Pendukung Gamelan Tradisional Melayu


Pendukung gamelan tradisional Melayu menerima penghormatan
Gamelan

PENGGIAT gamelan tradisional Melayu bersama anugerah yang mereka terima dalam majlis penghormatan buat mereka di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHARUMWan Zulkifli Wan Yaacob
KUALA TERENGGANU 30 Okt. -Seramai 17 orang pendukung dan sebuah badan yang membantu mengekal dan menyuburkan seni warisan Terengganu kerana kecintaan mereka, menerima penghormatan negeri dalam Majlis Aspresiasi Lambang Sari Gamelan Tradisional Melayu di sini hari ini.

Tiga daripada mereka, Wan A.Latiff Wan Besar, Wan Salmah Wan Sulaiman dan Zaharah Abdul Hamid yang menjadi rujukan dalam seni tradisi istana itu sehingga kekal dengan identiti tersendiri dan pengenalan bagi negeri, menerima anugerah Tokoh Gamelan Tradisional Melayu.

Seramai tujuh orang lagi menerima anugerah khas berdasarkan pencapaian dan sumbangan membanggakan dalam memulihara, mencetus idea baharu bagi kelestarian, mendokumentasi sejarah dan koleksi bahan rujukan melalui pelbagai medium.

Mereka terdiri daripada Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Dr.Harun Mat Piah, Che Mat Jusoh, Mohd Yusof Abdullah, Sulong Ismail, Othman Abdullah dan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain yang diwakili anaknya Megat Mohd Syahraini.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Program dianjurkan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu dan Lembaga Muzium negeri.

Anugerah Adiguru Gamelan Tradisional Melayu pula diberikan kepada Ramli Ibrahim, Hamzah Abdul Hamid, Tun Baharum Tun Abdul Razak, Salwani Shamsuddin, Ahmad Zaki Abdullah, Razali Embong dan Muhammad Shahrul Azmi Hassan.

Sementara itu badan kesenian negeri, SUKTRA Terengganu yang di bawah naungan Pejabat Setiausaha Kerajaan menerima Anugerah Khas Institusi Gamelan Tradisional Melayu.

SUKTRA Terengganu masih berfungsi sebagai payung gamelan dengan corak persembahan yang sentiasa memperlihatkan ekspresi seni yang estetik dalam majlis -majlis rasmi dan sebagai duta seni negeri. - UTUSAN ONLINE



CHE MAT JUSOH TERIMA ANUGERAH KHAS GAMELAN TRADISIONAL MELAYU 2018


KUALA TERENGGANU, 30 Oktober 2018 – Adiguru atau Raja Rebab terkemuka, Che Mat Jusoh, 65, hari ini menerima Anugerah Khas Gamelan Tradisional Melayu 2018 oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Majlis ini telah mengiktiraf sumbangan 17 orang tokoh, penggiat serta aktivis gamelan tradisional Melayu yang telah banyak menabur jasa dan sumbangan kepada seni tradisional ini sejak bertahun dahulu.

Menurut Che Mat di laman sosialnya, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Trengganu (UMT) dan Lembaga Muzium Negeri Trengganu di atas apresiasi ini.

Menyingkap mengenai Che Mat, beliau merupakan seorang yang terkenal dalam kalangan peminat permainan tradisional sebagai Che’ Mat Raja Rebab dan telah berjaya membuat perubahan terhadap sistem penjarian Rebab menggunakan note muzik serta mencipta rebab baharu menggunakan kaedah baharu.

Che’ Mat Jusoh memulakan kerjayanya dengan Universiti Sains Malaysia (USM) pada November 1978 dan kemudiannya dilantik sebagai Jurulatih Kebudayaan pada tahun 1979 sehinggalah bersara pada tahun lalu setelah 37 tahun berjuang sebagai seorang seniman yang mengajar begitu ramai mahasiswa sama ada dalam kuliah rasmi mahu pun sebagai pengajar ko-kurikulum.

Beliau banyak berjasa kepada USM yang amat dekat di hatinya. Beliau banyak membantu bahagian drama teater dan bahagian seni muzik termasuklah kuliah-kuliah yang diajar oleh tokoh seni terkemuka negara Profesor Emeritus Mohamad Ghouse Nasuruddin.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

usm




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2018/11/pendukung-gamelan-tradisional-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Perubatan Tradisional Melayu Dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Amalan Perubatan Tradisional Melayu Dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 675 hits
Amalan tradisional Melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin amat popular di kalangan wanita Malaysia Rawatan ini merupakan siri rawatan tradisional yang amat teratur dan terperinci Ianya bertujuan bagi membantu para ibu dalam usaha menja...
Melayu Islam Malaysia Sekarang Semakin Galak Berhibur Tanpa Kira Usia Astaghfirullahalazim 8549

Melayu Islam Malaysia Sekarang Semakin Galak Berhibur Tanpa Kira Usia Astaghfirullahalazim 8549

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 522 hits
Umno Mati Najiblah Orangnya ELBI RISALAH pada 4 jam yang lalu Diyana Ibrahim Astro Awani image Ahmad Maslan beri 5 sebab Zahid perlu kekal galas tugas presiden AHMAD YB Zahid Hamidi wajar terus menggalas amanah sebagai Presiden UMNO Gambar ...
Umat Melayu Dan Islam Akan Bersyukur Jika Tun M Sertai Umno Annuar Musa

Umat Melayu Dan Islam Akan Bersyukur Jika Tun M Sertai Umno Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 298 hits
By 2018 10 26Tan Sri Annuar Musa berkata seruannya agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada Umno bukanlah pelawaan nakal tetapi demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam Ada yang kata jemputan saya kepada Mahathir dan anggota BERSATU...
Angkatan Pemuda Insaf Gerakan Pemuda Melayu Radikal Menuntut Kemerdekaan

Angkatan Pemuda Insaf Gerakan Pemuda Melayu Radikal Menuntut Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 1247 hits
Angkatan Pemuda Insaf ialah sebuah gerakan politik kiri yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh Perak Disusun pada mulanya sebagai sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya API kemudiannya bergerak sendiri selepas Kongres PKMM yang ...
Majid Salleh Pejuang Kaum Buruh Parti Kebangsaan Melayu Malaya

Majid Salleh Pejuang Kaum Buruh Parti Kebangsaan Melayu Malaya

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 496 hits
Majid Salleh merupakan pemimpin seksyen buruh PKMM Johor dan merupakan ketua kesatuan buruh Johore South Federation of Trade Unions pada tahun 1947 semasa beliau berumur 24 tahun Gambar Majid Salleh ini diambil pada tahun 1946 47 berpakaian...
Jual Melayu Untuk Dapat Kuasa Syed Saddiq Disanggah

Jual Melayu Untuk Dapat Kuasa Syed Saddiq Disanggah

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan tiada lagi ketuanan Melayu dipersoalkan Ketua Pemuda Umno Wilayah Datuk Razlan Rafi Katanya gesaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar itu di...
Syed Saddiq Pakatan Will Abolish Ketuanan Melayu And Replace It With Shared Prosperity

Syed Saddiq Pakatan Will Abolish Ketuanan Melayu And Replace It With Shared Prosperity

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 296 hits
Syed Saddiq Abdul Rahman said today that the Pakatan Harapan government will end the era of Ketuanan Melayu or Malay Supremacy The youth and sports minister said Putrajaya will shift towards shared prosperity to ensure equity and equitable ...
Breaching Boundaries Orang Melayu Islam Terus Ditindas

Breaching Boundaries Orang Melayu Islam Terus Ditindas

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 314 hits
Mahathir has reinstated the oil royalty not just to Terengganu but to Kelantan as well Tapi DAP pulak tak nak bagi duit tu
Melayu Itu

Melayu Itu

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 352 hits
MELAYU ITUKarya Usman AwangMelayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenakaBudi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopanBila mengampu bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah Kecut...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang