Pendokong Antivaksin Guna Rujukan Tak Sahih Untuk Menolak Vaksin
Oleh : Ain Nasim Yusof
Kepada Pn Nurulhuda Mohammed Zabidi....... artikel yang Pn rujuk ni dipublishkan pada tahun 2008, sepanjang 11 tahun (hingga ke 2019) hanya 2 artikel sahaja yang cited kepada bahan rujukan puan ini. Yang kelakarnya kedua dua artikel terbaru tahun 2018 and 2012, tidak bersetuju dengan Puan dan juga article yang pun rujuk.
1. Article tahun 2018 “IgE Anti-Haemophilus Influenzae Type b (Hib) Antibodies Detected in Serum of Hib Vaccinated Asthmatic and Non-Asthmatic Pediatric Patients “ mengatakan "The universal Hib vaccine antigen did not result in either increased IgE, or IgG anti-Hib antibody responses in asthmatic or non-asthmatics subjects. Thus, in this cohort, no association between Hib vaccination and asthma status was identified". Saya translatekan lah kepada yang tak faham bahasa ingeris, TIADA KAITAN ANTARA VAKSINASI HIB DENGAN STATUS ASTMA DITEMUI.
2. Manakala artikel tahun 2012” A genomics-based approach to assessment of vaccine safety and immunogenicity in children” mengatakan rujukan Puan mempunyai banyak limitation. Saya listkan dekat sini ya;
- Artikel Puan tu dibuat kajian invitro, 12 jam selepas restimulation of PBMC wih Pertussis Antigen. Ianya bukan kajian secara Invivo.
- Sample size yang sangat kecil, seriously 5 individual infants only and it was pooled? Macam mana nak cukup significant finding
- cDNA Array yang dipakai hanya represent 1176 genes, sedangkan pada tahun 2001 lagi sudah wujud technology cDNA Array yang dapat detect 10 000 gene sekaligus
3. Paling saya tak tahan, article yang Pn Huda sendiri rujuk tu ada bagitahu dekat conclusion, these results point towards the suitability of the 12 h time-point after in vitro re-stimulation of PBMCs with PT antigen for the detection of significantly expressed immune genes with an association to asthma and allergy. Dalam Bahasa mudahnya, apa yang diorang cuba nak sampaikan adalah ……. bahawa method ambil darah, kemudian stimulate dgn pertussis antigen secara invitro, dan kemudian selepas 12 jam extract rna and run CDNA Array boleh detect immune gene yang associated with astma. TAPI diorang tak ada langsung buat conclusion yang pertussis toxin ni ada asscociation dengan asthma. Faham tak?
Harap Pn Huda baca research article sampai habis secara kritis ya, juga selidik creadibility, baca juga cited reference. Jangan pakai petik Pubmed je.
Saya yang belum doktor lagi.
(PhD (ongoing) in Stem Cell Research Nottingham UK.---maaf la terpaksa letak affilliation ni takut nanti orang ingat saya pun pakai petik je)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://laiyeker.blogspot.com/2019/02/pendokong-antivaksin-guna-rujukan-tak.html