Pendedahan Mengenai Red Bean Army Jentera Fitnah Dan Propaganda Dap


Red Bean Army (RBA) DAP, Mitos Atau Realiti?

Ramai di kalangan cytro yang menyangka mereka mengetahui siapa Red Bean Army yang ditaja oleh DAP.
Dan ramai juga yang menyangka RBA DAP ini hanya bergerak melalui media sodial sahaja.
Sebenarnya anggapan itu sengaja dicipta oleh RBA supaya masyarakat akan hanya berhati-hati apabila melayari media sosial  bagi mengelakkan terpengaruh dengan propaganda dan fitnah ciptaan RBA.
Apakah benar RBA cuma menjalankan aktiviti mereka melalui media sodial?
Cuba kita renungkan sejenak, sekiranya benar RBA hanya dikerahkan untuk menjayakan agenda DAP di dalam media sosial sahaja, mungkin DAP memerlukan masa puluhan tahun untuk dapat berkuasa di Putrajaya.
Kerana memang benar, peratus pengguna media sosial di Malaysia adalah tinggi tetapi sebahagian dari pengguna media sosial adalah remaja yang belum layak mengundi dan ada antara pengguna media sosial mempunyai beberapa akaun di dalam media sosial.
Tetapi pasukan RBA yang diwujudkan oleh DAP pada tahun 2006 telah berjaya membawa DAP ke Putrajaya pada tahun 2018, cuma 12 tahun selepas diwujudkan, RBA telah berjaya mencapai matlamat mereka.
Tidak mungkin dengan hanya bergantung kepada pengguna media sosial, RBA berjaya membawa DAP berkuasa dalam masa yang begitu singkat!!!
Jadi apa platfom RBA sebenarnya?
Selain dari media sosial, DAP juga telah meletakkan pasukan RBA mereka dalam beberapa platfom yang berkaitan dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Antaranya :
Pegawai Bank

Gambar Sekadar Hiasan

DAP juga merekrut RBA di dalam industri perbankan

Antara jabatan yang menjadi keutamaan di dalam merekrut RBA di dalam industri perbankan ialah pegawai-pegawai bank yang bertanggungjawab di dalam menguruskan permohonan pinjaman

Semasa berurusan dengan pemohon pinjaman, RBA yang berjawatan pegawai bank ini akan menyebarkan fitnah dan propaganda mereka kepada pelanggan

Kononnya, dengan kegagalan dasar pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (sebelum PRU 14 lalu), berbagai-bagai syarat-syarat ketat yang tidak munasabah telah dikenakan ke atas setiap permohonan pinjaman bank

Mereka juga akan menyebarkan fitnah, kononnya bila ada ahli politik dari Barisan Nsional, terutamanya dari UMNO datang untuk membuat permohonan, maka mereka telah diarahkan untuk memberikan layanan istimewa dan permohonan mereka MESTI diluluskan dengan segera walau pun sekiranya mereka tidak layak

Pemohon yang kecewa dan marah kerana telah ditolak permohonan pinjaman mereka pasti akan menyebarkan propaganda dan fitnah RBA itu kepada masyarakat di luar

Pemandu Teksi

Antara industri yang menjadi keperluan asas rakyat Malaysia ialah industri pengangkutan

Tentu kita masih ingat, bagaimana sebelum PRU 14, Persatuan Pemandu Teksi telah menjalankan kempen menyokong Pakatan Harapan

Tetapi, apakah atau siapakah yang mempengaruhi mereka untuk bersama-sama menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib yang sudah banyak memberikan pelbagai bantuan dna insentif kepada mereka

Ianya datang dari kalangan mereka sendiri, iaitu pemandu-pemandu teksi yang telah direkrut oleh DAP untuk menjadi RBA

Di kalangan rakan sekerja, RBA ini akan meniupkan api kemarahan pemandu lain dengan menyatakan pendapatan harian mereka sudah teruk terjejas kerana adanya saingan dari Grab yang dimiliki oleh DS Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri ketika itu, DS Najib

Keadaan mereka menjadi semakin teruk bila kerajaan yang mereka gelar sebagai kleptokrat terpaksa menarik balik subsidi minyak akibat dari perbendaharaan negara dirompak oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutamanya dari UMNO

Rakan- sekerja yang terpadaya akan menyebarkan pula kesusahan mereka kepada pelanggan mereka sama ada dari dalam negara atau pun dari luar negara

Akibatnya, bukan sahaja pemimpin Barisan Nasional dibenci oleh rakyat tempatan, malah nama Malaysia juga akan menjadi buruk di peringkat antarabangsa

Peniaga Barangan Keperluan Harian

Peniaga barangan keperluan harian adalah antara industri yang sangat disukai oleh DAP untuk menyerapkan RBA mereka

Ini adalah kerana setiap hari mereka akan berurusan dengan orang ramai yang hampir keseluruhannya adalah pengundi berdaftar

Mereka akan cuba menyebarkan kepada pembeli kononnya harga barangan keperluan harian sudah sampai ke tahap gagal dikawal oleh Kerajaan Barisan Nasional (sebelum PRU 14)

Ini berikutan cukai GST yang Kerajaan Barisan Nasional kenakan ke atas barangan keperluan harian

Di samping itu, bekalan dari pemborong juga semakin sukar diperolehi, kalau pun boleh diperolehi, harganya terlalu tinggi dan ini membuatkan mereka terpaksa menjual dengan harga yang tinggi

Setiap hari mereka akan mengulangi cerita yang sama kepada pembeli dan secara tidak langsung, fitnah mereka akan tersebar di kalangan masyarakat

Kenyataannya, barangan keperluan harian yang asas TIDAK dikenakan GST

Cytro Media Sosial

Apa yang dilakukan oleh RBA dalam industri-industri di atas akan disalurkan kepada RBA yang ditugaskan untuk berada di media sosial.
Maklumat itu akan digunakan pula untuk memanjangkan lagi fitnah di dalam media sosial.
Video klip, gambar atau rakaman yang diberikan oleh RBA yang berada di dalam industri-industri tersebut akan dimuatnaik ke dalam media sosial sebagai bukti bahawa apa yang mereka tuliskan itu bukan fitnah tetapi realiti yang berada di Malaysia sekarang.
Di samping itu, cytro RBA ini juga berperanan untuk memainkan dan membakar isu perkauman.
Sebahagian dari mereka dengan sengaja akan memainkan isu-isu Agama Islam sebagai Agama Persekutuanm, kedudukan Raja  Raja Melayu dan hak istimewa Bangsa Melayu.
Bila mendapat respon dari bangsa Melayu, maka sebahagian lagi akan melabel bangsa Melayu sebagai rasis dengan menggunakan alasan hak sama rata.
Usah pandang remeh dengan strategi melabel sesuatu bangsa, terutamanya dengan label yang negatif.
Ini akan menyebabkan sebahagian besar bangsa Melayu menjadi bisu untuk mempertahankan hak mereka seperti yang ada di dalam Perlembagaan Malaysia kerana tidak mahu dilabel sebagai rasis!!!
Rantaian kerja RBA dari pelbagai sektor ini akan disambut oleh ahli politik DAP dengan menggambarkan pemimpin Barisan Nasional hidup mewah dengan hasil rompakan mereka tetapi membiarkan rakyat menderita.
Pelbagai teori ekonomi palsu dikemukakan sebagai pilihan yang lebih baik kepada rakyat.
Pelbagai janji ditaburkan kepada rakyat untuk meyakinkan bahawa mereka adalah pilihan terbaik kepada rakyat sekiranya mahu keluar dari penderitaan dan kesusahan yang mereka alami.
Akhirnya rakyat akan terpedaya, maka pada PRU 14, Malaysia mencatat sejarah bila Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP berjaya ke Putrajaya.
Akibatnya, bukan sahaja teori ekonomi yang mereka bentangkan itu adalah mengarut atau janji-janji yang mereka taburkan itu ternyata palsu. malah kehidupan rakyat semakin tertekan akibat kelemahan dan kegagalan di dalam dasar pentadbiran Pakatan Harapan.
Kenapa admin bongkarkan tentang RBA ini, kerana PRU 15 sudah semakin hampir dan janganlah kita termasuk di dalam lubang yang sama untuk kali kedua!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/09/pendedahan-mengenai-red-bean-army-rba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Red Bean Army Tak De Rosmah Army Ada

Red Bean Army Tak De Rosmah Army Ada

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 541 hits
Sebelum ini Mahkamah dedahkan bagaimana Najib bayar blogger Cybertroopers dengan Jutaan ringgit Hari ini Mahkamah didedahkan dengan bayaran cyber Troopers RM 100 ribu sebulan oleh Rosmah Tapi heran takda pulak pendedahan bukti Cybertrooper ...
Pengerusi Samka Dap Hahahaha Patutlah

Pengerusi Samka Dap Hahahaha Patutlah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 291 hits
Akhirnya pengerusi kumpulan Perikatan Selamatkan Musang King yang ditubuhkan untuk menentang kerajaan Pahang berhubung isu tanah Pahang diceroboh untuk kebun durian telah mengaku dia ahli DAP pembantu khas ADUN Balakong dan ahli Majlis Perb...
Najib Alihkan Kesalahan Kerajaan Negeri Bn Dengan Menyalahkan Dap Isu Pekebun Durian

Najib Alihkan Kesalahan Kerajaan Negeri Bn Dengan Menyalahkan Dap Isu Pekebun Durian

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 341 hits
RAUB Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengalihkan perhatian daripada isu eksploitasi petani durian Musang King di Raub dengan mengubahnya menjadi isu perkauman kata NGO Save Musang King Alliance Pengerusi Samka Chang Ye...
Najib Diverting Attention From Farmers Exploitation With Dap Jibe Durian Group

Najib Diverting Attention From Farmers Exploitation With Dap Jibe Durian Group

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 391 hits
Durian farmers in Raub have alleged that former prime minister Najib Abdul Razak had attempted to divert attention from the exploitation they faced by turning it into a racial issue Najib had earlier revealed on Facebook that the Save Musan...
Mp Dap Memang Bodoh Habis Mb Selangor Engkau Nak Letak Mana

Mp Dap Memang Bodoh Habis Mb Selangor Engkau Nak Letak Mana

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 273 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Klang Charles Santiago meminta Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meletak jawatan jika kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap syarikat yang menyebabkan pencemaran Sungai Selangor dalam ...
Dap Jangan Usik Hak Melayu

Dap Jangan Usik Hak Melayu

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan Ustaz Roslan Md Esa memberi amaran tegas kepada DAP supaya tidak bersikap biadap dan mengusik sembarangan hak orang Melayu di negara ini Jangan cabar hak dan kedaulatan tanah air...
Dap Warisan Jalin Kerjasama Erat Pastikan Kemenangan Prn Sabah

Dap Warisan Jalin Kerjasama Erat Pastikan Kemenangan Prn Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 348 hits
Pada 4 September 2020oleh PENTADBIRPemimpin DAP menziarahi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal di kediamannya semalam Menurut Timbalan Setiausaha Agung DAP Teresa Kok antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah ...
Dia Buat Salah Dia Pembohong Rakyat Makan Angin Walaun Dakwa Bawa Balik 80 Billion Pelaburan Ph Dan Dap Juga Salah

Dia Buat Salah Dia Pembohong Rakyat Makan Angin Walaun Dakwa Bawa Balik 80 Billion Pelaburan Ph Dan Dap Juga Salah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 438 hits
Pemimpin Pas yang terpalit dengan kontroversi tidak menjalankan perintah kuarantin Khairuddin hari ini tampil dengan status FB menyalahkan PH dan DAP yang menyerang kerajaan PN dengan isu remeh Menurut beliau lagi PH dan DAP telah melakukan...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik