tidak logik serta tidak boleh diterima sama sekali.

Dengan pengalaman yang bukan sedikit itu, beliau tentu sedar dan arif antara perkara yang dilaksanakan dengan yang tidak boleh dilaksanakan.

Tambahan lagi, sepanjang kempen PRU14 beliau turut menjaja dan mengulang-ulang beberapa kandungan dalam manifesto itu bagi tujuan meyakinkan lagi rakyat agar BN dapat ditumbangkan.

Sekarang, mengapa hanya setelah 16 bulan duduk sebagai kerajaan, baru menyedari banyak perkara dalam manifesto adalah perkara-perkara yang tidak boleh ditunaikan?

Apa gunanya pengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri itu adalah dalam dirinya?

Apa pun, dengan pengakuan itu, ia dengan jelas menunjukkan Tun Mahathir kini telah gagal sama sekali sebagai Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan PH.

Beliau terbukti tidak mampu dan hilang keupayaan diri, malah melanjutkan lagi tempoh perkhidmatannya akan membawa lebih bahaya kepada masa depan PH.

Kegagalan ini adalah kegagalan mutlak bagi Tun Mahathir, tetapi masih cuba berdalih untuk memperbodohkan rakyat.

Jika menunaikan janji manifesto atau pembaharuan yang melibatkan keperluan undi dua pertiga di Parlimen sebagai halangan, tidaklah menjadi masalah untuk sesiapa memahaminya.

Masalahnya, bagaimana dengan janji-janji manifesto yang lain?

Apakah semua kandungan manifesto seperti janji menghapuskan hutang tidak wajar peneroka Felda dan gaji RM4,000 baru perlu membayar pinjaman PTPTN, turut memerlukan kelulusan dua pertiga di Parlimen juga?

Berdasarkan kegagalan ini, Tun Mahathir bukan saja tidak layak lagi menerajui negara dengan lebih lama, bahkan suatu dosa bagi sesiapa yang mencadangkan khidmatnya dilanjutkan sehingga habis penggal.

Ini kerana lagi lama khidmatnya menerajui negara ini, lagi sengsara rakyat dan jahanam PH dibuatnya.

Untuk atau menjelang PRU15 akan datang, Tun Mahathir pasti tidak akan dipercayai lagi oleh rakyat dan kegagalan mutlaknya itu adalah pembunuh kepada masa depan PH.

Tun Mahathir wajar sepenuhnya diganti dalam kadar segera dengan pemimpin lain yang bukan saja memahami serta menjiwai reformasi, malah mengasaskan semangat reformasi itu sendiri.

Hanya pemimpin bukan reformis palsu saja yang akan bersungguh-sungguh menunaikan janji dan melaksanakan pembaharuan untuk negara ini. (Shahbudindotcom 05/10/2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/pengakuan-tentang-manifesto-bukti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Menunjukan Wee Kaa Siong Dan Mca Lebih Hebat Dari Mahathir Dan Bersatu

Sejarah Menunjukan Wee Kaa Siong Dan Mca Lebih Hebat Dari Mahathir Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 255 hits
John Doe tolong buat pembetulan dan catitan MCA hanya ada 1 kerusi Parlimen BERSATU 13Wee Kaa Siong AP biasa Mahathir PM Tetapi apabila Wee Ka Siong kataNajib hanya Penasihat bukan Pengerusi Semua akur Apabila Wee Kaa Siong kata no ummah on...
Mahasiswa Uncen Demo Siswa Di Jayapura Papua Dipulangkan Lebih Awal

Mahasiswa Uncen Demo Siswa Di Jayapura Papua Dipulangkan Lebih Awal

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 227 hits
Melani juga khawatir aksi demonstrasi kembali memicu pemblokiran akses internet di Kota Jayapura dan Papua sebagaimana beberapa waktu lalu Yah kalau begini pasti internet akan mati lagi seperti tempo hari katanya
Saya Sudah Bilang Lebih Awal India To Ban Imports From Malaysia Now Salahudin And Theresa Will Silat Taici

Saya Sudah Bilang Lebih Awal India To Ban Imports From Malaysia Now Salahudin And Theresa Will Silat Taici

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 405 hits
NEW DELHI India world s biggest importer of edible oilsPalm oil 2 3 of India s total edible oil importsbuys more than 9 million tonnes annuallymainly from Indonesia and MalaysiaIn 2019 India biggest buyer of Malaysian palm oiltaking 3 9 mil...
Retorik Perlembagaan Persekutuan Halang Ph Tunai Manifesto Mahathir

Retorik Perlembagaan Persekutuan Halang Ph Tunai Manifesto Mahathir

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 265 hits
Hasrat Pakatan Harapan untuk menunaikan janji janji dalam manifesto terhalang oleh peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat undang undang yang tidak baik diguna pakai dalam negara in...
Wawasan 2020 Tidak Dicapai Kerana Kegagalan Kerajaan Terdahulu Mahathir

Wawasan 2020 Tidak Dicapai Kerana Kegagalan Kerajaan Terdahulu Mahathir

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Negara gagal untuk mencapai impian Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun depan disebabkan kesilapan strategi yang dijalankan kerajaan terdahulu kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Wa...
Wkb2030 Tidak Lebih Daripada Hipnotis Tun Mahathir

Wkb2030 Tidak Lebih Daripada Hipnotis Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 523 hits
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam adalah sama seperti Wawasan 2020 yang hanya cuba untuk terus menipu rakyat dengan penglihatan yang indah kata Presiden Parti Gerakan Rakya...
Kongres Maruah Melayu Manifestasi Kegagalan Mahathir Ezam

Kongres Maruah Melayu Manifestasi Kegagalan Mahathir Ezam

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 542 hits
MALAYSIAKINI Bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor meminta para pemimpin khususnya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk berhenti menjadi munafik dan hipokrit Katanya selepas lebih 50 tahun merdeka dengan negara sepanjang masa di...
Kejahilan Mahathir Tentang Sejarah Or Ignorance Par Excellence

Kejahilan Mahathir Tentang Sejarah Or Ignorance Par Excellence

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 260 hits
Now if Mahathir s theory that Malaya was colonised because the Malays were divided is correct what happened in Hong Kong China was not divided into three kingdoms There was only one very powerful Chinese kingdom So how were the British able...
Tulang Besi Sudah Lebih Awal Berdoa Depan Kaabah Berbanding Ridhwan Mat Nor

Tulang Besi Sudah Lebih Awal Berdoa Depan Kaabah Berbanding Ridhwan Mat Nor

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 284 hits
TULANG BESI SUDAH LEBIH AWAL BERDOA DEPAN KAABAH BERBANDING RIDHUAN MAT NOR Baru ni Ridhuan Mat Nor ulama jadian2 dlm PAS telah mencabar org ramai membuat beberapa doa di hadapan Kaabah yg agak berat ke atas Pakatan Harapan Doa yg berkehend...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice