Pendidikan Percuma Ptptn Kepada 5 800 Anak Keluarga Miskin Mulai Tahun Hadapan


Pendidikan Percuma PTPTN Kepada 5,800 Anak Keluarga Miskin Mulai Tahun Hadapan
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Kerajaan akan memberikan Pendidikan Percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), mulai tahun hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu, melibatkan peruntukan RM120 juta setahun bagi keluarga miskin, iaitu pendapatan isi rumah kurang dari RM2,705.
“PTPTN lahir daripada iltizam mengeluarkan anak bangsa daripada kancah kemiskinan melalui pendidikan.
“Jadi ini satu permulaan yang berani yang belum difikirkan dulu dan kita harap ini dapat ditingkatkan mengikut keupayaan kewangan negara berikutnya.
Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA daripada keluarga pendapatan rendah dan menengah, yang akan memberi manfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun.
Anwar berkata kerajaan juga akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik.
Selain itu, kerajaan bersetuju menambah 1,500 lagi unjuran tempat bagi Ijazah Sarjana Muda dalam 10 bidang pengajian di lima universiti penyelidikan, antaranya undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI) serta bahasa.
“Kerajaan juga prihatin kepada kegusaran ramai pelajar cemerlang terutama lulusan STPM untuk mendapat tempat di IPT terpilih,” kata Perdana Menteri.
Bagi memperkasakan bidang perubatan, Anwar berkata kerajaan bersetuju melaksanakan dua projek kerjasama awam-swasta iaitu Pembangunan Teknopolis Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya Health Metropolis, untuk membangunkan Hospital di Petaling Jaya dengan kerajasama Kerajaan Negeri Selangor.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju membenarkan hospital pengajar universiti awam, menubuhkan tabung endowmen dan sumbangan diterima layak mendapat potongan cukai pendapatan serta semua sumbangan yang diterima, termasuk pendapatan yang terbit dari tabung, dikecualikan cukai sepenuhnya.
Anwar berkata bidang aeronautik akan diperkasakan dengan peruntukan RM16 juta dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan membangunkan Air Space Sandbox di Sungai Batu Pahat, Perlis iaitu kemudahan pertama negara bagi pengujian penerbangan altitud rendah yang kian penting dalam sektor logistik, pemetaan, pertanian pintar dan keselamatan.
Manakala Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi universiti di ASEAN pertama yang punyai lapangan terbang, bagi menyokong industri penerbangan maritim dan melahirkan juruterbang amfibia tempatan.
Bagi membantu anak muda melanjutkan pengajian, Anwar berkata peruntukan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sebanyak RM4.4 bilion disediakan sebagai biasiswa, pinjaman, elaun pendidikan untuk anak muda keluarga miskin melanjutkan pelajaran.
Sementara itu, pihak swasta diberi insentif potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan biasiswa kepada pelajar berkelayakan meliputi biasiswa Ijazah Sarjana Muda dan turut diperluas kepada kelayakan profesional antaranya dalam bidang ICT, kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.
Anwar berkata Ikhtiar Dapur MADANI, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diperuntukkan RM26 juta supaya mahasiswa dibekalkan dengan peralatan memasak dan bahan mentah, selain Dapur MADANI turut dilaksanakan untuk mengusahakan bantuan makanan kepada mahasiswa susah, melalui sumbangan CSR sektor swasta.
“Program MySiswa Job On Campus juga dilaksanakan iaitu peluang pekerjaan sambilan di dalam kampus, dengan peruntukan RM20 juta bagi membantu mahasiswa serba kekurangan mendapat pendapatan dan melatih kemahiran keusahawanan yang boleh dimanfaat selepas bergraduasi.
Memahami kekangan universiti yang sedang berdepan krisis penginapan, Anwar berkata sebagai langkah awal, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Universiti Malaya, akan merintis kerjasama membina 1,000 unit residensi di UM.
Sumber: Bernama
BACA: Penghargaan SARA Sekali Lagi Disalur Pada Pertengahan Februari 2026 The post Pendidikan Percuma PTPTN Kepada 5,800 Anak Keluarga Miskin Mulai Tahun Hadapan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/10/pendidikan-percuma-ptptn-kepada-5800-anak-keluarga-miskin-mulai-tahun-hadapan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 157 hits
TERKINI Kerajaan umum pendidikan PERCUMA melalui PTPTN Belanjawan 2026 Kerajaan mengumumkan pemberian pendidikan percuma kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melibatkan 5 800 anak daripada keluarga miskin yang mengik...
Buat Julung Kalinya Pelajar Miskin Dari Keluarga Susah 2700 Ke Bawah Mendapat Pelajaran Percuma

Buat Julung Kalinya Pelajar Miskin Dari Keluarga Susah 2700 Ke Bawah Mendapat Pelajaran Percuma

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 118 hits
Buat julung kalinya dalam sejarah pendidikan tanah air ini pendidikan percuma diperkenalkan buat para pelajar yg datang dari keluarga berpendapatan bawah RM2700 sebulan PMX juga tegaskan bahawa kadar pendidikan percuma ini akan terus dipert...
Buat Julung Kalinya Seminar Aspirasi Pahang 1st Jelajah Seluruh Daerah Demi Pendidikan Anak Negeri Ini

Buat Julung Kalinya Seminar Aspirasi Pahang 1st Jelajah Seluruh Daerah Demi Pendidikan Anak Negeri Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 139 hits
KUANTAN Buat julung kalinya kerajaan negeri Pahang menganjurkan Seminar Aspirasi Pahang 1st membabitkan pelajar tingkatan enam di seluruh negeri Menerusi inisiatif Akademi Pahang 1st seramai kira kira 800 orang pelajar tingkatan enam dari e...
Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 172 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 menekankan usaha kerajaan membantu rakyat tanpa menambah hutang negara Antara inisiatif utama ialah SARA RM100 untuk 22 juta rakyat diskaun tol 50 sempena Deepava...
Suami Isteri Tak Serik Curi Motosikal Angkut Anak 4 Tahun

Suami Isteri Tak Serik Curi Motosikal Angkut Anak 4 Tahun

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 174 hits
KOSMOSi suami ditahan dan berdepa hukuman penjara maksimum tujuh tahun Berita CikarangJAKARTA Sepasang suami isteri di Bekasi wilayah Jawa Barat ditangkap selepas cuba mencuri motosikal milik seorang penduduk sambil membawa anak mereka yang...
Dari Tahun 6 Ke Tingkatan 1 Kelas Transisi Fly High Bantu Anak Ready Fizikal Mental Dan Akademik

Dari Tahun 6 Ke Tingkatan 1 Kelas Transisi Fly High Bantu Anak Ready Fizikal Mental Dan Akademik

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 155 hits
Kelas Transisi Tingkatan 1 Fly High Education Centre Persediaan Anak Tahun 6 ke Dunia Sekolah Menengah Anak Tahun 6 dah bersedia nak masuk dunia sekolah menengah Peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah bukan perkara kecil Kalau du...
Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 195 hits
Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendedahkan bahawa dirinya pernah diceraikan kali pertama ketika sedang hamil enam bulan anak sulung mereka Ketika ditemui portal OhBulan selepas prosiding pengesahan lafaz ...
5 Contoh Sambutan Acara Ulang Tahun Anak Singkat Tapi Bermakna Dalam

5 Contoh Sambutan Acara Ulang Tahun Anak Singkat Tapi Bermakna Dalam

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 155 hits
Berikut adalah beberapa deretan contoh sambutan acara ulang tahun anak singkat namun menyelipkan makna dan doa dalam untuk sang anak
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Padang Besar Here We Come Part 1

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

Strawberry Smoothie


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Mati Cerita Tamat The Resurrected Buktikan Sebaliknya

Haramain Sajian Makanan Istemewa Kepada Semua Peserta Umrah

Super Junior Rai Ulang Tahun Ke 20 Di Kuala Lumpur Menerusi Super Show 10

Selamat Datang November

Delicious Recipe Of Beef Haleem

Lirik Lagu Melukis Senja Fynn Jamal