Penduduk Sungai Putat Rayu Kerajaan Segera Membina Jambatan Baru Di Kampung Mereka


 

JERANTUT - Kira-kira 1,000 penduduk di tiga kampung di daerah ini menyambut Ramadan dengan kesukaran berikutan jambatan kecil Sungai Beletir di Kampung Sungai Putat di sini, rosak teruk dan membahayakan keselamatan penduduk, termasuk pelajar yang berulang-alik ke sekolah.
Keadaan itu menyebabkan penduduk di ketiga-tiga kampung terbabit bergotong-royong membaik pulih jambatan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Penduduk Kampung Sungai Putat, Mohd Zain Awang, 50, berkata jambatan itu adalah laluan utama penduduk Kampung Sungai Putat, Kampung Doja dan Kampung Sungai Yap ke bandar Jerantut yang mengalami kerosakan sejak beberapa tahun lalu.
"Musim tengkujuh yang berlaku sejak awal tahun ini menyebabkan jambatan ini dinaiki air beberapa kali.
"Ia menyebabkan jambatan separa konkrit ini rosak teruk di bahagian bawah lantai yang pecah, selain berlaku mendapan," katanya ketika ditemui hari ini.
Seramai 50 penduduk di tiga kampung terbabit menyambut awal Ramadan kali ini dengan bergotong-royong membaik pulih jambatan itu selama dua hari dengan menggunakan batang pokok kelapa dan kayu hutan.
Mohd Zain berkata, keadaan itu juga berbahaya kepada kenderaan yang kerap berulang-alik ke bandar Jerantut dan pelajar bersekolah di Felda Padang Piol.
Katanya, walaupun sebagai laluan sementara mereka tidak yakin dengan ketahanan jambatan itu yang boleh mengundang bahaya kepada kenderaan penumpang serta muatan berat yang membawa hasil kampung seperti kelapa sawit dan getah.




"Sebelum ini jambatan anak Sungai Beletir pernah dibaik pulih secara gotong-royong menerusi kutipan wang sumbangan penduduk di situ, tetapi ia tidak bertahan lama dan rosak apabila kerap dilalui kenderaan dan ancaman musim tengkujuh.
"Beberapa tahun lalu, jambatan ini juga pernah dibina baharu di bawah projek Pembangunan Luar Bandar, sebelum rosak teruk selepas dilanda banjir baru-baru ini.
"Keadaan ini menyebabkan kesukaran penduduk menghantar hasil sawit dan getah, termasuk mendapatkan barangan keperluan di bandar Jerantut. Pelajar pula terpaksa berulang-alik ke sekolah di FELDA Padang Piol dengan menggunakan jalan alternatif di Kampung Gajah Mati yang sangat jauh serta mengambil masa lama perjalanan," katanya.
Beliau berkata, penduduk di situ berharap kerajaan dapat segera membina jambatan konkrit baharu dan kukuh bagi membolehkan penduduk memunggah dan menghantar hasil kampung serta anak ke sekolah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/04/penduduk-kampung-sungai-putat-rayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ebook Panduan Untuk Mereka Yang Suka Menulis Baru Sahaja Diterbitkan

Ebook Panduan Untuk Mereka Yang Suka Menulis Baru Sahaja Diterbitkan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 331 hits
Sebuah ebook panduan rujukan khas untuk golongan yang suka menulis baru sahaja diterbitkan Ebook ini diterbitkan oleh penerbit Online Klikjer The post first appeared on
Bandarbaruairputih Penduduk Tuntut Pemaju Segera Serah Tapak Masjid

Bandarbaruairputih Penduduk Tuntut Pemaju Segera Serah Tapak Masjid

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 421 hits
Kerajaan negeri diminta berperanan untuk mewujudkan penyelesaian antara pemaju dan penduduk terhadap tuntutan tapak bagi pembinaan masjid di Bandar Baru Air Putih di sini Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berharap pen...
Rakyat Boleh Cuba Pilih Kerajaan Baru Dap Pkr Umno

Rakyat Boleh Cuba Pilih Kerajaan Baru Dap Pkr Umno

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 445 hits
DAP kuat MIMPIBerkawanan dengan Anwar sesuatu yang tepat dan jika bersama UMNO tambah lengkap Orang Melayu boleh cuba pilih kerajaan baru DAP PKR UMNO Mereka mempunyai musuh yang sama Mahathir
Street Food Best Mamam Place Kampung Baru Lorong Raja Bot Kl

Street Food Best Mamam Place Kampung Baru Lorong Raja Bot Kl

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 783 hits
Kalau di Kuala Lumpur syurga makanan pastinya hanya di Kampung Baru Cakap je nak makan apa hampir semua menu popular seluruh dunia ada dijual di sekitar kawasan Kampung Baru dan ceruk lorong lorong sekitarnya Yang ini dikira kedai baru dilo...
Bubur Lambuk Kampung Baru Kembali

Bubur Lambuk Kampung Baru Kembali

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 273 hits
Majlis Keselamatan Negara sudah memberi kelulusan untuk menyediakan memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Ramadan kali ini KUALA LUMPUR Peminat bubur lambuk Kampung Baru akan dapat menikmati keenakan juadah tradisi be...
Terkini Kerajaan Pn Lulus Undang Undang Baru Boleh Guna Dana Rm16 9 Billion Berkuat Kuasa Serta Merta

Terkini Kerajaan Pn Lulus Undang Undang Baru Boleh Guna Dana Rm16 9 Billion Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 263 hits
April 22 2021Kerajaan meluluskan ordinan darurat baharu yang meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk membolehkannya digunakan bagi pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan berkuat kuasa serta merta Dana yang ditubuhkan pada 1...
Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh

Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 786 hits
Lokasi Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh Alamat 732 Jalan 1b 4 Bandar Baru Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh Selangor Masa Lawatan Tidak diketahui Tarikh Lawatan 06 April 2021 Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh menjadi lokasi persinggaha...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini