Pendapatan Boleh Agih Kwsp Melonjak Kepada Rm19 2 Bilion




PETALING JAYA: Jumlah pendapatan boleh agih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 daripada RM14.42 bilion yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.
Sebanyak RM16.56 bilion daripada RM19.20 bilion pendapatan boleh agih dijana untuk Simpanan Konvensional, dan RM2.64 bilion untuk Simpanan Syariah.
Pendapatan boleh agih ini tidak termasuk keuntungan mark-to-market (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, prestasi pasaran global pada suku pertama 2024 adalah berikutan pertumbuhan global yang berdaya tahan, terutamanya bagi ekonomi maju.
Ujarnya, indeks FBM KLCI meningkat 10 peratus setakat tahun ini, mencerminkan peningkatan keyakinan dalam pertumbuhan dan kesan pelbagai dasar baharu terhadap ekonomi dan industri.
“Di peringkat antarabangsa, ekonomi Amerika Syarikat (AS) terus berkembang, seterusnya menurunkan jangkaan pemotongan kadar Rizab Persekutuan (Fed) pada tahun ini, selain indeks saham utama yang mempamerkan rali kukuh pada suku pertama, didorong oleh lonjakan saham berkaitan kewangan, penjagaan kesihatan dan teknologi.
“Walaupun prestasi suku pertama kukuh, pasaran kewangan terus berdepan beberapa risiko yang meluas, iaitu kadar faedah ‘tinggi untuk tempoh lebih lama’, risiko geopolitik dan konflik, dan perubahan dasar berikutan pilihan raya yang dilaksanakan oleh beberapa ekonomi besar tahun ini,” katanya dalam kenyataan.
Pada suku dikaji, pendapatan daripada ekuiti meningkat kepada RM13.15 bilion, berbanding RM8.69 bilion yang direkodkan pada S1 2023.
Kelas aset ini kekal sebagai penyumbang pendapatan tertinggi pada 68 peratus daripada jumlah pendapatan boleh agih.
Peningkatan pendapatan ini adalah disumbangkan oleh strategi proaktif pengurus dana untuk mengambil peluang rali pasaran dalam merealisasikan keuntungan modal sebelum berlakunya persekitaran tidak menentu yang dijangkakan pada suku akan datang.
Instrumen Pendapatan Tetap terus menjadi tunjang kepada KWSP, memberikan aliran pendapatan yang stabil dan mengurangkan impak daripada ketidaktentuan pasaran jangka pendek.
Kelas aset ini, yang sebahagian besarnya terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), menyumbang 27 peratus atau RM5.14 bilion kepada pendapatan boleh agih bagi S1 2024.
Hartanah dan Infrastruktur mencatatkan pendapatan sebanyak RM0.22 bilion pada S1 2024, sementara instrumen Pasaran Wang menjana RM0.69 bilion, sejajar dengan jangkaan pulangan yang ditetapkan untuk kelas aset ini.
Keseluruhan aset pelaburan KWSP setakat Mac 2024 meningkat kepada RM1.19 trilion, di mana pelaburan luar negara menyumbang 38 peratus daripada keseluruhan jumlah aset.
Pelaburan luar negara KWSP, yang sebahagian besarnya adalah dalam ekuiti, terus melebihi jangkauan dan menambah nilai kepada pulangan keseluruhan KWSP dengan menjana pendapatan sebanyak RM9.88 bilion, mewakili 51 peratus daripada jumlah pendapatan boleh agih yang direkodkan.
Pelaburan domestik KWSP pula menyumbang 62 peratus daripada jumlah aset yang sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen
Pendapatan Tetap, seterusnya memberikan kestabilan pendapatan jangka panjang melalui faedah dan keuntungan.
KWSP kekal komited dalam menyokong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan terus memperuntukkan lebih 80 peratus daripada peruntukan tahunan pelaburan baharunya kepada pasaran domestik. – UTUSAN




Source link
The post Pendapatan boleh agih KWSP melonjak kepada RM19.2 bilion appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/pendapatan-boleh-agih-kwsp-melonjak-kepada-rm19-2-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kwsp Raih Pendapatan Boleh Agih Rm19 2 Bilion Suku Pertama 2024

Kwsp Raih Pendapatan Boleh Agih Rm19 2 Bilion Suku Pertama 2024

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 666 hits
PETALING JAYA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meraih jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM19 2 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2024 naik 33 1 peratus daripada RM14 42 bilion yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu Pendapatan b...
Public Gold Sasar Pendapatan Rm5 Bilion Tahun Ini

Public Gold Sasar Pendapatan Rm5 Bilion Tahun Ini

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Syarikat perdagangan logam berharga Public Gold Group menyasarkan untuk mencapai perolehan sebanyak RM5 bilion tahun ini sebahagiannya disumbangkan oleh segmen ConsuMerchant Pengerusi Eksekutifnya Datuk Louis Ng berkata ConsuMe...
Myhrmis Mobile Login Tak Boleh

Myhrmis Mobile Login Tak Boleh

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 291 hits
Cara cara untuk mencuba masuk semula ke dalam aplikasi jika anda mengalami masalah MyHRMIS Mobile Login seperti yang diterangkan adalah seperti berikut Buka aplikasi Mydigital ID Anda tidak perlu mengimbas kod QR Di bahagian atas kiri terda...
Ini Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Masak Guna Air Fryer Pun Boleh

Ini Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Masak Guna Air Fryer Pun Boleh

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 628 hits
Tidak dinafikan menu ayam goreng sering kali menjadi pilihan utama kanak kanak mahupun golongan dewasa Lagi sedap kalau ayam goreng itu garing di bahagian luar dan juicy di bahagian dalam Seperti satu posting seorang ibu dikenali sebagai Si...
Ini Kata Muhammadiyah Soal Ormas Keagamaan Boleh Kelola Tambang

Ini Kata Muhammadiyah Soal Ormas Keagamaan Boleh Kelola Tambang

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 349 hits
Mu ti menyebut ada persyaratan jika ormas keagamaan akan mengelola tambang
Patut Guru Yang Tak Suka Kerajaan Ni Boleh Dah Pindah

Patut Guru Yang Tak Suka Kerajaan Ni Boleh Dah Pindah

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 429 hits
W FaudzinApabila ada kerajaan yang terlalu malaikat maka akhlak guru pun rosak Inikah contoh seorang pendidik yang kita harapkan membimbing akhlak anak anak kita Guru ini kata macam macam kepada PMX perlekehkan usaha dakwah PMX tetapi PMX t...
Jalan Jalan Di Wuhua District Kunming

Rahsia Peniaga Bundle Untung Besar Dari Lubuk Supplier Hingga Ke Kedai Online

10 Kafe Terbaik Di Kuala Lumpur Yang Disyorkan Untuk Pengembara Digital

Adab Adab Berdoa Yang Betul Dalam Islam

Ustaz Mad Lepas Rindu Bertemu Semula Dengan Tuan Zainal Strim

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Bukit Uhud Atau Jabal Uhud Tempat Berlakunya Perang Uhud

Memupuk Keseimbangan Sistem Pencernaan Dalam Kehidupan Yang Sibuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karpet Di Kilang Kena Gigit

Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

Malaysia To Begin Screening Airline Passengers Before Arrival Starting Tomorrow Says Home Minister

Asian Nations Need More Football Competitions To Improve Quality And Standard Of The Game

Habuk Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh Ini Cara Mudah Nak Bersihkan

Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025