Penduduk Kg Baru Kecewa Kerajaan Tak Naik Harga Tanah Lebih Rm1 000



Penduduk Kampong Bharu terkejut apabila kerajaan sekarang tidak boleh membeli tanah mereka lebih dari kadar RM1,000 sekaki persegi, tidak seperti yang dihebohkan oleh beberapa pemimpinnya semasa mereka mengkritik tawaran pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini.
Menteri kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini mendakwa pembelian harga tanah Kampong Bharu boleh mencecah sehingga RM3,000 mengikut harga pasaran, kata penduduk.
Seorang penduduk Kampong Bharu yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 48, berkata demikian dengan merujuk kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.
Malah pentadbiran BN terdahulu yang juga disertai Annuar juga tidak mampu menawarkan harga lebih RM1,000 sekaki, kata penduduk ini kepada The Malaysian Insight.
“Agak mengejutkan kerana macam mana PN boleh berani angkat (beli) tanah RM1,000 kaki persegi, sedangkan beliau (BN) yang dah lama tadbir RM1,000 lebih pun tak boleh.
“RM3,000 harga pasaran yang beliau dakwa dulu mana?” soalnya.
Khairul juga mengesyaki Annuar mempunyai niat tertentu dengan menyatakan tawaran dengan harga RM1,000 sekaki persegi itu tidak dapat dilaksanakan.
“Seorang menteri boleh jatuhkan nilai harga tanah sedangkan Kampong Bharu itu di tengah bandar.
“Rumah di Lembah Keramat itu pun sekarang kalau jual dah boleh dapat RM6 juta hingga RM7 juta tak tahulah kenapa beliau berkata begitu,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Annuar pada minggu lalu berkata pembelian tanah sebanyak RM1,000 bagi satu kaki persegi tidak dapat dilaksanakan kerana hanya 61% pemilik bersetuju dengan proses jual beli itu .
Selain itu kerajaan tiada sumber untuk membiayai kos pembelian tanah dianggarkan RM7 bilion itu, kata menteri Umno tersebut.
Namun pada tahun lalu, Annuar isu pembangunan Kampong Bharu akan selesai sekiranya kerajaan PH pada masa itu membayar mengikut harga pasaran sekurangnya-kurangnya RM3,000 sekaki.
Annuar berkata isu berkenaan tidak perlu dipolitikkan lagi dan kerajaan PH hanya perlu membayar mengikut harga pasaran.
“Tak payah nak politik Kampong Bharu. Bayar ikut harga pasaran, selesai. Isunya berapa peratuskah harga ditawarkan berbanding harga tanah bersebelahan (sekitar KLCC)?
“Kurang daripada itu, kita faham tapi takkan 30% sahaja dari harga tanah KLCC yang menjangkau RM3,000 kali persegi,” katanya.
Mengulas kenyataan yang berubah-ubah itu, Khairul berkata sebagai kerajaan Melayu pemimpin PN sepatutnya membantu kaum Melayu.
“Kita sebagai Melayu, kerajaan Melayu bantulah orang Melayu, memang ramai yang tak setujulah termasuk pengikut Umno yang ada tanah di sini pun tak setuju,” katanya.
Katanya ramai yang kecewa mendengar mendengar kenyataan menteri tersebut terutama yang telah bersetuju untuk menjual tanah.
“Memang kecewa, orang dah mula berharap. Macam kami adik-beradik ada 11 orang. Seorang dah meninggal. Kalau jual harga yang kurang RM850 memang lebih baik tak payahlah,” katanya.
Jelasnya walaupun daripada golongan miskin, bukan mudah untuk mereka melepaskan harta tersebut.
Ketua Kampong Bharu Jalan Hamzah Ab Malek Salleh berkata majoriti penduduk menolak untuk menjual tanah kurang dari RM2,000 kaki persegi.
“Semasa PH tawarkan RM1,000 kaki persegi pun ramai menolak, kalau dengan sekarang kerajaan kata kurang RM1,000 pun memang kita akan tolak juga.
“Paling kurang pun kita nak atas RM2,000,” katanya.
Beliau berkata penduduk Kampong Bharu sememangnya tidak meletakkan harapan tinggi ke atas kerajaan sekarang untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Dua-dua kerajaan sama, gagal untuk menyelesaikan isu tanah baru. Masalahya kalau nak bangunkan tanah Kg Baru ini carilah tempat untuk kita tinggal. Ini mana kita nak duduk.
“Jadi mana-mana kerajaan pun sama, yang kerajaan baru macam biasalah sama macam dulu,” katanya.
Sementara itu Pengarah Pengurusan Komunikasi Korporat Kampong Bharu Roslan Mohammad menjelaskan nilai harga tanah itu tidaklah seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Katanya penawaran harga RM850 yang dibuat dulu merupakan nilai maksimum yang diletakkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JJPH).
“Masa kita tawarkan harga RM850 memang itu yang paling maksimum jadi kita ambil paling tinggi lepas kemudian kita tambah dalam bentuk saham RM150.
“Lepas itu kita benarkan juga pemilik tanah itu sendiri bincang dengan pemaju atau kita akan bantu pemilik cari pemaju jual,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan Annuar bahawa harga itu sepatutnya setanding harga pasaran RM3,000, Roslan berkata kenyataan ketika pemimpin itu bukan menjadi anggota kerajaan.
“Annuar Musa beliau komen dulu bukan sebagai anggota kerajaan dan bila jadi menteri beliau dah dapat gambaran memang harga takkan boleh lebih ikut seperti jabatan penilaian syorkan.
“Itu saya tak nak komen sangat dakwaan beliau. Tapi bila beliau jadi kerajaan maka lebih realistik kalau melibatkan harga tanah memang takkan dapat sampai yang digembar-gemburkan,” katanya.
Jelasnya salah satu sebab harga itu tidak boleh meningkat tinggi kerana tanah Kampung Baru diklasifikasikan sebagai tanah kepentingan pelancong.
Mengulas mengenai reaksi pemilik lain, Roslan berkata maklum balas daripada waris berkenaan bercampur-baur.
”Ada yang kecewa sebab mereka setuju untuk jual dan ada yang rasa bagus sebab mereka boleh dapatkan pulangan lebih tinggi banding kerajaan tawarkan,” katanya.
Tawaran harga RM1,000 sekaki persegi bawah pentadbiran PH sebelum ini meliputi bayaran harga RM850 secara tunai dan RM150 dalam bentuk saham kepada pemilik dan pewaris.
Pegangan saham itu dalam syarikat bertujuan khas (SPV) bagi tujuan pembangunan.
Ia adalah kadar tertinggi dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja.
Rancangan pembangunan itu hanya menerima persetujuan 61%, selain melibatkan kos anggaran pembelian tanah sehingga RM7.4 bilion di samping kos lain yang mencecah hampir RM10 bilion.
Kumpulan penduduk Kampong Bharu juga menyambut baik pembangunan tanah mengikut berdasarkan blok mengikut cadangan pembangunan asal di segi tiga emas Kuala Lumpur itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29525

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kampung Baru Mana Janji Umno Harga Tanah Rm3 000 Sekaki

Kampung Baru Mana Janji Umno Harga Tanah Rm3 000 Sekaki

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 402 hits
Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bahawa pelan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur tidak dapat diteruskan kerana 60 pemilik tanah tidak bersetuju menjual hak milik mereka merupakan satu alasan yang tidak bertanggun...
Rm300 Tidak Cukup Pm Saran Bantuan Jkm Naik Rm1 000

Rm300 Tidak Cukup Pm Saran Bantuan Jkm Naik Rm1 000

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 490 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan bantuan bulanan JKM dinaikkan ke RM1 000 Foto oleh Shafwan ZaidonSANDAKAN 30 Ogos Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pada masa ini...
Kerajaan Cadang Kenakan Caj Servis 20 Sen Untuk Pembelian Online Rm1 000

Kerajaan Cadang Kenakan Caj Servis 20 Sen Untuk Pembelian Online Rm1 000

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 390 hits
Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen untuk pembelian di bawah RM1 000 melalui platform online Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah itu dapat menambah kewangan atau m...
Hukuman Tegas Terhadap Penceroboh Tanah Kerajaan Secara Haram Di Raub

Hukuman Tegas Terhadap Penceroboh Tanah Kerajaan Secara Haram Di Raub

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 431 hits
Isu utamanya ialah tentang pencerobohan tanah kerajaan secara haram itu yang utamanya dan perbuatan menceroboh ini salah tidak kiralah atas tujuan atau matlamat apa sekalipun Menceroboh secara haram adalah salah dan wajib dihukum secara teg...
Penguat Kuasa Korup Punca Tanah Kerajaan Diceroboh Mcw

Penguat Kuasa Korup Punca Tanah Kerajaan Diceroboh Mcw

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 274 hits
Jais Abdul Karim SHAH ALAM Pemerhati Rasuah Malaysia mendakwa sikap tidak amanah tidak berintegriti dan korup dalam kalangan penguat kuasa menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan dengan berani menceroboh tanah milik kerajaan Presidennya ...
Kedai Emas Dirompak Sajat Tawar Rm1 000 Nampak Jer Pakai Kopiah Bagai Tapi Pencuri

Kedai Emas Dirompak Sajat Tawar Rm1 000 Nampak Jer Pakai Kopiah Bagai Tapi Pencuri

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 950 hits
Malang tak berbau Demikian halnya dengan penyanyi dan usahawan kosmetik Nur Sajat apabila kedai emas miliknya di Johor Bahru Johor kena rompak pada Jumaat minggu lepas source
Hiburan Nampak Je Pakai Kopiah Tapi Pencuri Kedai Emas Dirompak Nur Sajat Tawarkan Saguhati Rm1 000 Kepada Saksi

Hiburan Nampak Je Pakai Kopiah Tapi Pencuri Kedai Emas Dirompak Nur Sajat Tawarkan Saguhati Rm1 000 Kepada Saksi

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 737 hits
Usahawan kosmetik sensasi nur sajat tampil menawarkan wang saguhati RM1 000 kepada saksi kejadian rompak kedai emas miliknya di Johor Bahru Johor pada Jumaat minggu lepas Menurut Sajat rompakan itu membabitkan seoarang lelaki berkopiah dan ...
Ingkar Kuarantin Menteri Pas Hanya Kena Kompaun Rm1 000

Ingkar Kuarantin Menteri Pas Hanya Kena Kompaun Rm1 000

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 322 hits
Ingkar kuarantin KKM kompaun Khairuddin RM1 000 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenakan kompaun RM1 000 kepada Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali Menurut KKM ia setelah Khairuddin didapati bersalah menu...
Yoursay Something S Fishy With Khairuddin S Rm1 000 Fine

Yoursay Something S Fishy With Khairuddin S Rm1 000 Fine

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 262 hits
YOURSAY The double standard in this case stinks to high heaven Vijay47 I don t think there is a single Malaysian who would believe this tale If the fine was indeed imposed by the Health Ministry and paid by Industry Plantation and Commoditi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025