Pendedahan Teresa Kok Tiada Apa Apa Isu Pun Sebenarnya




Pendedahan Menteri Industri Utama, Teresa Kok berhubung dakwaan pentadbiran BN memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual ladangnya seluas 2,800 ekar di bawah harga pasaran kepada Aset Tanah Negara Berhad dan menyebabkan agensi itu kerugian RM800 juta, sebenarnya tiada isu sama sekali.


Begitu juga tiada isu sebenarnya dengan gesaan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Sankara N Nair yang mahukan bekas Perdana Menteri, Najib Razak menjelaskan ke mana perginya wang RM800 juta itu.


Dalam renteran yang didedahkan oleh Teresa Kok sendiri, tanah berkenaan dijual oleh Lembaga Getah Malaysia kepada Aset Tanah Negara Berhad pada 2010 dengan harga RM1.5 bilion.


Dua tahun kemudian, Aset Tanah Negara Berhad telah menjual tanah tersebut kepada Kwasa Land, anak syarikat KWSP dengan harga RM2.28 bilion.


Lembaga Getah Malaysia adalah agensi kerajaan, manakala Aset Tanah Negara Berhad pula merupakan syarikat tujuan khas yang juga dimiliki oleh kerajaan.


Pembeli akhir iaitu Kwasa Land, anak syarikat KWSP turut merupakan syarikat milik kerajaan.


Bermakna penjualan tanah itu ialah daripada kerajaan kepada kerajaan dan akhirnya jatuh kepada kerajaan.


Dalam hal ini, ia tiada isu apa-apa sebenarnya kerana yang mendapat manfaat  tetap kerajaan. 


Yang salah atau mungkin berlaku salah laku ialah jika Lembaga Getah Malaysia diarahkan menjual tanah tersebut kepada Syarikat A Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ketua UMNO Bahagian misalnya, kemudian Kwasa Land pula diarahkan membelinya.


Jika itu berlaku, barulah pihak tertentu yang mengaut keuntungan RM800 juta atas angin itu boleh diragukan perlakuannya.


Tetapi, jika daripada kerajaan kepada kerajaan dan kemudian kepada kerajaan juga, apa masalahnya?


Kalau ada untung pun, bukankah kerajaan juga?


Lagi pula, Aset Tanah Negara Berhad menjual tanah tersebut kepada Kwasa Land setelah dua tahun memiliknya yang sudah tentunya berlaku kenaikan harga tanah di kawasan Sungai Buloh itu.


Harus kita ingat, kenaikan harga tanah berlaku dengan pantas, kadang-kadang "overnight" pula selalu berlaku kenaikan harga yang berganda.


Memang BN telah tumbang dan Pakatan Harapan menguasai kerajaan ketika ini, namun janganlah menteri-menteri yang ada cuba memanipulasikan semua perkara untuk menyalahkan kerajaan yang lalu semata-mata.


Yang salah, tetap salah, tetapi dalam kes tanah Lembaga Getah ini, nampaknya Terese Kok kena cerdik sikitlah dalam menjalankan kerjanya.


Bukan apa, pendedahan sebegini yang tiada apa-apa isu sebenarnya hanya akan menyebabkan beliau ditertawakan rakyat saja akhirnya nanti. (ShahbudinHusin 04/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/pendedahan-teresa-kok-tiada-isu-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Gambar Persatuan Pekebun Kecil Jumpa Tun M Teresa Kok Menteri Menoreh Musim Hujan Tidak Kelihatan

4 Gambar Persatuan Pekebun Kecil Jumpa Tun M Teresa Kok Menteri Menoreh Musim Hujan Tidak Kelihatan

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 975 hits
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima kunjungan hormat Persatuan Kebangsaan Pekebun Pekebun Kecil Malaysia Kunjungan ini berlangsung di Putrajaya bagi membincangkan hal berkaitan cabaran semasa yang dihadapi oleh para pek...
Teresa Kok Marah Jual Tanah Kepada Kwsp Adakah Dap Mahu Jual Kepada Sykt Kroni

Teresa Kok Marah Jual Tanah Kepada Kwsp Adakah Dap Mahu Jual Kepada Sykt Kroni

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 380 hits
Menteri Industri Utama Teresa Kok juga tanya mengapa tanah Lembaga Getah Malaysia milik penuh kerajaan telah dijual tanpa tender dengan harga RM1 5 bilion kepada Syarikat Tujuan Khas Aset Tanah Nasional Berhad yang dimilik penuh kerajaan ju...
Teresa Kok Pening Kerajaan Jual Tanah Pada Kerajaan Najib Salah

Teresa Kok Pening Kerajaan Jual Tanah Pada Kerajaan Najib Salah

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 358 hits
Pagi tadi Menteri Industri Utama Teresa Kok melalui satu sidang akhbar mendakwa kerajaan BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual 2 800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1 5 bilion pada 2010 kepad...
Teresa Kok Threatens France With Retaliatory Actions

Teresa Kok Threatens France With Retaliatory Actions

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 278 hits
Primary Industries Minister Teresa Kok has condemned the French National Assembly for excluding the use of palm oil as a biodiesel feedstock a move that could disrupt the livelihood of millions in key palm oil producing nations including Ma...
Isu Sajjad Jakim Sebenarnya Telah Dihalang Oleh Kuasa Duit Dan Civil Law Da I Wan Dazrin

Isu Sajjad Jakim Sebenarnya Telah Dihalang Oleh Kuasa Duit Dan Civil Law Da I Wan Dazrin

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 425 hits
Isu Sajjad JAKIM sebenarnya telah dihalang oleh kuasa duit dan Civil Law Da i Wan Dazrin Haha Tak sabar aku nak tengok JAKIM menggelupur dengan kes Sajat ini Itu hari ambil masa sebelum nak check status jantina Sajat Tak tahu apa keputusan ...
Teresa Kok Tolonglah Jadi Menteri Yang Cerdik Sikit

Teresa Kok Tolonglah Jadi Menteri Yang Cerdik Sikit

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 262 hits
Pagi tadi Menteri Industri Utama Teresa Kok melalui satu sidang akhbar mendakwa kerajaan BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual 2 800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1 5 bilion pada 2010 kepad...
Teresa Kok Demands Jmm S Azwandin Apologise Pay Rm30mil In Damages

Teresa Kok Demands Jmm S Azwandin Apologise Pay Rm30mil In Damages

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 270 hits
Primary Industries Minister Teresa Kok is demanding for Jaringan Melayu Malaysia president Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar to apologise and pay RM30mil in damages Kok is making the claim following a speech he made at a rally on Tue...
Teresa Kok Terlajak Bongkar Kebaikan Kerajaan Bn Najib

Teresa Kok Terlajak Bongkar Kebaikan Kerajaan Bn Najib

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 528 hits
Menteri Industri Utama Teresa Kok juga tanya mengapa tanah Lembaga Getah Malaysia milik penuh kerajaan telah dijual tanpa tender dengan harga RM1 5 bilion kepada Syarikat Tujuan Khas Aset Tanah Nasional Berhad yang dimilik penuh kerajaan ju...
Teresa Kok Boleh Tuntut Balik Duit Rm 780j Dari Guan Eng Najib

Teresa Kok Boleh Tuntut Balik Duit Rm 780j Dari Guan Eng Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 378 hits
Pihak KWSP di bawah kuasa kerajaan PH pun tidak tahan dengan tuduhan tidak berasas Terea Kok dan telah keluarkan kenyataan bahawa harga pembelian tanah Kwasa Damansara adalah adil dan mengikut harga pasaran Walaupun Teresa Kok masih tidak p...
Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Cara Mendaftar Asuransi Kesehatan Bca Life

Uncle Botak Bbq Petaling Jaya

Maksud Bailout

Roti John Air Tangan Anak Anak

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Jadwal Imsakiyah Tegal Ramadhan 2025

Pertanyan Menggalakan Cuma Kami Belum Pilih

Ktmb Extends Its Ets Train Service To Segamat From Today

Bad Weather Expected In Six States Until 9pm Tonight

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post