Pendidikan Seks Kini Bukan Lagi Pilihan Tetapi Keperluan


Oleh Ainul Illia Meor SuzurudinI-Medik lancar modul ReproAlert, sesuai buat ibu bapa, guru didik anak
BANGI – Pendidikan seksualiti bukan lagi pilihan tetapi menjadi satu keperluan kepada generasi zaman sekarang.
Tambahan lagi dengan perkembangan semasa anak-anak yang cukup ke hadapan seiring dengan kepesatan teknologi, menyebabkan mereka lebih mudah terdedah kepada perkara-perkara yang tidak bermoral.
Sehubungan itu, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) mengambil inisiatif melancarkan Modul Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan Reproduktif I-Medik, ReproAlert sebagai pelengkap kepada modul lain yang sedia ada di negara ini.
Pakar Pediatrik dan Aktivis I-Medik, Dr Anayasmin Azmi berkata, modul ini memberikan nilai tambah sesuai dengan lokaliti Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Pendidikan seksualiti adalah keperluan sekarang ini. Kita tak boleh dah rasa tak perlu (pendidikan seksualiti) tetapi mesti. Seperti mana kita ajar adab, akhlak pada anak-anak, seperti itu jugalah kita perlu mengajar mereka pendidikan seksualiti ini. 
“Cumanya di Malaysia ini kita ada satu situasi yang unik, masyarakat majmuk, tetapi kita tak boleh lupa agama Persekutuan adalah agama Islam, dan kita ada adab, adat ketimuran adalah asas masyarakat Malaysia. 
“Jadi kita perlukan satu modul yang sesuai dengan lokaliti Malaysia. Tak cukup untuk kita hanya cerita tentang hubungan intim, hanya awareness (kesedaran). ‘No more awareness, we have to move to implementation,” katanya dalam Majlis Pelancaran Modul Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan Reproduktif I-Medik, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Anayasmin berkata, modul ReproAlert mesra untuk semua golongan termasuk ibu bapa, pengasuh dan tenaga pengajar di institusi pendidikan.
Beliau berkata, modul ini mengetengahkan maklumat komprehensif sekitar isu seksualiti berdasarkan fakta yang benar termasuk berkaitan kontraseptif dalam konteks kekeluargaan.
“Kita menekankan pendekatan, yang ianya (seks) bukan sekadar untuk suka-suka, tetapi ia datang dengan tanggungjawab. Dan juga bahawa Islam dan sains tak pernah bercanggah. 
“Nilai tambah dari modul ini adalah konsep ‘la taqrabu zina’. Kita menjauhi perkara zina, bukan sahaja melarang zina tetapi dari awal lagi kita telah atasi. 
“Semoga ia dapat melengkapi modul sedia ada di Malaysia Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dan Modul Cakna Diri Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 
“Kesimpulannya, kita fokus kepada mencegah berbanding merawat. Memperkasakan mengurus nafsu. Kita perlu sediakan fakta yang sebenar dan kita mahu semua orang cakna dan menyebarluaskan modul ini di seluruh ceruk Malaysia,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/pendidikan-seks-kini-bukan-lagi-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 41 Kluster Di Institusi Pendidikan Direkod Sejak 1 Januari Hingga Kini

Covid 19 41 Kluster Di Institusi Pendidikan Direkod Sejak 1 Januari Hingga Kini

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR 11 Syaaban 1442H Khamis Sejumlah 41 kluster COVID 19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan setakat hari ini sejak 1 Januari lepas kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata daripad...
Buffet Ramadhan 2021 Di S Lasih Padang Asian Cuisine Menawarkan 100 Jenis Pilihan Juadah Memikat

Buffet Ramadhan 2021 Di S Lasih Padang Asian Cuisine Menawarkan 100 Jenis Pilihan Juadah Memikat

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 363 hits
Pejam celik pejam celik eh kejap je dah nak masuk bulan Ramadhan kan Kalau bercakap pasal bulan Ramadhan ni apa memori yang korang boleh recall semula Mesti teringat memori liat nak bangun sahur memori mak marah pagi pagi sebab masing masin...
Hiburan Kini Berlakon Mk K Clique Bakal Bergandingan Dengan Mira Filzah Dalam Drama Arahan Michael Ang

Hiburan Kini Berlakon Mk K Clique Bakal Bergandingan Dengan Mira Filzah Dalam Drama Arahan Michael Ang

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 579 hits
Penyanyi kumpulan rap K Clique MK dilaporkan bakal membintangi sebuah drama terbaru arahan pengarah terkenal Michael Ang Yang lebih mencuri perhatian adalah apabila MK khabarnya bakal bergandingan dengan pelakon wanita popular Mira Filzah d...
Hiburan Kini Tumpuan Ke Laudya Cynthia Bella Netizen Doakan Agar Berjodohan Dengan Dimas Beck

Hiburan Kini Tumpuan Ke Laudya Cynthia Bella Netizen Doakan Agar Berjodohan Dengan Dimas Beck

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 497 hits
Belum reda kisah pernikahan antara Engku Emran dan Noor Nabila kini tumpuan netizen mula beralih arah kepada bekas isteri Engku Emran yang kedua iaitu pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella View this post on InstagramAdvertisementMeninjau m...
Buku Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia

Buku Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 364 hits
Cabaran Membina IDW Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman IDW Design Build pada tahun 2007 ketika masing masing berikut 21 tahun Ketika itu masing masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari...
Apple Kini Mempunyai Pasukan Khusus Untuk Membuang Perkongsian Produk Cetak Rompak Di Media Sosial

Apple Kini Mempunyai Pasukan Khusus Untuk Membuang Perkongsian Produk Cetak Rompak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 196 hits
Salah satu perkara yang tidak disukai pelbagai jenama adalah produk mereka dicetak rompak dan dijual secara berleluasa Terbaru dalam usaha mengatasinya Apple kini mempunyai pasukan khusus yang memfokuskan untuk bekerjasama dengan pihak berk...
Disebabkan Pilihan Raya Beberapa K Drama Tidak Akan Ke Udara Pada Hari Ini

Disebabkan Pilihan Raya Beberapa K Drama Tidak Akan Ke Udara Pada Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 219 hits
Disebabkan oleh pilihan raya yang bakal berlangsung di Korea terdapat beberapa drama yang akan terkesan tayangannya Menurut laporan drama dan rancangan berikut tidak akan ke udara pada hari ini MBC A Good Supper MBC Oh My Ladylord KBS Love ...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Proses Agih Kerusi Ppbm Serta Pas Lebih Mudah Tanpa Umno

Pilihan Raya Umum Ke 15 Proses Agih Kerusi Ppbm Serta Pas Lebih Mudah Tanpa Umno

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 218 hits
PUTRAJAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Datuk Rosol Wahid berkata proses pengagihan kerusi parti itu dan PAS khususnya di Terengganu kini menjadi lebih mudah selepas UMNO menolak kerjasama dengan parti pimpinan Perdana Menteri Muhyidd...
Hiburan Dr Amalina Selamat Bernikah Dengan Lelaki Pilihan Tunda Majlis Resepsi

Hiburan Dr Amalina Selamat Bernikah Dengan Lelaki Pilihan Tunda Majlis Resepsi

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 250 hits
Siapa tidak kenal dengan pelajar pintar Dr Amalina Che Bakri yang mula menjadi perhatian selepas mendapat keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004 Lebih membanggakan Dr Amalina yang berkhidmat di luar negara t...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal