Penduduk Kedah Fail Semakan Kehakiman Keputusan Larang Kedai Nombor Ekor


malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 19, 2021 10:32 AM

DAP mengambil langkah membantu empat penduduk Kedah untuk memfailkan semakan kehakiman ke atas langkah kerajaan negeri menghentikan pembaharuan lesen pihak berkuasa tempatan untuk kedai judi

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan Ramkarpal Singh berkata, mereka memohon untuk membatalkan langkah itu atas dasar ia “tidak munasabah” dan melangkaui kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan kerajaan Kedah untuk tidak memperbaharui lesen sedemikian adalah ultra vires (melampaui) perlembagaan memandangkan kuasa untuk mengeluarkan lesen sedemikian terletak eksklusif di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Plaintif akan berhujah lanjut bahawa keputusan tersebut oleh Menteri Besar (Muhammad Sanusi Md Nor) adalah tidak munasabah dan sewajarnya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dengan permohonan semakan kehakiman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ramkarpal berkata tindakan undang-undang itu difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi pihak empat orang penduduk Kedah yang sebelum ini menyertai kegiatan judi berlesen.

Plaintif diwakili oleh firma guaman Messrs Karpal Singh & Co.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, pertaruhan dan loteri adalah di bawah bidang kuasa persekutuan menerusi undang-undang seperti Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Meskipun kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa terhadap lesen PBT, peguam seperti Lim Wei Jiet sebelum ini berkata bahawa mereka tidak harus bertindak bertentangan dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Mentadbir Malaysia yang berbilang kaum

Terdahulu minggu ini, Sanusi mengumumkan Kedah bakal mengharamkan operasi semua kedai nombor ekor dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka di negeri berkenaan.

“Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ni anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai,” dia dipetik berkata semasa mengumumkan hal itu.

Dia turut mengumumkan Kedah akan mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan serta destinasi pelancongan bebas cukai di Langkawi.

Keputusan itu menerima bantahan sejumlah pihak, termasuk daripada sekutu PAS di kerajaan pusat seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Mereka berkata larangan itu tidak sesuai di Malaysia yang merupakan negara berbilang kaum, serta mencabuli kebebasan peribadi orang bukan Islam.

Semalam, Sanusi berkata bahawa keputusan itu adalah muktamad.

Sanusi bertegas bahawa langkah itu bukanah untuk menafikan hak orang bukan Islam, sebaliknya dia berkata perjudian memberi kesan buruk kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/penduduk-kedah-fail-semakan-kehakiman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disoal Langkah Kedah Haram Kedai Nombor Ekor 2 Pemimpin Pas Asak Wartawan Fmt

Disoal Langkah Kedah Haram Kedai Nombor Ekor 2 Pemimpin Pas Asak Wartawan Fmt

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 225 hits
FMT Pemimpin PAS Idris Ahmad dan Awang Hashim kurang senang apabila ditanya wartawan mengenai tindakan kerajaan Kedah mengharamkan kedai nombor ekor di negeri itu PETALING JAYA Dua pemimpin PAS Idris Ahmad dan Awang Hashim dilihat mengasak ...
Pemimpin Dap Bengang Kerajaan Kedah Tutup Kedai Nombor Ekor

Pemimpin Dap Bengang Kerajaan Kedah Tutup Kedai Nombor Ekor

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 194 hits
Seorang lagi pemimpin DAP menyelar langkah PAS mengharamkan judi nombor ekor dan mengehadkan jualan arak di Kedah V Ganabatirau yang juga exco kerajaan Selangor menyifatkan langkah itu sebagai cuba membawa masuk ideologi Taliban ke Malaysia...
Kedah Akan Haramkan Kedai Nombor Ekor

Kedah Akan Haramkan Kedai Nombor Ekor

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 218 hits
Kerajaan Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata aktiviti perjudian menyebabkan keruntuhan institusi kekeluarg...
Haram Kedai Nombor Ekor Sanusi Cari Publisiti Murahan Tak Hormat Bukan Muslim Kata Mic

Haram Kedai Nombor Ekor Sanusi Cari Publisiti Murahan Tak Hormat Bukan Muslim Kata Mic

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 317 hits
freemalaysiatoday com November 14 2021 6 38 PMMuhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan Kedah tidak akan memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor dalam usaha menjadikan negeri itu bebas aktiviti perjudian PETALING JAYA MIC menyela...
Tak Perbaharui Lesen Kedai Nombor Ekor Sanusi Langgar Perlembagaan

Tak Perbaharui Lesen Kedai Nombor Ekor Sanusi Langgar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 159 hits
November 17 2021Kedah berkata ia akan melarang operasi semua kedai perjudian di negeri itu dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan PETALING JAYA Keputusan kerajaan Kedah untuk melaran...
Kedai Nombor Ekor Masa Pkp

Kedai Nombor Ekor Masa Pkp

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 393 hits
Kerajaan yang diterajui PAS memang tak akan lulus kedai judi empat nombor ekor Timmy Say Malaysia Now Tiada kedai nombor ekor ketika perintah kawalan pergerakan Rakyat tak mati Orang bukan Islam dan orang Islam tidak berbalah kerana tiada k...
Pn Guna Soalan Perangkap Untuk Paksa Adun Amanah Sokong Henti Kedai Nombor Ekor

Pn Guna Soalan Perangkap Untuk Paksa Adun Amanah Sokong Henti Kedai Nombor Ekor

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 148 hits
November 16 2021 Ketua Pembangkang Kedah Phahrolrazi Zawawi berkata ADUN Amanah di Kedah menyokong rancangan kerajaan PN menghentikan operasi kedai nombor ekor disebabkan soalan perangkap ALOR SETAR Perikatan Nasional didakwa menggunakan so...
Pekerja Kedai 4d Di Kedah Menghitung Hari

Pekerja Kedai 4d Di Kedah Menghitung Hari

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 189 hits
uSebuah kedai 4D di Kedah ALOR SETAR Cuti hujung minggu di Kedah bermula semalam dan kedai kedai 4D di Jalan Stesen iaitu jalan utama di sini terus dibuka mengambil pertaruhan untuk cabutan hari ini dan esok Namun tiada suasana cuti kerana ...
Semakan Keputusan Mrsm 2016 Tingkatan 1 4 Online

Semakan Keputusan Mrsm 2016 Tingkatan 1 4 Online

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 193 hits
Semakan keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 dan 4 secara online dan SMS Assalamualaikum Menerusi laman rasmi Majlis Amanah Rakyat semakan keputusan MRSM 2016 bagi kemasukan ke Tingkatan Satu bakal diumumkan pada Minggu ke 4 Bulan Januari 2016 M...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta