Peneroka Tuntut Jawapan Projek Loji Biogas Rm35 Juta Felcra Terbiar


Annabelle Lee



Sejumlah peneroka Felcra membangkitkan persoalan berhubung projek biogas bernilai RM35.25 juta yang dijalankan sebuah syarikat milik kerajaan.

Mereka terutamanya ingin tahun mengapa tiada tindakan diambil walapun hanya sedikit kerja yang dibuat selepas lima tahun dana untuk projek itu diberikan.

Berdasarkan dokumen yang dilihat Malaysiakini yang dikongsi oleh peneroka, Felcra Bhd memeterai perjanjian dengan Megagreen Energy Sdn Bhd pada Disember 2014.

Menurut perjanjian itu, Megagreen akan memajak tanah milik Felda untuk "membangun, membiayai, membina, memiliki, mengendali dan menguruskan secara terus" lima loji biogas.

Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertarikh 21 Februari 2018 menunjukkan Felcra menjadi pemegang saham minoriti dalam Megagreen. Pemegang saham utama ialah Megah Hijau Makmur Sdn Bhd.

Bekas pengerusi Felcra Bung Moktar Radin juga menjadi salah seorang pengarah Megagreen ketika perjanjian itu dimeterai. Ketika dihubungi, Bung berkata telah letak jawatan daripada Megagreen selepas 9 Mei tahun lalu.

"Saya letak jawatan sejak BN kalah PRU ke-14," katanya kepada Malaysiakini menerusi pesanan teks. Anggota parlimen Kinabatangan itu turut letak jawatan sebagai pengerusi Felcra pada 1 Jun 2018 selepas lima tahun memegangnya.

"Tiada komen, anda boleh tanya pengurusan Felcra," kata Bung ketika ditanya berkenaan kemungkinan wujud konflik kepentingan dalam perjanjian biogas itu.

Rekod SSM juga menunjukkan Megagreen menerima pinjaman RM35.25 juta daripada RHB Islamic Bank Bhd pada 9 Jun 2015. Setakat Oktober 2019, hutang itu belum dibayar sepenuhnya.

Setakat laporan ini ditulis, Felcra belum memberi maklum balas terhadap permintaan Malaysiakini untuk mengulas perkara ini.

Loji biogas terbengkalai, tak lengkap

Menurut perjanjian, loji enam megawatt akan dibina di lokasi kilang minyak sawit Felcra di Bukit Kepong (Johor), Sungai Melikai (Johor), Nasaruddin (Perak), Seberang Perak (Perak) dan Maran (Pahang) milik Felcra.

Loji tersebut untuk memproses efluen (sisa industri) dari kilang minyak kelapa sawit (pome) untuk menghasilkan gas metana.

Ketika melawat dua ki;ang minyak sawit milik Felcra di Perak, Malaysiakini mendapati loji biogas di kedua-dua lokasi tidak beroperasi.

Di Nasaruddin, papan tanda projek menunjukkan loji itu sepatutnya siap pada Mei 2016.

 Kawasan ini terdiri daripada kolam anaerobik yang ditutup dan juga tidak ditutup, menara suar, paip dan turbin yang disimpan dalam kontena - semua komponen untuk loji biogas. Ia juga ada beberapa bilik kecil yang dibina daripada zink, masing-masing dilabelkan "pondok keselamatan", "tandas" dan "pejabat".
Bagaimanapun tiada papan tanda untuk loji biogas. Seorang pekerja kilang minyak kelapa sawit yang enggan dinamakan berkata kilang tidak pernah beroperasi walau sekalipun, sejak dua tahun ia dibina.

Seorang individu yang menjaga kawasan itu - juga enggan dinamakan - berkata biogas tidak dapat dihasilkan kerana komponen utamanya,

Kemudahan itu turut tampak tidak dijaga, penuh dengan lalang dan zink terbiar begitu sahaja.

Sementara itu di tapak Seberang Perak, pembinaan loji biogas tampak lebih lengkap - dengan dua tangki reaktor anaerobik yang besar, tangki penyimpan dan banyak paip.

Turut dilihat binaan daripada zink dan kolam, yang kebanyakannya kosong. Seperti di Nasaruddin, loji ini juga tiada papan tanda dengan kawasan yang tidak terjaga.

Di sebalik pembinaan yang dibuat, keseluruhan loji tidak dijaga dan seolah-olah telah ditinggalkan.
Sebuah kilang minyak sawit Felcra terletak di sebelahnya. Seorang pekerja di situ yang enggan dinamakan, berkata mereka tidak pernah melihat loji biogas itu beroperasi sejak ia disiapkan empat tahun lalu.

Menurut perjanjian antara Felcra dan Megagreen, Megagreen dijangka menggunakan pomse secara "kapasiti penuh" dengan menukarkannya kepada biogas. Perjanjian itu tidak menyatakan apa-apa garis masa atau tarikh siap untuk projek tersebut.

Kontraktor turnkey, Green & Smart Sdn Bhd - yang juga salah seorang pemegang saham minoriti dalam Megagreen - enggan mengulas berhubung loji biogas itu.

Kenapa SPRM tak ambil tindakan?

Ketika ditemui Malaysiakini, peneroka Felcra, Rosli Ismail, Rameli Buyong dan Usaili Alias mendakwa Bung pernah menghantar surat kepada RHB yang menamakan Felcra sebagai penjamin kepada pinjaman RM35.25 juta yang diambil Megagreen.

Bagaimanapun Bung yang juga pengerusi Umno Sabah berkata "tidak adil" untuknya mengulas berkenaan anggaran tarikh siap dan pinjaman untuk projek itu, dan berkata perkara itu harus dirujuk kepada Felcra.

Rosli, Rameli dan Usaili juga mengeluh apabila aduan yang dibuat kepada SPRM, serta pengurusan baru Felcra bawah kerajaan PH, masih belum ada sebarang tindakan.

Usaili, yang mengetuai Peserta Felcra Gelung Pepuyu Dusun Bota Berhad - berkata tindakan perlu diambil kerana salah pengurusan sebelum ini telah menyebabkan Felcra tidak lagi kaya seperti dulu.

"Saya dan rakan-rakan membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya enam bulan lalu, tetapi sehingga hari ini tiada apa yang dilakukan [...] mereka yang berkenaan masih bebas.

"Saya telah 17 tahun jadi ketua peserta merangkap pengerusi koperasi Felcra di Pepuyu Dusun Bota dan saya lihat pembayaran yang diterima peneroka tidak konsisten sejak Bung mengambil alih," katanya.

dan saya telah melihat bahawa pembayaran terhadap peneroka tidak konsisten sejak Bung mengambil alih," katanya.

Setakat laporan ini diterbitkan, SPRM belum menjawab soalan yang dihantar Malaysiakini berhubung projek loji biogas ini.

Sementara itu Rameli yang merupakan bekas naib presiden kanan Felcra mahu keadaan Felcra dipulihkan kembali.

Sementara itu, bekas naib presiden kanan Felcra, Rameli mahu nasib korporat dibaik pulih.

"Saya tidak mahu Felcra menjadi mangsa penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Kita perlu kembalikan Felcra kepada bisnes terasnya...Kita mulkana Felcra dari awal, dari bawah," katanya.

Pengerusi koperasi Felcra Jaya, juga memulakan kerjayanya di Felcra.

"Ketika kami bermula, sukar untuk meyakinkan orang ramai menyertai Felcra tetapi kami menjadi sangat berjaya. Tetapi apabila seseorang yang tidak bertanggungjawab datang, ketika itulah wang habis," katanya yang berasal dari Pahang.

Felcra tidak mendedahkan penyata kewangan tahunannya kepada awam tetapi beberapa laporan yang ditemui di laman webnya menunjukkan keuntungannya turun daripada RM123.86 juta pada 2014 kepada RM5.11 juta pada 2016.

Selepas PH mengambil alih kerajaan, ia menggantung buat sementara skim pinjaman Bantuan Sara Hidup FELCRA kerana kekurangan dana.

Ia turut melepaskan pasukan bola sepaknya dan menjual projek pembangunan Menara Felcra di Kuala Lumpur. Projek yang belum siap itu bernilai RM1 bilion.

Bung dan isterinya Zizie Izette kini dalam perbicaraan untuk tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, termasuk dakwaan menerima suapan RM2.2 juta sebagai pertukaran untuk Felda membuat pelaburan dalam unit amanah Public Mutual.

Felcra, atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan, dikorporatkan pada 1997 selepas beroperasi sebagai badan berkanun selama 31 tahun.

Objektif utamanya ialah untuk mengeluarkan 112,454 penerokanya daripada belenggu kemiskinan dengan memulih dan menyatukan tanah terbiar untuk tanaman kelapa sawit, getah dan padi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/peneroka-tuntut-jawapan-projek-loji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Nafi Peruntukan Rm20 Juta Daripada Might Untuk Projek Super Drone

Kementerian Nafi Peruntukan Rm20 Juta Daripada Might Untuk Projek Super Drone

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 265 hits
Kementerian Pembangunan Usahawan berkata projek super drone diterajui oleh sektor swasta dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tempatan serta tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan KUALA LUMPUR Kementerian Pembangunan Usahaw...
Macc To Question Bung Moktar On Felcra Biogas Projects

Macc To Question Bung Moktar On Felcra Biogas Projects

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 346 hits
MACC will be questioning former Felcra chairperson Bung Moktar Radin as part of the anti graft body s investigation into a by the government owned corporation Chief Commissioner Latheefa Koya confirmed that the investigation is slated to be...
Felcra S Rm35m Biogas Projects Incomplete Settlers Demand Answers

Felcra S Rm35m Biogas Projects Incomplete Settlers Demand Answers

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 378 hits
Several Felcra settlers have raised questions about a RM35 25 million biogas project undertaken by the government owned corporation Primarily they want to know why no action has been taken despite how little work has been done five years si...
Paguyuban Peternak Tuntut Pemerintah Pangkas 10 Juta Bibit Ayam Per Minggu

Paguyuban Peternak Tuntut Pemerintah Pangkas 10 Juta Bibit Ayam Per Minggu

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 200 hits
Paguyuban Peternak Rakyat Nasional menggelar aksi unjuk rasa di depan Kementerian Perdagangan RI Lewat aksi tersebut mereka menyampaikan sejumlah tuntutan kepada pemerintah khususnya Kemendag Peserta unjuk rasa mengenakan baju putih dan ika...
Mana Projek Bekalan Air Rm54 3 Juta

Mana Projek Bekalan Air Rm54 3 Juta

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 383 hits
KENYATAAN saya tempoh hari bahawa Beting Maro tiada dalam agenda Sarawak First tidak mampu dijawab oleh mana mana Menteri bahkan Wakil Rakyat itu sendiri Ini kerana kenyataan tersebut adalah benar dan Wakil Rakyat Beting Maro masih berasa s...
Kenalan Rapat Najib Pulangkan Rm3 68 Juta 1mdb Kepada K Jaan

Kenalan Rapat Najib Pulangkan Rm3 68 Juta 1mdb Kepada K Jaan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 373 hits
Ahli Perniagaan Sarawak Tan Sri Bustari Yusof yang digambarkan sebagai kenalan rapat bekas perdana menteri Najib Razak telah memulangkan wang berjumlah RM3 683 117 94 yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Develo...
Produksi Minyak Ri Ditargetkan Capai 1 Juta Barel Per Hari Di 2030

Produksi Minyak Ri Ditargetkan Capai 1 Juta Barel Per Hari Di 2030

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 218 hits
Satuan Kerja Khusus Migas menargetkan pada tahun 2030 produksi minyak Indonesia mencapai 1 juta barel per hari Saat ini produksi minyak Indonesia baru mencapai 750 ribu barel per hari
Aset Cecah Rm200 Juta Shila Amzah Bergelar Jutawan

Aset Cecah Rm200 Juta Shila Amzah Bergelar Jutawan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 361 hits
Sebut saja nama Shila Amzah penyanyi itu bukan saja dikenali di Malaysia malah turut mencipta nama di peringkat antarabangsa Baru baru ini tular The post appeared first on
Selangor Peruntukkan Rm179 Juta Baiki Jalan Rosak

Selangor Peruntukkan Rm179 Juta Baiki Jalan Rosak

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 340 hits
SELANGORKINI Amirudin Shari pada sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Tebatan Banjir di Padang Jawa Klang pada 26 November 2019 Foto ASRI SAPFIE SELANGORKINIKLANG Kerajaan Negeri memperuntukkan RM179 juta kepada Jabatan Kerja Raya b...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti