Pendapatan Th Rm1 55 Bilion Dasar Ph Tepat



Pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional pernah mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas menyiasat aset-aset Tabung Haji yang dimasukan ke sebuah anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan, kononnya untuk memudahkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjualnya kepasaran terbuka.
Namun laporan terkini menyebut Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan pendapatan pelaburan RM1.55 bilion pada separuh pertama 2020 menunjukkan tindakan kerajaan PH sebelum ini betul dalam memulihkan TH yang tenat dimanipulasi ketika era pemerintahan BN.
TH semalam menyatakan pelaburan aset pendapatan tetapnya menyumbang RM1 bilion, iaitu 65% daripada jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun, demikian kata pengurus dana jemaah haji itu dalam kenyataan hari ini.
Pelaburan hartanah menjana pendapatan RM204.57 juta, manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang RM187.13 juta sementara RM150.27 juta pula daripada pelaburan ekuiti.
“Peningkatan pendapatan ini menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion berbanding RM849.66 juta dalam tempoh 6 bulan sama pada 2019. Jumlah aset TH juga melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun 2020,” katanya dipetik.
Katanya, TH sedang membuat persediaan untuk menghadapi pengurusan haji yang lebih rumit tahun depan, berikutan penangguhan haji musim 2020.
Ia termasuk menangani cabaran baru seperti penyampaian perkhidmatan yang mengambilkira situasi Covid-19.
“Pasaran kewangan dan keadaan ekonomi yang mencabar pada awal tahun ini, penularan wabak Covid-19 memberi impak ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia, termasuk ekonomi dan pasaran kewangan tempatan.
“Kejutan daripada Covid-19 juga berlaku dalam situasi ekonomi global yang lemah berikutan harga minyak mentah yang rendah dan kemelut perang perdagangan antara ekonomi besar dunia,” katanya.
Namun, keadaan pasaran kewangan beransur pulih apabila aktiviti ekonomi dibenarkan semula bersama langkah menerusi pelan rangsangan ekonomi diumumkan kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Hasyudeen Yusoff berkata pasaran saham tempatan Bursa Malaysia yang jatuh lebih 23% semasa kemuncak pandemik kembali meningkat hampir kepada paras asal.
Katanya, indeks utama FBM KLCI ditutup pada paras 1,500.97 mata pada 30 Jun lalu dan hanya membabitkan perbezaan 5.5% daripada 1,588.76 mata pada 31 Dis 2019.
“Ini tidak bermakna tekanan ke atas prestasi dan penilaian aset TH, seperti di dalam sektor hartanah, telah berkurangan.
“Impak besar daripada wabak Covid-19 ke atas ekonomi dunia dan negara menjadi cabaran paling utama bagi TH dalam menguruskan pelaburannya demi melindungi kepentingan pendeposit.
“Kami juga telah mengambil langkah mengenal pasti kesan Covid-19 ke atas pelaburan melalui pemantauan berkala. Dari segi operasi pula TH perlu menjadi lebih efisien dengan menambah baik perkhidmatan dan mengurangkan kos,” katanya.
TH yakin wabak itu bakal berakhir dan akan terus bekerja keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pendeposit dalam apa jua keadaan.
Melangkah ke depan, perkhidmatan digital akan menjadi fokus utama TH memandangkan sebahagian besar pendeposit terdiri daripada golongan celik teknologi.
“Kepercayaan dan sokongan pendeposit kepada TH kekal utuh dengan jumlah deposit sebanyak RM73.86 bilion pada 30 Jun 2020 berbanding RM69.42 bilion pada 31 Dis 2019,” katanya.
Pada tempoh sama lebih 123,000 akaun simpanan baru dibuka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28669

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Mujahid Th Catat Pendapatan Rm1 55 Bilion Setengah Pertama 2020 Amacam Walauns

Tahniah Mujahid Th Catat Pendapatan Rm1 55 Bilion Setengah Pertama 2020 Amacam Walauns

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 241 hits
Tahniah Mujahid TH catat pendapatan RM1 55 bilion setengah pertama 2020Walaupun diserang dan dibuat pelbagai fitnah terhadap menterinya Lembaga Tabung Haji telah berjaya mencatat pendapatan pelaburan sebanyak RM1 55 bilion dalam tempoh sete...
Kontrak Bernilai Rm1 2 Bilion Dimiliki Oleh Permaju

Kontrak Bernilai Rm1 2 Bilion Dimiliki Oleh Permaju

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 263 hits
Kontrak Bernilai RM1 2 Bilion Dimiliki Oleh PermajuPermaju Industries Bhd yang baru baru ini mengatakan bahawa ia baru menceburkan diri dalam perniagaan sarung tangan menjadi bualan tajuk utama sekali lagi Syarikat itu dipercayai memenangi ...
Rm1 5 Bilion Logistics Hub In Johor Confirmed By Sanichi And The Partner Is Pdz

Rm1 5 Bilion Logistics Hub In Johor Confirmed By Sanichi And The Partner Is Pdz

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 471 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRM1 5 Bilion Logistics Hub in Johor Confirmed by Sanichi and the Partner is PDZSanichi Technology Bhd today told the New Straits Times that the company will develop a regional e commerce logistics hub in J...
Pdz Bergabung Bersama Sanichi Dalam Membangunkan Hab Logistik Bernilai Rm1 Bilion Di Johor

Pdz Bergabung Bersama Sanichi Dalam Membangunkan Hab Logistik Bernilai Rm1 Bilion Di Johor

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 368 hits
PDZ Bergabung Bersama Sanichi Dalam Membangunkan Hab Logistik Bernilai RM1 Bilion Di Johor Satu lagi berita gembira tentang perkembangan baru yang menarik untuk PDZ Holdings Bhd yang akan menyaksikan syarikat itu menjadi salah satu pemain l...
Intel Akan Melaburkan Rm1 Bilion Untuk Reliance Jio Platforms

Intel Akan Melaburkan Rm1 Bilion Untuk Reliance Jio Platforms

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 247 hits
Anda mungkin tidak mengenali sebuah syarikat teknologi yang bernama Reliance Jio tetapi mereka boleh dikatakan syarikat telekomunikasi dan teknologi terbesar di India sekarang Dengan 400 juta pelanggan di India sahaja mereka juga telah memb...
Saksi Rosmah Minta 15 Dari Rm1 25 Bilion

Saksi Rosmah Minta 15 Dari Rm1 25 Bilion

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 262 hits
KITA harap pemimpin Pas Muhyiddin Yassin dan ahli ahli Umno tak miss cerita Rosmah Mansor di mahkamah sehari dua ini Cerita bagaimana kontraktor JUMPA Rosmah di rumah beliau Cerita nya begini Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datin Seri R...
Giliran Affif Beri Keterangan Skandal Terowong Dasar Laut

Giliran Affif Beri Keterangan Skandal Terowong Dasar Laut

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 243 hits
Bekas Exco Kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin tampil di Ibu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini berkaitan isu skandal projek terowong dasar laut Beliau tiba ke pekarangan premis berkenaan sekitar 1 55 pet...
Ecb Mengekalkan Dasar Monetari Semasa Dan Membiarkan Kadar Utama Tidak Berubah Pada 0

Ecb Mengekalkan Dasar Monetari Semasa Dan Membiarkan Kadar Utama Tidak Berubah Pada 0

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 204 hits
Pada mesyuarat baru baru ini Bank Pusat Eropah mengatakan bahawa ia berhasrat untuk membiarkan dasar dan kadar utama tidak berubah di mana kadar pinjaman utama akan kekal pada 0 sementara kadar deposit tetap pada 0 50 Mereka juga menunjukka...
Pakej Rancangan Bilion Ringgit Makcik Kiah Dapat Berapa

Pakej Rancangan Bilion Ringgit Makcik Kiah Dapat Berapa

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 271 hits
Pakej ransangan ekonomi kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional diuar uarkan sebagai antara yang terbaik di dunia Malah dalam pembentangan pertama pada Mac lalu berjumlah RM250 bilion Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengambarkan keluarga be...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Hari Apresiasi 6 Tahun Tabika Kemas 2024

Mural By The One Academy

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Spm 2024 Day 2 Tremendous

Pilihan Raya Ketua Murid Peringkat Sekolah

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis