Teresa Kok Terlajak Bongkar Kebaikan Kerajaan Bn Najib


Menteri Industri Utama Teresa Kok juga tanya mengapa tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) milik penuh kerajaan telah dijual tanpa tender dengan harga RM1.5 bilion kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) Aset Tanah Nasional Berhad yang dimilik penuh kerajaan juga.
Saya pun nak tanya mengapa aset bernilai RM19.9 bilion Tabung Haji telah dijual kepada syarikat SPV tanpa tender.
Yang paling pelik ialah bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.
Tetapi bila aset yang sama ini di bawah nama SPV, maka TH tidak lagi ada defisit.
Nampaknya Teresa Kok juga tidak puas hati bahawa tanah LGM itu selepasnya dijual tanpa tender kepada KWSP pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion (RM18.70 untuk setiap kaki persegi).
Dua tahun selepas membeli tanah ini, KWSP mengumumkan bahawa pakej pertama sahaja untuk tanah ini akan menjana hasil penjualan RM11 bilion iaitu harga RM187 untuk setiap kaki persegi.
https://www.thestar.com.my/…/boon-for-developers-epfs-move…/
Ini ialah keuntungan 10 kali ganda ataupun 1,000%.
Teresa Kok tidak mahu membuat laporan polis untuk siasat KWSP mengapa keuntungan mereka terlampau besar?
KWSP bakal kena AMLA atau tidak? CBT atau tidak?
Ataupun DAP mahu batalkan penjualan tanah strategik ini kepada KWSP dan ingin jual kepada pihak lain?
Ini hanya pakej pertama sahaja di mana harga tanah sudah RM187 satu kaki persegi berbanding hargi beli RM18.70. Sudah tentu nilai tanah ini akan naik lagi bila pakej-pakej yang lain diusahakan pada masa hadapan.
KWSP untung besar kerana jumlah nilai pembangunan kasar untuk tanah ini ialah sekurang-kurangnya RM50 bilion berbanding harga pembelian asal RM2.28 bilion.
Patutlah, aset KWSP naik dari RM344 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM814 bilion pada akhir tahun 2017.
Jika kerajaan BN dahulu tamak duit, tanah ini tidak akan dijualkan secara terus kepada KWSP untuk mereka menjana keuntungan yang besar.
Sudah tentu kita boleh jual tanah ini secara tender terbuka dan syarikat swasta boleh membeli dengan harga lebih tinggi dari kerajaan.
Ataupun kita boleh jual secara terus kepada syarikat swasta kroni.
KWSP sudah tentu akan terlepas.
Tetapi kita tidak membuat begitu tetapi mahu KWSP untung.
Rupanya, kerajaan BN di bawah saya terlalu melampau untuk menjaga kroni-kroni kita iaitu pencarum KWSP dan rakyat.
Saya ingat Teresa Kok mahu membongkarkan keburukan kerajaan BN.
Tetapi dia bongkarkan kebaikan kerajaan BN dahulu pula.
Najib Razak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/01/04/teresa-kok-terlajak-bongkar-kebaikan-kerajaan-bn-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teresa Kok Pening Kerajaan Jual Tanah Pada Kerajaan Najib Salah

Teresa Kok Pening Kerajaan Jual Tanah Pada Kerajaan Najib Salah

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 366 hits
Pagi tadi Menteri Industri Utama Teresa Kok melalui satu sidang akhbar mendakwa kerajaan BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual 2 800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1 5 bilion pada 2010 kepad...
Teresa Kok Boleh Tuntut Balik Duit Rm 780j Dari Guan Eng Najib

Teresa Kok Boleh Tuntut Balik Duit Rm 780j Dari Guan Eng Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 383 hits
Pihak KWSP di bawah kuasa kerajaan PH pun tidak tahan dengan tuduhan tidak berasas Terea Kok dan telah keluarkan kenyataan bahawa harga pembelian tanah Kwasa Damansara adalah adil dan mengikut harga pasaran Walaupun Teresa Kok masih tidak p...
Najib Diminta Teruskan Troll Kerajaan Pakar U Turn

Najib Diminta Teruskan Troll Kerajaan Pakar U Turn

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 377 hits
SHAH ALAM Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta terus aktif mengkritik dan mendedahkan salah laku kerajaan Pakatan Harapan di laman sosial Facebook Permintaan itu diluahkan seorang netizen yang menggunakan nama akaun Chee Ko...
Najib Minta Kerajaan Teruskan Adam50

Najib Minta Kerajaan Teruskan Adam50

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Najib Razak berharap kerajaan membatalkan keputusan menghentikan Amanah Dana Anak Malaysia menyifatkan program itu insentif yang baik untuk rakyat Menerusi hantaran di Facebook hari ini beliau berkata amat...
Ds Najib Dah Macam Penasihat Ekonomi Tidak Rasmi Kepada Kerajaan Ph

Ds Najib Dah Macam Penasihat Ekonomi Tidak Rasmi Kepada Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 374 hits
Semasa ucapan Tahun Baharu saya memberi amaran bahawa tahun 2019 adalah tahun mencabar untuk ekonomi negara kita Masa itu juga Guan Eng bersungguh kata petunjuk ekonomi untuk 2019 adalah sangat menggalakkan Tak sampai seminggu Guan Eng memb...
Hal Berkaitan Jalan Raya Najib Sifatkan Kerajaan Ph Tidak Adil

Hal Berkaitan Jalan Raya Najib Sifatkan Kerajaan Ph Tidak Adil

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 281 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan kerajaan PH yang mahu kerajaan negeri menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan kampung menggunakan dana sendiri sebagai tidak adil Men...
Tukar Kerajaan Tiada Kebaikan Kepada Rakyat

Tukar Kerajaan Tiada Kebaikan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 277 hits
Suara Tanpa Sempadan KUALA LUMPUR Pertukaran kerajaan semenjak pilihan raya yang lalu tidak memberi makna jika tiada manfaat yang diterima oleh rakyat Demilian kata Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan menerusi Twitternya Beliau merujuk...
Tiba Tiba Miti Puji Kerajaan Bn Semasa Najib Jadi Pm

Tiba Tiba Miti Puji Kerajaan Bn Semasa Najib Jadi Pm

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 344 hits
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan PH tiba tiba mengeluarkan kenyataan pagi ini untuk memuji kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri Kata strategi kita baik Kita di landasan yang betul Kita berjaya Kita tari...
Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini

Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 549 hits
Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri IniNajib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Mangsa Banjir Terasa Berat Terima Tetamu

Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal