Pendiam Susah Berkawan Sifat Yang Biasanya Ada Pada Anak Kreatif


Apabila anda melihat perilaku anak, kelihatan seperti dia seorang yang agak pendiam dan menyendiri. Kebanyakan ibu ayah pasti merasa risau, apatah lagi jika anak sudah mahu masuk sekolah. Anak begini dilihat seperti tidak pandai berkawan dan seperti ‘terhalang’ ketika mahu melibatkan diri dengan kanak-kanak lain. Biasanya kanak-kanak yang pendiam begini lebih selesa berada dalam kumpulan kecil.

Kanak-kanak dalam kategori introvert bukan tidak pandai bergaul, sebaliknya mereka boleh berkawan seperti kanak-kanak lain. Cuma kanak-kanak introvert memerlukan lebih banyak masa untuk mendekati dan menyesuaikan dirinya dalam kelompok rakan-rakan barunya itu. Skil bergaul kanak-kanak berkembang pada pada usia tiga tahun di mana mereka sudah mula yakin dalam pergaulan dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
Artikel Menarik: [Kasih Sayang Anak Lelaki Pada Ibu Sangat Special, Dia Tiru Cara Ayahnya!]
Sebagai ibu ayah, jangan cepat melatah. Sekiranya anda mahu berhadapan dengan anak yang mempunyai sifat pendiam atau introvert, ada beberapa perkara yang harus anda ketahui tentang mereka.
KENALI SIFAT MEREKA
Kanak-kanak introvert selalu dilabelkan sebagai individu yang kurang memiliki kemahiran sosial walhal sifat ini wujud secara semula jadi. Si introvert memerlukan masa yang tenang untuk memproses setiap tindakannya menerusi kaedah pemerhatian. Si introvert memerlukan masa untuk sesi memanaskan (warm up). Si introvert lazimnya memiliki tahap kebimbangan yang agak tinggi dalam diri. Mereka juga lebih fokus dengan perasaan dan pemikiran peribadi berbanding interaksi sosial secara langsung.
Artikel Menarik: [Teknik Power Ajar Anak 2 Tahun Tak Kedekut & Marah Bila Orang Ambil Mainan]
INFO: Tahukan anda individu introvert sangat bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga bijak dalam membuat perbandingan atau perbezaan. Selain itu mereka memiliki visual yang kreatif dan sangat ghairah untuk belajar dalam tempoh yang panjang?
APA PERLU BUAT?
Jangan panik  dan naik angin bila melayan kerenah si introvert yang seolah-olah sukar untuk bergaul dan fobia bersosial. Kawal reaksi anda kepadanya berkenaan sikap menyendirinya. Hal ini kerana si introvert akan menjadi lebih menyendiri. Apabila mama dan papa menyuruh si manja menjadi individu yang bertentangan dengan keperibadiannya, hal ini secara tidak langsung ia menggambarkan bahawa anda tidak dapat menerima kekurangan diri mereka itu. Mama dan papa kerap mendesak si introvert untuk menjadi individu yang lebih terbuka dengan menyuruh mereka menyertai acara sukan dan sebagainya. Taktik sebegini bukanlah cara yang bijak kerana keadaan bising dengan jeritan kanak-kanak yang seronok bermain itu akan menjadikan si introvert lebih tertekan.
Perlu difahami yang anak introvert mungkin lebih cemerlang sekiranya melibatkan diri dalam sukan-sukan bersifat individu seperti berenang atau karate. Hormati pilihan anak misalnya dengan siapa dia berkawan kerana mereka selalunya gemar memilih beberapa orang teman rapat dan tidak gemar berkawan dengan seluruh rakan sekelasnya. Apa yang harus diberi keutamaan oleh ibu bapa ialah memastikan si anak memiliki sebuah hubungan persahabatan yang positif. Itulah asas kepada sesebuah perhubungan yang akrab. Ibu bapa perlu memahami bahawa si introvert memerlukan ruang agar privasinya dihormati. Bagi ibu bapa yang ekstrovert, mereka beranggapan bahawa segala-galanya perlu dilakukan bersama tetapi tidak bagi introvert. Mereka lebih bahagia jika diberi sedikit ruang untuk menyendiri.
Artikel Menarik: [Rajin Suap Anak Makan Salah Satu Cara Anak Mudah Dengar Kata]
Kanak-kanak introvert yang memiliki adik-beradik ekstrovert boleh merasai wujudnya ketidakserasian sewaktu berbual. Ibu bapa perlu menyediakan sedikit ruang (one-on-one time) untuk memberikan mereka lebih ketenangan. Di sekolah, ibu bapa perlu memaklumkan keadaan introvert si manja kepada guru agar dia boleh memberikan masa untuk si manja menyiapkan diri dengan suasana baharu. Cara ini sangat membantu.  
 
 
 
The post Pendiam & Susah Berkawan? Sifat Yang Biasanya Ada Pada Anak Kreatif appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pendiam-susah-berkawan-sifat-yang-biasanya-ada-pada-anak-kreatif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Anak Mahir Banyak Ilmu Tahu Rasa Susah Kelak Jadi Suami Bertanggungjawab Pada Isteri

Biar Anak Mahir Banyak Ilmu Tahu Rasa Susah Kelak Jadi Suami Bertanggungjawab Pada Isteri

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 399 hits
Menjadi suami mithali penyayang dan bertanggungjawab dalam rumah tangga bukan datang daripada tempoh yang singkat Ilmu yang datangnya dari sejak kecil lagi sebenarnya perlu ditanam dalam diri anak anak kita supaya kelak mampu menjadi anak d...
Anak Kecil Susah Penat Selagi Tak Suruh Tidur Boleh Main Memanjat Berjam Jam

Anak Kecil Susah Penat Selagi Tak Suruh Tidur Boleh Main Memanjat Berjam Jam

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 305 hits
Pernahkah anda tertanya tanya kenapa kanak kanak mempunyai banyak tenaga Mereka tidak seperti orang dewasa Jalan sedikit sudah letih lari sedikit mulalah mengah baru lompat sedikit sudah rasa hendak pitam Kanak kanak tidak begitu DARI MANA ...
Saya Berkongsi Rezeki Anzalna Faham Situasi Keluarga Susah Ada Anak Ramai

Saya Berkongsi Rezeki Anzalna Faham Situasi Keluarga Susah Ada Anak Ramai

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 455 hits
Bukan nak menunjuk atau bermegah tetapi melihat sendiri situasi keluarga ada anak kecil dan susah hati mana yang tak tersentuh Sejak bergelar ibu naluri keibuan Anzalna Nasir begitu kuat dan baru baru ini dia ada memuat naik status untuk me...
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 530 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Begini Tips Sehat Yang Harus Dilakukan Orangtua Untuk Memberi Wewangian Pada Anak

Begini Tips Sehat Yang Harus Dilakukan Orangtua Untuk Memberi Wewangian Pada Anak

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 383 hits
Boleh pakai baby cologne diolesin sedikit di baju Anak alergi nggak hanya dari kulit tapi pernapasan juga Kalau memang dia asma Asma kan berhubungan dengan DA Kalau anaknya asma napas bisa juga ke kulitnya Namanya skin asthma kata dokter An...
Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 685 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Pakej Istimewa Hujung Tahun Ini 7 Hotel Buat Promo Gila Gila Untuk Mak Ayah Bawa Anak Melancong Musim Cuti Sekolah

Pakej Istimewa Hujung Tahun Ini 7 Hotel Buat Promo Gila Gila Untuk Mak Ayah Bawa Anak Melancong Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 776 hits
Tajuk 2 7 Hotel Terbaik Dengan Promo Tak Masuk Akal Yang Terbaik Untuk Anda Bercuti Disember Ini3 Ini 7 Hotel Local International Dengan Promosi Dan Pakej Penginapan Terbaik Untuk Anda Travel Hujung TahunBulan Disember yang sinonim dengan m...
Senarai Kerja Rumah Untuk Anak Sesuai Mengikut Umur

Senarai Kerja Rumah Untuk Anak Sesuai Mengikut Umur

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 419 hits
Senarai Kerja Rumah Untuk Anak Sesuai Mengikut Umur Musim cuti persekolahan ni kan anak anak mesti tak tau nak buat apa Tapi yang penting kerja rumah perlu diberikan kepada mereka Saja umi The post appeared first on
Sedekah Masjid Kalau Tak Habis Ibu Tunggal Oku Gigih Jual Kuih Dengan Berkerusi Roda Bawa Dua Anak

Sedekah Masjid Kalau Tak Habis Ibu Tunggal Oku Gigih Jual Kuih Dengan Berkerusi Roda Bawa Dua Anak

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 649 hits
Saya nak bekerja susah siapa yang nak ambil saya Daripada saya merempat meminta sedekah baik saya berniaga Jangan jadikan kecac4tan itu satu keIemahan Demikian luahan seorang ibu tunggal juga kurang upaya yang gigih menjual kuih tepung peli...
Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki