Penentuan 1 Syawal Serah Kepada Pihak Berautoriti




KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad mengambil maklum berkenaan dengan sebaran mesej yang mengatakan perubahan tarikh 1 Syawal yang sedang tular di ruangan media.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya terus fokus kepada ibadah yang berbaki dalam bulan Ramadan.

“Segala pengumuman dan perkara teknikal kita serahkan kepada pihak berautoriti.

“Moga kita terus bertenang dan terus mengejar malam yang penuh barakah iaitu lailatul qadar,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau, semalam.
Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut merujuk isu penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang sedang tular di media sosial.
Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, sebagaimana maklum, Malaysia menggunakan kaedah rukyah dan hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.
“Kaedah ini adalah selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak dan astronomi yang telah dipersetujui oleh semua negeri,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, berkaitan penentuan awal Syawal 1443 atau tarikh Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan bersamaan 1 Mei ini.
Katanya, aktiviti cerapan anak bulan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim ulama, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Beliau menambah, data rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh JUPEM.
“Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja (PMBRR) selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di semua lokasi yang telah ditetapkan,” katanya.
Sehubungan itu, ujarnya JAKIM menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini yang telah dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak berautoriti. – HARAKAHDAILY 28/4/2022




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/04/penentuan-1-syawal-serah-kepada-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Bahagia Syawal New Star Studiosa

Lirik Bahagia Syawal New Star Studiosa

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 274 hits
bila dah tiba fajar pagi pintu syawalpertanda raya telah tiba di hadapansetelah beribadah sebulan ramadhantibalah kita pada hari kemenanganbahagia lebaransaling bermaaf maafanyang jauh pulang yang dekat kunjung mengunjungtakbir terucap seme...
Kekal Sihat Sepanjang Syawal

Kekal Sihat Sepanjang Syawal

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 279 hits
KEKAL SIHAT SEPANJANG SYAWAL Selepas sebulan kita menjauhkan diri dari makan dan minum kita selalunya makan makanan yang lebih besar pada minggu pertama Hari Raya Tidak ada salahnya menikmati juadah Hari Raya selagi ia dilakukan secara sede...
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1 Mei

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1 Mei

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 208 hits
Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja raja pada malam hari yang sama dengan tarikh melihat anak bulan melalui radio dan televisyen KUALA LUMPUR Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad 1 Me...
Kitkat Berkongsi Rezeki Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

Kitkat Berkongsi Rezeki Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 333 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kedatangan bulan Ramadan dan Syawal mengalu alukan nilai nilai murni seperti saling berkongsi dan menyayangi serta sifat senti...
2 Individu Kes Pandu Berbahaya Di Lebuh Raya Serah Diri

2 Individu Kes Pandu Berbahaya Di Lebuh Raya Serah Diri

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 301 hits
Tangkap layar video tular memaparkan kereta jenis Audi dan Toyota dipandu secara berbahaya PETALING JAYA Polis berjaya mengesan dua individu yang dikaitkan dengan kenderaan yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Utara Selatan seperti d...
Hidangan Syawal Nasi Butter Kismis

Hidangan Syawal Nasi Butter Kismis

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 278 hits
Hidangan Syawal Nasi Butter Kismis Lamanya akak tak bersiaran di sini Rindu nak menulis kat sini tapi sangat terhad masa nak berlama lama melayan blog In syaAllah lepas ni akak cuba menulis sekurang kurangnya satu entry sehari Terima kasih ...
Mengapa 1 Syawal Di Isytiharkan Pada 2 Mei Ini Penjelasan Oleh Mufti Wilayah Persekutuan

Mengapa 1 Syawal Di Isytiharkan Pada 2 Mei Ini Penjelasan Oleh Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Salah satu daripada 29 lokasi cerapan anak bulan telah mengesahkan kenampakan anak bulan Syawal sekali gus menyebabkan 1 Syawal diisytiharkan pada 2 Mei 2022 Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata cuaca yang...
Baby Shima Bengang Dikritik Ziarah Pusara Bukan Islam Pada Pagi Syawal

Baby Shima Bengang Dikritik Ziarah Pusara Bukan Islam Pada Pagi Syawal

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 313 hits
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu apabila mengambil peluang pada 1 Syawal untuk menziarahi pusara ahli keluarga atau insan tersayang yang terlebih dahulu meninggalkan kita Perkara tersebut turut dilakukan oleh penyanyi kontroversi B...
Raya Terkejut Tetap Meriah Ini 10 Selebriti Ootd Dengan Yang Tersayang Di 1 Syawal

Raya Terkejut Tetap Meriah Ini 10 Selebriti Ootd Dengan Yang Tersayang Di 1 Syawal

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 225 hits
Sebaik dimaklumkan umat Islam akan menyambut raya hari ini iaitu 2 Mei 2020 ia bukan alasan buat ahli keluarga sama sama berkumpul untuk tidak bergambar sama dengan apa adanya Meski ada tidak menjangkakan hal tersebut kerana rata ratanya ya...
T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya

Lunch Di Madam Kwan S Johor Premium Outlet

Ayam Masak Kicap Tanpa Goreng Dan Kehidupan Di London

Kenapa Kita Tak Boleh Berhenti Bercakap Tentang P Suara Kecil Yang Tak Patut Senyap

Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina

Exam Pksk Adam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Yang Mampu Jaga Amanah Ujian Itu Dengan Baik

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Bubur Jagung Lemak Manis Rasa Tradisi Yang Buat Kita Rindu Dapur Mak

Mulai Menapis Mulai Tenang

Mufti Pahang Jangan Korbankan Nilai Islam Dalam Menganjurkan Majlis Rasmi Kerajaan Yang Dihadiri Orang Muslim

P3s Permohonan Pertukaran Suka Sama Suka Jururawat Kkm