Pendekatan Dakwah Mufti Wilayah Persekutuan


Tidak dinafikan, pada zaman sekarang ini merupakan zaman ledakan maklumat di media sosial hingga terlalu mudah untuk mendapatkan maklumat dengan pantas. Kiranya semua maklumat termasuk hukum-hakam agama boleh dicapai akses di hujung jari sahaja.
Tetapi harus diingat, dengan segala macam maklumat yang pelbagai tanpa tapisan, boleh sahaja menimbulkan kekeliruan bagi sesiapa yang melayarinya lebih-lebih lagi bagi orang awam yang tiada asas ilmu agama.
Justeru itu dengan melihat kepada keperluan dan tuntutan semasa. Satu lagi gerak kerja telah dilakukan oleh Dato’ Seri Dr. Mufti dalam mendekati masyarakat.
Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamadal-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan 10 ruangan di dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab permasalahan agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ruangan itu adalah;
#1- Bayan Linnas – Kenyataan umum kepada masyarakat awam berhubung isu nasional.
#2- Irsyad Fatwa– Kenyataan berhubung isu-isu agama bersifat semasa.
#3- Al-Kafi li al-Fatawi – Kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.
#4- Irsyad Usul Fiqh – Kupasan permasalahan Usul al-Fiqh.
#5- Irsyad al-Hadith – Kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah.
#6- Tahqiq Al-Masa’il – Khusus dalam memberikan penjelasan yang tuntas bagi setiap bentuk permasalahan yang menjadi khilaf yang muktabar.
#7- Al-Afkar – Solusi akidah dan pemikiran semasa.
#8- Bayan Li Al-Haj – Penjelasan Fiqh Tetamu Ar-Rahman.
#9- Tashih Al-Mafaahim – Kolum penyelesaian kepada isu pelampau dan ekstremisme agama.
#10-Bayan Al-Falak – Lebih kurang sama dengan Bayan Linnas tetapi lebih fokus kepada hal yang berkaitan Falak.
Untuk melihat fatwa-fatwa di atas, boleh sahaja lihat dan layari dalam laman web ini
Namun begitu, penulisan di laman web tersebut bukan menjadi satu-satunya cara Dato’ Seri Dr. Mufti membantu masyarakat dalam menyebarkan ilmu selain beliau turut hadir memberi kuliah atau ceramah di masjid.
Di tambahkan pula tak semua dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat pada masa kini mempunyai kelapangan untuk melayari media sosial dan juga laman web pihak berwajib serta berauroriti dalam agama bagi mendapatkan jawapan bagi isu-isu keagamaan dengan tepat dan sahih.
Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamadal-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan bersama-sama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengorak langkah dengan mengwujudkan Klinik Hukum “Irsyad Al-Fatawi Wa Al-Ahkam (Ifa)”.
Klinik IFA atau lebih dikenali sebagai Klinik Hukum ini telah mula dilancarkan beberapa tahun yang lalu tepatnya pada hari Jumaat 18 November 2016.
Klinik Hukum ini akan dijalankan beberapa kali dan berkala dalam sebulan di masjid-masjid dan Surau Diri Jumaat terpilih seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 12.00 tengari hingga 1.00 tengahari pada hari Jumaat. Atau lebih kurang sejam sebelum masuknya waktu solat Jumaat.
Klinik Hukum ini akan dikendalikan oleh panel-panel yang berkelayakan dan didatangkan khas daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyantuni masyarakat. Sebarang persoalan keagamaan, nasihat atau apa sahaja panduan boleh diajukan terus kepada panel Klinik Hukum bagi mendapatkan jawapan.
Andai ada soalan yang tak terjawab disebabkan keterbatasan waktu, InsyaAllah akan dijawab di Page Facebook Mufti Wilayah Persekutuan.
Di mana ada borang dan tabung soalan disediakan semasa program Klinik Hukum ini berlangsung. Apa yang perlu dilakukan, hanyalah menulis soalan dengan terang dan jelas sahaja.
Dengan erti kata yang lain, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kini lebih banyak turun ke lapangan bagi mendekati masyarakat di samping melalui tulisan-tulisan Dato’ Seri Dr. Mufti sendiri di lawan web rasmi beliau.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan olehnya seperti menjadikan institusi fatwa sebagai satu institusi yang responsif terhadap isu-isu agama yang berlaku.
Di samping pintu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja bagi berbincang dan mendengari segala permasalahan termasuklah di kalangan non-Muslim andai ada kekeliruran tentang Islam atau apa-apa sahaja isu berkaitan.
Mereka yang inginkan maklumat atau berbincang, boleh sahaja menghubungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya di talian 03-8870 9000 untuk pertanyaan atau datang terus ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang bertempat di Putrajaya. Wallahualam.
Rujukan;
i) Page Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
ii) Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Pendekatan Dakwah Mufti Wilayah Persekutuan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/pendekatan-dakwah-mufti-wilayah-persekutuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Ss Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Tahniah Ss Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 450 hits
MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah Ijazah Sar...
Mufti Wilayah Ganti Mujahid Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

Mufti Wilayah Ganti Mujahid Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 770 hits
Barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menampilkan dua individu bukan ahli politik yang akan dilantik sebagai senator bagi memegang jawatan menteri kanan Dua individu itu ialah Ketua pegawai eksekutif ...
Kabinet Baru Di Tapis Dan Rekod Bersih Dari Sprm Pdrm Antara Terpilih Mufti Wilayah

Kabinet Baru Di Tapis Dan Rekod Bersih Dari Sprm Pdrm Antara Terpilih Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 296 hits
Menerusi pengumuman senarai kabinet yang diumukan secara langsung oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ini antara...
Permohonan Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan

Permohonan Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 251 hits
PERMOHONAN SKIM MIKRO KREDIT WILAYAH PERSEKUTUAN PERMOHONAN SKIM MIKRO KREDIT WILAYAH PERSEKUTUAN Kementerian Wilayah Persekutuan akan menawarkan Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan bermula 1 Mac ini Tujuan utama skim ini adalah bagi memb...
Ambil Wuduk Siap2 Di Rumah Masjid Wilayah Persekutuan Teruskan Solat Jumaat

Ambil Wuduk Siap2 Di Rumah Masjid Wilayah Persekutuan Teruskan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 511 hits
Berikutan penularan kes COVID 19 yang naik mendadak pihak Kementerian Kesihatan telah memaklumkan supaya segala aktiviti yang melibatkan orang ramai ditangguhkan buat sementara waktu Sehubungan dengan itu beberapa buah masjid telah mengambi...
Pelantikan Mufti Dapat Kukuhkan Perpaduan Kaum Di M 039 Sia Kata Pengerusi Majlis Dakwah

Pelantikan Mufti Dapat Kukuhkan Perpaduan Kaum Di M 039 Sia Kata Pengerusi Majlis Dakwah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 192 hits
KONGSI ARTIKEL KUALA LUMPUR Perwatakan sederhana dan toleransi Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam menyelesaikan isu berkaitan agama sebelum ini dipercayai dapat memba
Isu Ali Puteh Aliff Syukri Isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie

Isu Ali Puteh Aliff Syukri Isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 835 hits
Isu Ali Puteh Aliff Syukri isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie Malaysia Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Fuhh pagi pagi dah cerita pasal apa ni Sayidah Cerita hot viral sensitif isu pembahagian harta uiihh I know benda ...
Mufti Wilayah Dilantik Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Mufti Wilayah Dilantik Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 442 hits
Menerusi pengumuman senarai kabinet yang diumumkan secara langsung oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri diangkat menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkif...
Mengenal Istilah Lockdown Dan Persyaratan Karantina Wilayah

Mengenal Istilah Lockdown Dan Persyaratan Karantina Wilayah

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 155 hits
Lockdown ternyata bisa dilakukan jika seluruh anggota masyarakat di suatu wilayah apabila dari hasil konfirmasi laboratorium sudah terjadi penyebaran penyakit antar anggota masyarakat di wilayah tersebut
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi