Pendirian Umno Pasti Gembirakan Pakatan Harapan


BERITA
By MT Webmaster On Oct 4, 2021


(Warta Rakyat) – KETIKA UMNO dan Pas membuat keputusan untuk mewujudkan Muafakat Nasional (MN) pada tahun 2019, Pakatan Harapan (PH) berasa gerun kerana ia menggabungkan dua parti terbesar orang Melayu dan kegerunan mereka semakin bertambah apabila Bersatu pula bersama kedua-dua parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

PH sudah membayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga parti Melayu itu bergabung dalam PRU-15.

Bagaimanapun dari masa ke semasa, kegerunan itu semakin luntur apabila kerajaan PN yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja diasak dari luar tetapi juga oleh segelintir pemimpin UMNO sehinggalah beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ketika ini ketiga-tiga parti masih berada dalam kerajaan, cuma Perdana Menteri sahaja bertukar kerana ia diambil alih oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi sudah membuat keputusan apabila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tiada lagi kerjasama dengan Bersatu manakala kerjasama UMNO dengan Pas pula masih menjadi persoalan kerana Presiden UMNO itu baru-baru ini bertanya, “adakah lagi Muafakat Nasional’ dan menegaskan, ‘’lebih elok jika kerusi free for all’’.

Terbaru beliau berkata, UMNO akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi dalam PRU-14 lalu. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO mahu kembali menjadi dominan dalam persada politk tanah air.

Kenyataan beliau itu pastinya ‘menggembirakan’ PH kerana perpecahan dalam kalangan parti-parti Melayu akan menguntungkan mereka kerana ia sudah terbukti dalam pilihan raya umum lalu. Banyak kawasan yang sepatutnya dimenangi oleh parti Melayu terlepas ke tangan PKR kerana pertembungan antara UMNO dan Pas.

Kali ini keadaan yang sama akan berulang apabila kemungkinan UMNO dan Bersatu bertembung (sekali lagi) sekaligus akan menyebabkan undi orang Melayu berpecah. Walaupun Pas akan berusaha menjadi ‘orang tengah’ penulis percaya ia tidak akan ke mana.

Ia memandangkan UMNO begitu yakin dengan kekuatan mereka dan begitu percaya Bersatu tidak ada apa-apa kekuatan bagi menggugat kedudukan mereka. Pemimpin UMNO masih lagi dibuai dengan mimpi indah bahawa mereka mampu untuk bangkit semula sedangkan senario politik sudah berubah.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu akan terus berunding bersama PN dan MN bagi mengelakkan pertembungan kerusi memang niat yang baik tetapi dengan sikap ‘angkuh’ UMNO, penulis tidak yakin usaha itu akan berjaya.

Begitu juga apabila Pas menyatakan akan menyokong kerusi penyandang. Penulis tidak pasti sejauh manakah langkah akan berjaya dan adakah UMNO serta Bersatu akan selesa dengan pendirian Pas itu. Ia kerana Pas adalah anggota RASMI PN dan bekerjasama dengan UMNO dalam MN.

Justeru cara terbaik ialah mencari jalan supaya kedua-dua parti itu tidak bertembung sesama sendiri. Biarpun ia nampak sukar tetapi sekurang-kurangnya ruang perbincangan harus dibuka. Jangan biarkan apa yang berlaku dalam pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat berulang.

Bila mahu menyingkirkan Muhyiddin tidak mahu berbincang terlebih dahulu tetapi apabila mahu mencalonkan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker pandai pula bercakap soal masih ada ruang berbincang dengan Bersatu.

Namun begitu penulis tidak menaruh harapan bahawa UMNO dan Bersatu akan mencapai persetujuan apatah lagi persefahaman selagi kepemimpinan UMNO tidak berubah. Oleh kerana UMNO sudah membuat keputusan tidak akan mengadakan pemilihan dalam masa terdekat, maknanya parti itu akan dipimpin oleh Ahmad Zahid dalam PRU-15 dengan dibantu oleh Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Ia bermakna kalau UMNO menang besar atau dominan maka ia akan membuka laluan kepada Ahmad Zahid untuk menjadi Perdana Menteri sekaligus akan menutup peluang Ismail Sabri menyambung tugasnya. Ketika ini Ismail Sabri tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau hanya bertanggungjawab menguruskan negara manakala Ahmad Zahid menguasai parti. Ahmad Zahid akan menentukan segala-galanya termasuk hala tuju parti dalam berhadapan pilihan raya termasuklah pemilihan calon.

Ahmad Zahid sudah tegas menolak Bersatu atas alasan ia keputusan Majlis Tertinggi dan akar umbi UMNO manakala dengan Pas, ia masih menjadi persoalan kerana kenyataan beliau berkaitan Muafakat Nasional baru-baru ini dikatakan tidak dirujuk kepada Majlis Tertinggi.

Sebab itulah di peringkat akar umbi masih ada menaruh harapan supaya ketiga-tiga parti Melayu itu tidak berpecah sebaliknya terus bergabung dalam usaha mempertahankan kerajaan sedia ada selepas PRU-15, jika ia gagal dicapai percayalah PH akan ‘berpesta’…. Apa yang berlaku di Melaka hari ini adalah petanda awal!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/pendirian-umno-pasti-gembirakan-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendirian Pakatan Harapan Tentang Hukum Syariah Tidak Jelas

Pendirian Pakatan Harapan Tentang Hukum Syariah Tidak Jelas

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 166 hits
DAP berkata Perlembagaan Malaysia ialah perlembagaan sekular Maka Hukum Syariah tidak ada tempat di dalam Malaysia PKR berkata terlalu awal untuk Hukum Islam dilaksanakan kena tunggu sehingga rakyat Malaysia sudah sedia menerimanya Amanah p...
Pkr Pahang Cadang Pakatan Harapan Guna Logo Parti Itu Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

Pkr Pahang Cadang Pakatan Harapan Guna Logo Parti Itu Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 299 hits
KUANTAN Seramai 13 pemimpin sayap dan cabang Parti Keadilan Rakyat di Pahang mencadangkan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke 15 Cadangan itu dikeluarkan dibuat melalui kenyataan bersama pa...
Umno Pasti Menang Besar Di Melaka Kata Pengikut Fanatik Najib

Umno Pasti Menang Besar Di Melaka Kata Pengikut Fanatik Najib

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 214 hits
agendaily com6 10 2021Isham Jalil Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil hari ini melahirkan keyakinan bahawa BN mempunyai peluang cerah untuk menang besar pada Pilihan Raya Negeri Melaka Menurut bekas pegawai khas Datuk Ser...
Seret Dan Dakwa Tommy Thomas Bawah Rci Akan Pamerkan Wajah Hodoh Pakatan Harapan

Seret Dan Dakwa Tommy Thomas Bawah Rci Akan Pamerkan Wajah Hodoh Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 280 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSelama ini Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Mahathir yang bersekongkol dengan DAP telah berjaya mencipta banyak kes persepsi dan kes pilihan terhadap pemimpin UMNO Ini atas sebab manifesto Pakatan Harapan telah sah ...
What Happened To No Anwar No Dap Sacked Rep Idris Haron Asks After Melaka Umno Leaders Ask Pakatan For Help

What Happened To No Anwar No Dap Sacked Rep Idris Haron Asks After Melaka Umno Leaders Ask Pakatan For Help

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 286 hits
Umno should take action against its Melaka liaison chairman and deputy chairman who sought to join hands with its political foes from Pakatan Harapan just to keep the state government under Datuk Seri Sulaiman Md Ali afloat former party man...
Umno Veep Calls For Malacca To Emulate Spirit Of Putrajaya Harapan Mou

Umno Veep Calls For Malacca To Emulate Spirit Of Putrajaya Harapan Mou

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 259 hits
Umno vice president Mahdzir Khalid has called on politicians in Malacca to keep calm Mahdzir who is also the rural development minister said politicians in the state should emulate the memorandum of understanding between the federal governm...
Tahniah Pakatan Harapan Perjuangan Untuk Rakyat Diteruskan Walaupun Sebagai Pembangkang

Tahniah Pakatan Harapan Perjuangan Untuk Rakyat Diteruskan Walaupun Sebagai Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 170 hits
bharian com myBank diarah usaha kecualikan bayaran faedah moratorium Berita HarianPUTRAJAYA Kementerian Kewangan mengarahkan institusi perbankan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan se...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Parti Bersatu Sedia Bertembung Jika Umno Tidak Ubah Pendirian

Pilihan Raya Umum Ke 15 Parti Bersatu Sedia Bertembung Jika Umno Tidak Ubah Pendirian

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 232 hits
KOTA KINABALU Parti Pribumi Bersatu Malaysia sedia untuk bertembung dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada cara lain untuk mengelak pertembungan itu memandangkan UMNO membuat keputusan un...
Umno Man Moots Monthly Pensions For Those With Depleted Epf

Umno Man Moots Monthly Pensions For Those With Depleted Epf

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 270 hits
5 8 million EPF contributors have less than RM10 000 in their accounts according to a recent report PETALING JAYA An Umno leader has suggested that the government come up with a social pension scheme following reports that 5 8 million of Em...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities