Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman


Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman. Dalam pendedahan menggemparkan hari ini, Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa hakim-hakim tertinggi negara berkali-kali memanggil panel hakim Mahkamah Rayuan kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memberi arahan tindakan yang perlu dilakukan

Pendedahan itu antara beberapa dakwaan campur tangan dalam institusi kehakiman yang didedahkan Hamid dalam afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman. "Hakim (Tertinggi Mahkamah Rayuan) tersebut memberitahu saya bahawa koram Mahkamah Rayuan telah dipanggil ke ruang hakim tertinggi berkali-kali dan diberi arahan atas apa yang harus dilakukan

"Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini, tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI (suruhanjaya siasatan diraja)," katanya dalam afidavit berkenaan yang turut dilihat Malaysiakini

Hamid turut mengesahkan dakwaan peguam Haniff Khatri bahawa seorang hakim tertinggi masuk campur dalam kes di bawah Akta Hasutan melibatkan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh

Beliau merujuk hakim tertinggi yang didakwanya terlibat masuk campur kes berkenaan sebagai "ARLC"

"Maklumat kedua sebenarnya adalah pengakuan salah satu jenayah perlembagaan yang dirancang oleh ARLC

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman
"Hakim yang memaklumkan kepada saya adalah ahli koram Karpal dalam kes hasutan. Beliau berkata keputusan Mahkamah Rayuan sebelum pengumuman itu adalah untuk membebaskan secara majoriti
"Bagaimanapun, seorang hakim tertinggi memanggil koram dan meminta untuk menolak rayuan tersebut, yang bermaksud bahawa sabitan itu akan berdiri (kekal). 

"Hakim wanita yang merupakan salah satu ahli koram dan majoriti pada masa itu enggan mematuhi arahan tersebut

"Namun, hakim yang lain bersetuju untuk menukar keputusan untuk membebas kepada sabitan. Akibatnya majoriti menegaskan sabitan itu

"Hakim senior tersebut juga memberitahu saya bahawa hakim-hakim tertinggi telah mencampuri urusan kehakiman dan beliau sangat kecewa alas tingkah laku yang diadunya yang mana telah menjejaskan integriti badan kehakiman itu sendiri

"Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI," katanya

Tambah Hamid lagi, kes pertama membawanya kepada masalah adalah keputusannya mengenai keperlembagaan Seksyen 27 Akta Polis 1967, yang menetapkan permit polis diperlukan mengadakan perhimpunan

Akta berkenaan telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Damai 2012

Dalam hal berkenaan, jelas Hamid, mahkamah perbicaraan telah mensabitkan tertuduh dan rayuan kemudian dibuat di hadapan Mahkamah Rayuan, di mana beliau salah seorang ahli koram

Hamid mendakwa, dia diminta Merangka penghakiman mahkamah dan mengedarkannya kepada ahli-ahli koram lain untuk kelulusan mereka

"Saya menulis penghakiman yang menyatakan kewibawaan yang berkaitan dengan supremasi perlembagaan dan menyimpulkan bahawa seksyen itu tidak berperlembagaan

"la adalah kali pertama dalam sejarah kehakiman kami yang berkaitan dengan Akta Polis yang dimansuhkan

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman
"Apabila peredaran draf ahli koram dibuat, draf tersebut telah diluluskan oleh satu ahli

"Walau bagaimanapun, ahli yang lain memaklumkan bahawa beliau tidak bersetuju dan akan menulis drafnya dan mengedarkannya

"Selepas beberapa ketika ahli itu mengedarkan drafnya, satu mesyuarat diadakan untuk membincangkan draf tersebut

"Ini adalah prosedur biasa untuk menerangkan mengapa draf ahli tersebut harus membentuk keputusan sebulat suara atau majoriti

"Perbincangan sedemikian dibenarkan. Apa yang tidak dibenarkan ialah untuk satu ahli untuk meletakkan tekanan luar yang tidak berkaitan dengan undang-undang untuk meyakinkan seorang hakim untuk menerima drafnya

"Semasa perbincangan, ahli yang membuat dugaan yang tidak setuju dengan saya memberitahu ahli lain "if you follow Hamid's draft it will create Arab Spring and there will be unrest to topple the government'. ('Jika kamu ikut draf Hamid, ia akan menyebabkan Arab Spring dan akan ada usaha menjatuhkan kerajaan')," katanya

Hamid berkata, apabila dia enggan mengubah pendiriannya, salah seorang hakim memberitahu bahawa dia tiada masa depan dalam kehakiman jika bersikap seperti itu

Susulan kejadian itu, Hamid berkata ketua hakim ketika itu memanggilnya untuk bermesyuarat dan memberitahu bahawa "sekiranya kerajaan tidak suka dengan kamu, jika saya cadangkan kamu dinaik pangkat, ia akan ditolak"

"Jawapan saya adalah saya tidak mencari masa depan dalam kehakiman tapi untuk melakukan tugas saya seperti ketika saya angkat sumpah memegang jawatan," katanya

Hamid turut mendakwa, koramnya dipanggil "ARLC" dalam keputusan penghakiman kes Indira Gandhi

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman
"Teguran yang dibuat terhadap saya oleh ARLC dan kegagalan berterusan hakim-hakim tertinggi serta hakim lain yang saya akan jelaskan kemudian bersama-sama dengan perkara-perkara lain yang melemahkan integriti dan kebebasan badan kehakiman, yang mewajibkan RCI," katanya

Hamid sebelum ini mendedahkan dakwaan campur tangan dalam kes Indira Gandhi dalam sebuah program Badan Peguam Malaysia





Iklan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/02/pendedahan-mengejutkan-dari-badan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badan Kehakiman Minta Polis Siasat Dakwaan Hakim

Badan Kehakiman Minta Polis Siasat Dakwaan Hakim

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 355 hits
Badan kehakiman minta polis siasat dakwaan hakimPosted By on February 16 2019Badan Kehakiman membuat laporan polis terhadap dakwaan yang terkandung afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer yang membuat pelbagai tuduhan serius ...
Badan Kehakiman Buat Laporan Polis Afidavit Hakim Mahkamah Rayuan

Badan Kehakiman Buat Laporan Polis Afidavit Hakim Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 322 hits
Badan Kehakiman buat laporan polis afidavit hakim Mahkamah Rayuan Dikemas kini 25 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 15
Segera Tubuhkan Rci Siasat Salah Laku Badan Kehakiman

Segera Tubuhkan Rci Siasat Salah Laku Badan Kehakiman

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 255 hits
Lim Kit SiangKUALA LUMPUR Kausus Reformasi dan Urus Tadbir Dewan Rakyat mencadangkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat dakwaan salah laku beberapa hakim kanan negara Timbalan Pengerusinya Lim Kit Siang berka...
Hakim Bongkar Rahsia Badan Kehakiman Tipu Duit Rakyat

Hakim Bongkar Rahsia Badan Kehakiman Tipu Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 335 hits
Dalam satu tuduhan mengemparkan Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa bahawa terdapat hakim hakim tertentu yang membantu pihak swasta untuk menipu duit rakyat Beliau menyebut tentang perkara itu dalam satu afidavit sokongan...
Toreh Tangan Sebab Kecewakan Ustazah Pendedahan Gadis Ini Mengejutkan

Toreh Tangan Sebab Kecewakan Ustazah Pendedahan Gadis Ini Mengejutkan

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1271 hits
Hari demi hari kita dikejutkan dengan lebih banyak kes kes melibatkan kemurungan atau depresi Terbaru netizen terkejut dengan pendedahan seorang gadis berusia 17 tahun yang sedang belajar di sebuah tahfiz mengaku menoreh tangan sendiri kera...
Usah Panik Apabila Berat Badan Naik Selepas Bersenam

Usah Panik Apabila Berat Badan Naik Selepas Bersenam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 326 hits
Berat badan naik selepas bersenam Saya baru mulakan senaman 3 hari untuk turunkan berat tapi kenapa berat naik Anda mungkin mula bersenam dengan pelbagai sebab Jadi pelbagai bentuk senaman mungkin dibuat Tak kira apa yang memotivasikan anda...
Bpjt Tarif Tol Berguna Untuk Kelanjutan Bisnis Badan Usaha

Bpjt Tarif Tol Berguna Untuk Kelanjutan Bisnis Badan Usaha

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 328 hits
Anggota Badan Pengatur Jalan Tol Kementerian PUPR Koentjahjo Pamboedi menyatakan pengenaan tarif pada ruas tol berguna untuk keberlangsungan bisnis Badan Usaha Jalan Tol Sehingga kemungkinan pemerintah meniadakan ongkos tol itu sulit oleh s...
Cara Kurangkan Berat Badan Berkesan Dan Semulajadi Pengalaman Sendiri

Cara Kurangkan Berat Badan Berkesan Dan Semulajadi Pengalaman Sendiri

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 536 hits
Tips cepat kurusKini semakin ramai yang sudah menyedari kepentingan berat badan ideal Bagus Banyak cara diet yang boleh diamalkan Tapi ada juga yang masih tidak tahu nak mula dari mana untuk memulakan diet seimbang untuk kurangkan berat bad...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je