Peneroka Felda Terbeban Hutang


Siasat by webadmin
Published on November 20, 2018


AHLI Majlis Permuafakatan NGO Felda, Datuk Zulkifli Nordin berkata, suatu ketika dahulu peneroka Felda dikatakan hidup senang apabila harga komoditi kelapa sawit dan getah melambung di pasaran dunia namun suasana itu berbeza sekarang.

Beliau yang juga generasi kedua Felda Soeharto berkata, pada masa ini, keadaan memang teruk kerana hasil kelapa sawit yang berkurangan dan harganya rendah.

“Hasil diperoleh itu pula perlu ditolak pelbagai hutang dengan Felda. Masalah hutang ini juga menyebabkan peneroka tidak berpuas hati dengan Felda kerana tidak mendapat penyata. Jika ada pun, penyata itu mengelirukan,” katanya.

Beliau yang juga Penasihat Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke-2 Felda (SGK2F) berkata, penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka.

Zulkifli berkata, penyata yang mereka terima menyebabkan mereka terkejut kerana jumlahnya yang tidak munasabah dan tiada bukti rekod penyebab hutang.

“Sebagai anak peneroka, kami tak boleh tengok mak ayah begitu. Ketika kami bertemu peneroka di Felda Bukit Aping Timur, seorang warga emas dalam usia 80 tahun pegang slip hutang pun dengan tangan menggeletar.

“Seorang peneroka misalnya mempunyai hutang RM36,000 pada 2010 sebelum pengurusan ladang diambil alih oleh Felda Technoplant (FTP). Tetapi pada Oktober 2018 lalu ketika kami turun ke Felda tersebut untuk program memuktamadkan penyata hutang, sudah mencecah RM75,000.

“Perkara seperti ini menjadi isu kerana dalam tempoh 2010 hingga 2018 kerajaan lama (BN) telah menyediakan insentif RM5,000 untuk peneroka,” katanya.

Katanya lagi, baru-baru ini mereka menghubungi Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Osman bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Kami lihat seperti tak ada ‘link’ antara Felda dan FTP. Felda sepatutnya ada data yang boleh membantu cara selesai isu hutang. Pengarah Besar Felda yang baharu ini telah mengambil perhatian isu hutang peneroka yang dibangkitkan. Nampaknya beliau mendengar masalah anak-anak peneroka dan cepat bertindak.

“Hasil campur tangan pengurusan baharu ini nampaknya membuka ruang untuk masalah hutang ini diselesaikan tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu Felda dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa usaha untuk mengeluarkan penyata hutang peneroka yang dimuktamadkan bermula sejak Disember 2016 lagi.

“Proses memuktamadkan penyata hutang adalah satu proses yang berterusan kerana kegiatan tanam semula kebun peneroka dijalankan secara berperingkat, bukannya serentak.

“Kesemua peneroka yang dimuktamadkan hutang sudah menerima penyata hutang setiap suku tahun yang diedarkan oleh Pengurusan Rancangan Felda,” kata kenyataan itu.

Felda menjelaskan penyata hutang terbahagi kepada dua iaitu Penyata Hutang Interim (penyata hutang yang belum dikunci) dan Penyata Hutang Dimuktamadkan (penyata hutang yang sudah dikunci).

Penyata Hutang Interim merangkumi hutang pembangunan kebun manakala Penyata Hutang Dimuktamadkan merangkumi hutang pembangunan kebun, hutang sosio ekonomi dan hutang baja.

“Penyata Hutang Interim adalah penyata hutang peneroka bagi tempoh tahun pertama hingga tahun kelapan semasa program tanam semula berjalan.

Ianya akan dimuktamadkan pada tahun kesembilan selepas Pengurusan Rancangan Felda mendapat persetujuan bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tanam Semula yang terdiri daripada peneroka rancangan yang terbabit dalam program tanam semula terbabit,” katanya.

Antara masalah dihadapi peneroka Felda

1. Hutang tanam semula purata lebih RM100,000

2. Masalah pinjaman sara hidup

3. Bayaran bukan dalam bulan semasa

4. Harga komoditi kelapa sawit dan getah jatuh

5. Harga barang tinggi tak setimpal pendapatan

6. Ada peneroka terlibat hutang perumahan Felda

7. Isu serangan ulat bungkus kepada tanaman kelapa sawit

8. Pengurusan ladang tidak cekap

9. Perubahan cuaca

Source: SH Siasat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/peneroka-felda-terbeban-hutang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Pergi Pejuwang Pekebun Petani Dan Peneroka Felda

Mana Pergi Pejuwang Pekebun Petani Dan Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 376 hits
Harga sawit dipengaruhi oleh trend musim ataupun seasonal Oleh itu kita banding harga Buah Tandan Segar sawit yang dibayar kepada pekebun untuk hari Jumaat yang lalu dengan tarikh yang sama tahun lepas Harga sawit jatuh dengan teruk Yang ha...
Saya Sudah Tiada Kuasa Bantu Peneroka Felda Najib

Saya Sudah Tiada Kuasa Bantu Peneroka Felda Najib

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 315 hits
Najib Razak menyatakan rasa simpati dengan nasib peneroka Felda yang semakin suram selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan menggantikan Barisan Nasional Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bertemu peneroka di Jengka 10 ...
Jangan Suka Hati Fitnah Hutang Kami Bila Nak Bayar

Jangan Suka Hati Fitnah Hutang Kami Bila Nak Bayar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 663 hits
Dalam kesibukan Aliff Syukri meluahkan perasaan tentang layanan yang diterima ketika berlangsungnya pentas akhir Gegar Vaganza 5 malam tadi rakan beliau turut The post appeared first on
Panas Nabil Tuntut Hutang Dengan Dato Vida

Panas Nabil Tuntut Hutang Dengan Dato Vida

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 884 hits
Saya datang untuk menyokong penaja namun di mana kedudukan penaja Di tapak kaki je ujar DSV dalam video tersebut Pengacara bersama Gegar Vaganza 5 Nabil Ahmad turut meninggalkan komen di video tersebut mengatakan mereka difitnah dalam isu i...
Ph Siasat Segera Isu Edar Bible Jangan Asyik Kira Hutang Negara

Ph Siasat Segera Isu Edar Bible Jangan Asyik Kira Hutang Negara

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 310 hits
BANGI 9 Rabiulawal 1440H Sabtu Kerajaan Pakatan Harapan perlu segera melakukan siasatan berhubung kegiatan penyebaran dakyah Kristian yang dipercayai menyasarkan umat Islam Presiden Ikatan Muslimin Malaysia sebuah pertubuhan Melayu dan Isla...
Bengang Dituduh Tak Tegur Nabil Tuntut Vida Bayar Hutang Projek Luar Puluhan Ribu Ringgit

Bengang Dituduh Tak Tegur Nabil Tuntut Vida Bayar Hutang Projek Luar Puluhan Ribu Ringgit

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 358 hits
Bengang dituduh tak tegur Nabil tuntut Vida bayar hutang projek luar puluhan ribu ringgit
Saya Tak Tahu Hutang Apa Yang Nabil Ahmad Tuntut

Saya Tak Tahu Hutang Apa Yang Nabil Ahmad Tuntut

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 440 hits
Baru baru ini kecoh apabila usahawan terkenal Dato Seri Vida memaklumkan yang pengacara Gegar Vaganza 5 iaitu Nabil Ahmad tidak bertegur The post appeared first on
7 Jurus Ampuh Bebas Hutang

7 Jurus Ampuh Bebas Hutang

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 240 hits
Hutang tidak bisa lunas dalam hitungan jam makwusss Kecuali hutang 1 2 juta dan kita pas ada uang membayarnya Yang bikin pusing mayoritas pembaca disini adalah hutang senilai puluhan juta ratusan juta bahkan milyaran Atau juga yang sebel sa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt