Pendakwaan Mohon Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Izette Ke Mahkamah Tinggi


Pihak pendakwaan memfailkan notis usul untuk memindahkan kes Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette A Samad atas dakwaan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad, ke Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai memaklumkan perkara itu, ketika sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.

Loading… “Pihak pendakwaan telah memfailkan notis usul pada 18 Jun lepas berkaitan permohonan untuk memindahkan kes ini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi,” katanya.
Peguam K Kumaraendran yang mewakili Bung Moktar, 60, dan Zizie Izette ,41, tidak membantah permohonan pihak pendakwaan itu.Iklan
Allan Suman turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat permohonan supaya kes Bung Moktar atau nama sebenarnya Moktar Radin dan Zizie Izette dibicarakan bersama.
“Bagaimanapun, permohonan itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi,” katanya dan menambah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan semua dokumen berkaitan kedua-dua kes itu mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pasukan pembelaan.
Kumaraendran mengesahkan perkara tersebut dan mahkamah menetapkan 5 Ogos untuk sebutan semula kes bagi mengetahui status permohonan pihak pendakwaan.
Sementara itu, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyudin Mohmad Som menetapkan 9 Ogos untuk pendengaran permohonan pendakwaan bagi memindahkan kes rasuah Bung Moktar dan isterinya ke Mahkamah Tinggi.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Allan Suman ketika ditemui media selepas pengurusan kes itu hari ini.
“Pihak pendakwaan hari ini akan menulis surat kepada Mahkamah Sesyen supaya memindahkan tarikh 5 Ogos itu kepada 9 Ogos kerana Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 9 Ogos ini untuk pendengaran permohonan (memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi) dan pihak pendakwaan dan pembelaan mahu tarikh sama di Mahkamah Sesyen,” katanya.
Pada 3 Mei lepas, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad
Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui isteri tertuduh iaitu Zizie Izette.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di Kuala Lumpur antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.
Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Izette yang merupakan seorang pelakon mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/pendakwaan-mohon-kes-rasuah-bung-moktar-zizie-izette-ke-mahkamah-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Tolak Penangguhan Bicara Kes Najib Berkaitan 1mdb Tetap Mula 19 Ogos

Mahkamah Tinggi Tolak Penangguhan Bicara Kes Najib Berkaitan 1mdb Tetap Mula 19 Ogos

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 327 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Perbicaraan kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad yang di...
Ngo Serah Memorandum Dan Bukti Kes Rasuah Profil Tinggi Pemimpin Ph

Ngo Serah Memorandum Dan Bukti Kes Rasuah Profil Tinggi Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 284 hits
PUTRAJAYA Gerakan Tuntut 1 0 hari ini menyerahkan memorandum dan cakera padat bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes rasuah berprofil tinggi melibatkan pemimpin Pakatan Harapan Pengerusinya A zlan Abu Bakar berkat...
Orang Atas Itu Adalah Najib Saksi Kes Dana Src International Beritahu Mahkamah

Orang Atas Itu Adalah Najib Saksi Kes Dana Src International Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 275 hits
Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin menyambung memberi keterangan terhadap perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC Inte...
1mdb Mahkamah Tetapkan 30 September Untuk Pengurusan Kes Goldman

1mdb Mahkamah Tetapkan 30 September Untuk Pengurusan Kes Goldman

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 30 September untuk pengurusan kes syarikat Goldman Sachs Group Inc yang menghadapi tuduhan jenayah berhubung terbitan bon bernilai AS 6 5 bilion yang berkaitan 1Malaysia Developmen...
Apa Punya Bangang Kes Mahkamah Pun Mahu Di Politik Kan

Apa Punya Bangang Kes Mahkamah Pun Mahu Di Politik Kan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 227 hits
Keputusan mahkamah ADA lah tepat pertuduhan Jenayah yang dikenakan adalah Lebih PENTING dari urusan di Parlimen yang boleh diuruskan oleh ahli Parlimen yang lain Kenapa Najib mahu lengahkan Dan tangguh PROSES membersihkan dirinya di mahkama...
Ph Sarawak Harap Sprm Tidak Lagi Tangguh Kes Berprofil Tinggi

Ph Sarawak Harap Sprm Tidak Lagi Tangguh Kes Berprofil Tinggi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 173 hits
KUCHING Pakatan Harapan Sarawak berharap hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas individu berprofil tinggi di negeri ini berhubung dakwaan amalan rasuah dipercepatkan dan tidak lagi ditangguhkan kata pengerusinya Chong...
Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Ab Salim Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pihaknya menjadikan arahan daripada Menteri Wilayah Persek...
Rm47 Juta Nilai Keseluruhan 40 Kes Rasuah Ahmad Zahid

Rm47 Juta Nilai Keseluruhan 40 Kes Rasuah Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 204 hits
Nilai keseluruhan 40 kes rasuah membabitkan Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dan Mahkamah Shah Alam esok ialah sebanyak RM47 juta Keseluruhan transaksi itu dilakukan dalam mata wang Singapura dikesan ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang