Peneroka Jangan Tangguh Lagi Aktiviti Perlombongan Bauksit



KUANTAN - “Jangan tangguh lagi aktiviti perlombongan bauksit,” desak seorang peneroka Felda Bukit Goh, Nik Abdul Majid Nik Sin,72, yang mewakili 219 peneroka yang memajukan tanah mereka bagi tujuan perlombongan bauksit.


Katanya, dia bersama peneroka lain sudah cukup terseksa dengan kehidupan tiga tahun kebelakangan ini kerana sumber pendapatan mereka tersekat akibat tempoh moratarium yang dilaksanakan sejak Januari 2016.

Menurut Nik Abdul Majid, dia mengharapkan kerajaan dapat membenarkan perlombongan bauksit dijalankan dengan segera bagi membolehkan tanah mereka dibangunkan menerusi penanaman semula sawit pada 2020.


“Kami dah cukup menderita. Kalau masih tangguh dari setahun ke setahun, sebulan ke sebulan, bagaimana Felda hendak buat penanaman semula kalau tanah kami yang mempunyai bauksit masih belum dilombong.

“Kami sudah tidak mempunyai pendapatan tetap untuk tanaman sawit dan bauksit. Malah wang belanja pun terpaksa diminta daripada anak-anak. Jadi kehidupannya itu ALLAH sahaja yang tahu macam mana,” katanya ketika ditemui di Felda Bukit Goh, semalam.

Awal bulan Mac lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan media menegaskan aktiviti perlombongan di daerah ini tidak boleh terus bermula pada 1 April depan walaupun moratorium perlombongan dan pengeksportan bauksit berakhir 31 Mac ini.

Sebaliknya ia hanya boleh dijalankan semula selepas arahan moratorium pada Januari 2016 ditarik balik seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Mineral 1994 selain semua pihak berkepentingan bersedia dan menguatkuasakan SOP bagi menjamin aktiviti perlombongan dilaksanakan secara mampan.

Menyentuh perkara itu, Nik Abdul Majid berkata, peneroka yang terlibat amat kecewa dengan kenyataan terbabit dan hanya menambahkan kesengsaraan mereka semua.
Jelasnya, terdapat tiga golongan yang terkesan akibat tempoh moratorium ini antaranya ladang yang belum ditimbus oleh pengusaha, tanah diusahakan tetapi peneroka masih belum mendapatkan bayaran dan individu yang memajukan tanahnya, tetapi tidak diusahakan lagi.
“Lebih 50 peneroka yang berdepan dengan bayaran tergantung, manakala 30 orang lagi pula tidak dapat membuat penanaman sawit disebabkan tanah masih belum ditimbus.

“Jadi sebab itu, kita mahu Kerajaan Pusat dan Persekutuan membenarkan aktiviti ini dijalakan selepas 31 Mac ini,” katanya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Bukit Goh, Jeffri Salim berkata, majoriti penduduk kecewa dengan pengumuman terbabit, sekali gus menambah kerisauan mereka semua.

Beliau berkata, penduduk di Bukit Goh, Bukit Kuantan dan sekitarnya berharap Kerajaan Pusat dan Pahang beri satu tempoh tetap bila perlombongan bauksit boleh bermula, bukannya berubah-ubah seperti sekarang ini.

“Saya akui peneroka yang terlibat amat tertekan dengan keadaan ini kerana ia melibatkan punca pendapatan mereka dan perkara itu sudah berlarutan hampir tiga tahun.

“Jadi saya berharap perlombongan ini dapat dimulakan sebelum Aidilfitri bagi membantu penduduk membuat persiapan dan memperbaiki kehidupan dengan pendapatan perlombongan bauksit di tanah masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kami Anak Felda (KAF) Bukit Goh, Datuk Mohd Bakri Abdul Majid mahu kerajaan harus membuat keputusan segera dengan membenarkan semula kegiatan perlombongan bauksit.

Katanya, ini dengan mengambil kira kepentingan pemilik tanah yang sudah beberapa tahun hilang punca pendapatan akibat tempoh moratorium tersebut.

“Pemilik tanah kehilangan pendapatan selepas moratorium dikenakan.Kalau kita lihat kawasan itu boleh diibaratkan sebagai padang jarak padang terkukur yang tidak boleh diusahakan termasuk penanaman sawit.

“Kita juga berharap Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tampil untuk membela nasib pemilik tanah yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tiada penyelesaian, pihaknya akan menemui Wan Rosdy untuk mengadakan sesi dialog bagi mendengar sendiri rintihan peneroka. #sumber


< Previous PageNext Page >http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/Mz_CDBLfSI0/peneroka-gesa-aktiviti-perlombongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Hanya Pandai Kritik Saja A Aida

Jangan Hanya Pandai Kritik Saja A Aida

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 409 hits
PENERBIT drama popular Datuk A Aida tetap dengan kenyataannya pelakon mesti berwajah cantik dan kacak jika mahu membawa watak hero dan heroin walaupun berdepan kritikan dan kecaman daripada penggiat seni dan netizen Aida 49 atau nama sebena...
Lari Jangan Tak Lari

Lari Jangan Tak Lari

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 320 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Petang semalam Mrs A melayan Adik nak praktis berlari larian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi sempena Georgian Charity Run 13 April nanti Hah lari jangan tak lari Pada mulany...
Sudah Ikut Pengajian Jangan Justru Jadi Bodoh Suka Mentahdzir Ustadz Oemar Mita

Sudah Ikut Pengajian Jangan Justru Jadi Bodoh Suka Mentahdzir Ustadz Oemar Mita

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 391 hits
Video kajian Islam kali ini membahas tentang fenomena tahdzir Dalam Islam memang tidak salah istilah itu Tujuannya baik yakni untuk menjaga orang lain agar tidak mengikuti seseorang yang diindikasi salah Tapi belakangan penggunaan istilah t...
Hiburan Jangan Hipokrit Kalau Pelakon Tak Cantik Siapa Nak Tengok Drama A Aida

Hiburan Jangan Hipokrit Kalau Pelakon Tak Cantik Siapa Nak Tengok Drama A Aida

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 478 hits
Walaupun dikecam oleh netizen termasuklah juga golongan artis dan penerbit Datuk A Aida tetap mempertahankan kenyataannya bahawa rupa paras merupakan kriteria penting bukan sahaja untuk pelakon tetapi untuk menaikkan lagi sesebuah drama Ter...
Jangan Sampai Ente Hafal Jadwal Tanding Real Madrid Tapi Selalu Lalai Waktu Sholat

Jangan Sampai Ente Hafal Jadwal Tanding Real Madrid Tapi Selalu Lalai Waktu Sholat

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 319 hits
Video kajian Islam kali ini membahas tentang bagaimana seorang pemuda semestinya Pemuda di zaman Nabi Muhammad shollallaahu alayhi wa sallam adalah pemuda real masjid di bawah didikan beliau Maksudnya mereka adalah para pemuda yang begitu l...
Tolong Terima Menantu Anda Seadanya Jangan Membebankan Emosi Mereka Hanya Kerana Dia Bukan

Tolong Terima Menantu Anda Seadanya Jangan Membebankan Emosi Mereka Hanya Kerana Dia Bukan

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 339 hits
Dalam rumah tangga kena saling memberi dan menerima Dua orang berbeza yang hidup bersama memerlukan komitmen dan juga kerjasama yang baik Apabila anda menerima pasangan dengan hati terbuka maka automatik anda juga perlu menerima ahli keluar...
Parlimen Jangan Jual Atau Tutup Mas Najib

Parlimen Jangan Jual Atau Tutup Mas Najib

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 299 hits
12 Mac 2019 10 05 PM KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan agar tidak menjual atau menutup Malaysia Airlines Bhd Bekas perdana menteri itu berka
Dedah Nama Jika Ada Jangan Busukkan Pas

Dedah Nama Jika Ada Jangan Busukkan Pas

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 330 hits
SIDANG Dewan Rakyat sesi petang ini kecoh apabila Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir tersilap meminta menteri berkaitan supaya mendedahkan nama pemimpin PAS yang disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Penc...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults