Ngo Serah Memorandum Dan Bukti Kes Rasuah Profil Tinggi Pemimpin Ph



PUTRAJAYA – Gerakan Tuntut 1.0 hari ini menyerahkan memorandum dan cakera padat (CD) ‘bukti’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah berprofil tinggi melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Pengerusinya, A’zlan Abu Bakar berkata, CD tersebut dapat membantu SPRM untuk membuka semula kertas siasatan kes rasuah yang didakwa ‘disenyapkan’ oleh pihak tertentu, lebih-lebih lagi melibatkan Menteri Kabinet.
“Kita hadir untuk membantu SPRM, kami juga menyediakan satu salinan cakera padat (CD) serba sedikit dapat membantu siasatan SPRM.
“Kami tuntut SPRM keluarkan dan nyatakan kenyataan terbaru berkenaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan PH.
“Ini dapat membuktikan integriti SPRM itu kembali pulih,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.
Kehadiran Gerakan Tuntut 1.0 hari ini bersama beberapa pemimpin NGO lain untuk menyerahkan memorandum dan CD kepada SPRM yang turut menuntut integriti badan itu dikembalikan.
Ketika ditanya kandungan CD terbabit, A’zlan bagaimanapun enggan mendedahkannya kepada umum sambil menyifatkannya sebagai rahsia.
“CD ini akan dapat membantu SPRM membuka semula kertas siasatan yang hari ini kita tengok sudah diam atau dibiarkan berlalu begitu saja.
“Kami nak SPRM tengok sendiri apa terkandung dalam CD ini dan saya tidak boleh maklumkan kepada semua kerana ia (maklumat) adalah sulit,” katanya.
A’zlan juga hanya memberi bayangan bahawa maklumat di dalam CD itu lebih kepada bukti jenayah rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, bekas Pengerusi FGV dan Felda serta pegawai kepada Menteri Pertahanan sekarang.
“Kalau imbas kembali kes-kes sebelum ini seperti sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, merujuk kepada tuduhan pembinaan terowong dasar laut yang dibuka siasatan sejak dua tahun lepas dan melibatkan banglo beliau.
“Hari ini kita minta kes Tan Sri Isa Samad dan pegawai khas Menteri pertahanan yang dituduh rasuah.
“Saya minta SPRM buka kembali (kertas siasatan) dan maklumkan kepada rakyat apa status kes rasuah yang telah dibuka atau dilaporkan,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan kes profil tinggi yang melibatkan pemimpin PH boleh diselesaikan dengan cepat berbanding kes yang dihadapi oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Kenapa berprofil tinggi boleh diselesaikan dalam tempoh singkat tetapi kes 1MDB kita tengok sampai hari ini belum selesai siasatan.
“Jadi tak adil bagi kami apabila ia dilihat begitu ringan di sisi SPRM sendiri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/06/ngo-serah-memorandum-dan-bukti-kes-rasuah-profil-tinggi-pemimpin-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merungkai Kemungkinan Kes Semburit Profil Tinggi

Merungkai Kemungkinan Kes Semburit Profil Tinggi

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 427 hits
Kalau tahun 1998 dulu bila DS Anwar didakwa meliwat dan dipecat ramai orang turun memberi sokongan padu dan melawan kerajaan Kali ini DS Azmin pula terkena dakwaan yang sama tapi kurang orang nak pertahankan apatah lagi nak turun ke jalanan...
Pendakwaan Mohon Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Izette Ke Mahkamah Tinggi

Pendakwaan Mohon Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Izette Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 254 hits
Pihak pendakwaan memfailkan notis usul untuk memindahkan kes Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette A Samad atas dakwaan rasuah berjumlah RM2 8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur ...
Bicara Kes Rasuah Ku Nan Bermula Hari Ini

Bicara Kes Rasuah Ku Nan Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 278 hits
Perbicaraan kes Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong bermula pagi ini di Mahkamah Tinggi di sini dengan pendakwaan membacakan peny...
Latheefa Keutamaan Saya Kes Rasuah Bukan Pakaian Seragam

Latheefa Keutamaan Saya Kes Rasuah Bukan Pakaian Seragam

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 216 hits
Latheefa Keutamaan saya kes rasuah bukan pakaian seragam Beliau juga menjelaskan bahawa butiran pada pakaian seragamnya adalah berdasarkan perintah tetap ke atasnya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM
Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Ab Salim Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pihaknya menjadikan arahan daripada Menteri Wilayah Persek...
Tuduh Pemimpin Tanpa Bukti Pkr Pecat Haziq

Tuduh Pemimpin Tanpa Bukti Pkr Pecat Haziq

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 253 hits
Ketua lembaga disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya 23 Jun 2019 Foto oleh Ahmad ZamzahuriPETALING JAYA 3 JULAI PKR memecat keahlian Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana melemparkan tuduhan te
Haziq Dipecat Kerana Menuduh Rasuah Bukan Kes Semburit

Haziq Dipecat Kerana Menuduh Rasuah Bukan Kes Semburit

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 394 hits
Sebagaimana yang kita sedia maklum Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz telah dipecat daripada PKR berkuatkuasa malam tadi Keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin PKR itu telah disahkan oleh Biro Politik yang dipengerusikan oleh Presiden...
7 Kes Berprofil Tinggi Untuk Latheefa Koya Buktikan Kemandirian Diri Selaku Peneraju Sprm

7 Kes Berprofil Tinggi Untuk Latheefa Koya Buktikan Kemandirian Diri Selaku Peneraju Sprm

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 403 hits
1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan selamat bertugas dan tahniah diatas perlantikan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Puan Latheefa Beebi Koya selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ya...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

Birthday Bouquet The Perfect Floral Gift For A Special Celebration

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told

Misteri Di Sebalik Menara Jam Di Tengah Tasik

Berehat Di Rock Village Kampung Kura Sik Kedah