Penerimaan Seseorang Individu Terhadap Pkp Adalah Berbeza



Penerimaan seseorang individu terhadap PKP adalah berbeza.Ada individu yang terkesan dengan PKP. Ada individu yang stres tidak dapat keluar rumah, mereka rasa tertekan bila kena duduk dalam rumah dalam waktu lama bersama keluarga. Ini merupakan antara punca pergaduhan yang boleh menjejaskan hubungan keluargaPKP: Rasa sedih, takut antara panggilan diterima talian psikososial

Perasaan cemas, sedih, takut dan tertekan merupakan antara panggilan yang diterima Befrienders Kuala Lumpur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengarah Eksekutifnya, Kenny Lim, yang mendedahkan perkara tersebut, berkata ada juga panggilan yang diterima berkenaan masalah kewangan, hubungan antara individu serta keluarga.


"Penerimaan seseorang individu terhadap PKP adalah berbeza. Ada individu yang normal boleh menempuhi PKP seperti biasa, tetapi ada antara individu yang mempunyai masalah tersendiri.

"Ada individu yang terkesan dengan PKP. Ada individu yang stres tidak dapat keluar rumah, mereka rasa tertekan bila kena duduk dalam rumah dalam waktu lama bersama keluarga. Ini merupakan antara punca pergaduhan yang boleh menjejaskan hubungan keluarga," katanya kepada Bernama.
Lim berkata Befrienders Kuala Lumpur, yang beroperasi 24 jam merupakan pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan, menerima lebih 70 panggilan setiap hari sepanjang PKP.

"Kami ada 110 sukarelawan yang sedia membantu. Kalau ada individu yang mempunyai masalah emosi dan memerlukan sokongan, Befrienders adalah tempat selamat untuk meluahkan perasaan dan masalah tanpa rasa takut akan dihakimi. Mereka boleh cerita apa sahaja dan kami akan jaga kerahsiaan mereka," katanya.

Lim berkata kebanyakan pemanggil akan rasa lega dan kembali normal selepas meluahkan perasaan mereka.


"Ramai yang berterima kasih kepada kami kerana sekurang-kurangnya mereka rasa masih ada lagi orang yang boleh beri mereka masa dan peluang serta sokongan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi MyCareCov19 yang baru sahaja ditubuhkan pada 13 April lalu, menerima hampir 700 panggilan hingga Rabu lalu daripada individu yang mempunyai masalah berkaitan keluarga dan kemasyarakatan.


Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof, berkata selain menerima panggilan terutama dalam isu nikah, cerai dan rujuk serta masalah keluarga, pihaknya juga turut membantu individu yang terputus bekalan makanan dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Apa yang membezakan MyCareCov19 dengan talian lain ialah kita turut menghubungi kumpulan sasaran terpilih dalam kalangan ibu tunggal dan penduduk di PPR (Projek Perumahan Rakyat) dengan menyantuni serta bertanya khabar keadaan mereka kerana ada antara mereka yang terputus sumber pendapatan ketika PKP ini.


"Biasa kita dapat panggilan ketika PKP ini berkenaan isu nikah iaitu ada yang ingin bernikah dan ada juga isu lafaz cerai yang mana ada pasangan bergaduh hingga melafazkan talak. Kita akan memberi khidmat nasihat dengan membantu dan bimbing mereka yang bermasalah mencari jalan penyelesaian," katanya yang turut menerima panggilan daripada orang bukan Islam.


Mohd Izwan berkata seramai lapan petugas Bilik Gerakan MyCareCov19 dan 20 kaunselor terlibat dalam membantu memberi khidmat kepada individu yang membuat panggilan bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.


"Mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi Bilik Gerakan MyCareCov19 melalui talian 03-8870519/7527/7528 atau menghantar e-mel di alamat [email protected]," katanya.

- BERNAMA








rePublish Update Berita MalaysiaPenerimaan seseorang individu terhadap PKP adalah berbeza. Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/04/penerimaan-seseorang-individu-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pahang Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar Pkp

Polis Pahang Seramai 590 Individu Di Tangkap Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 449 hits
KUANTAN Seramai 590 individu di Pahang ditahan kerana didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang tempoh pelaksanaan fasa satu dan dua bermula 18 Mac hingga semalam Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata mereka yang dit...
Bangga Menipu Polis Untuk Lepas Roadblock Pkp Individu Dikenal Pasti

Bangga Menipu Polis Untuk Lepas Roadblock Pkp Individu Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 490 hits
POLIS telah mengenal pasti individu yang memuat naik satu posting yang tular di media sosial sejak Khamis mendakwa mereka sekeluarga berjaya melepasi sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabr...
5874 Penjarakan Saja Individu Ingkar Pkp Ismaweb 16 04 2020

5874 Penjarakan Saja Individu Ingkar Pkp Ismaweb 16 04 2020

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 388 hits
BANGI 22 Syaaban 1441H Khamis Individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan dengan memberi alasan yang tidak munasabah sewajarnya dihukum penjara supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malays...
Kongsi Tips Langgar Pkp Individu Tampil Beri Penjelasan

Kongsi Tips Langgar Pkp Individu Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 840 hits
Semalam tular gambar seorang lelaki bersama keluarganya mengaku telah balik ke Kuala Lumpur dengan memberi tips untuk melepasi sekatan jalan raya Tindakan itu telah membuatkan dirinya dikecam teruk netizen yang menyifatkan tindakan itu seba...
16 Individu Ditahan Hari Pertama Pkp Fasa Ketiga

16 Individu Ditahan Hari Pertama Pkp Fasa Ketiga

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 367 hits
Polis Kuala Selangor memuat naik kenyataan berhubung penahanan 16 individu melakukan kesalahan PKP fasa ketiga yang bermula semalam KUALA SELANGOR Seramai 16 individu ditahan sekitar daerah Kuala Selangor berikutan ingkar arahan Perintah Ka...
Ipd Petaling Jaya Mbpj Tahan 12 Individu Ingkar Pkp

Ipd Petaling Jaya Mbpj Tahan 12 Individu Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 419 hits
SHAH ALAM 14 April Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi Operasi Bersepadu Covid 19 menahan 12 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan hari ini Operasi bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya membabitkan 15 pegawai dan 47 ...
Tiada Kes Terhadap Mb Terengganu Dan Ahmad Said Kepada Dakwaan Langgar Pkp Kata Polis

Tiada Kes Terhadap Mb Terengganu Dan Ahmad Said Kepada Dakwaan Langgar Pkp Kata Polis

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 632 hits
PETALING JAYA Polis memaklumkan kes melibatkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang diambil gambar semasa berkumpul bersama 20 yang lain pada 17 Apr digugurkan susulan notis tiada tindakan lanjut daripada pejabat pendakwa ray...
Dakwa Langgar Pkp Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Anak Zahid

Dakwa Langgar Pkp Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Anak Zahid

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 899 hits
Polis berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap anak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Nurulhidayah berhubung dakwaan melanggar perintah kawalan pergerakan Siasatan mendapati Nurulhidayah memuat naik gambar di Instagram dengan ...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian Harta Pusaka Datang Dengan Tanggungjawab

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan