Pendakwaan Mahu Kes Rizal Dan Rosmah Dibicarakan Bersama


THE MALAYSIAN TIMES  

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan telah memfailkan permohonan untuk kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan kes rasuah bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Rizal Mansor dibicarakan bersama.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan memaklumkan perkara itu semasa sebutan semula kes tersebut di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan, lapor Bernama.

Mohamed Zaini menetapkan 24 April untuk sebutan semula kes bagi mengetahui status terkini kes Rosmah, 67, dan Rizal, 45.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes itu berkata hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan bagi perbicaraan bersama semua kes itu (rasuah dan pengubahan wang haram).

“Tetapi ia tidak dapat dijalankan kerana hanya kes melibatkan pengubahan wang haram dan kegagalan Rosmah mengisytiharkan pendapatannya ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja yang telah didaftarkan di hadapan hakim Mohamed Zaini.

“Kes rasuah melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak melibatkan Rosmah, belum diketahui statusnya,” katanya.

Pada 4 Okt 2018, Rosmah yang juga diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Datuk K. Kumaraendran mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang di sini antara 4 Dis 2013 dan Jun 8 Jun 2017 dan di LHDN, di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Tuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, dia didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan beliau bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Bagi kes melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta, dua tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rizal yang diwakili peguam Ridha Abdah Subri mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah, berjumlah RM5.5 juta, melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Kesemua pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 10 kali jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pendakwaan-mahu-kes-rizal-dan-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rosmah Minta Rasuah Dipindah

Kes Rosmah Minta Rasuah Dipindah

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 217 hits
Najib dan isterinya Rosmah kedua mereka didakwa pelbagai tuduhan rasuah penggubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa Foto Astro Awani KUALA LUMPUR Kes rasuah isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga s...
Pendakwa Mahu Rosmah Isytihar Harta Dalam Kes Pengubahan Wang Haram

Pendakwa Mahu Rosmah Isytihar Harta Dalam Kes Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 358 hits
Peguam Rosmah berkata beliau tidak boleh diminta mengisytiharka perolehan harta dan pada masa sama dibicarakan atas perkara sama KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu pihak pendakwaan memfailkan notis terhadap isteri beka...
Isytihar Harta Rosmah Mohon Untuk Ketepikan Notis Dari Pihak Pendakwaan

Isytihar Harta Rosmah Mohon Untuk Ketepikan Notis Dari Pihak Pendakwaan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 297 hits
ISTERI bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepikan notis dari pihak pendakwaan yang mewajibkannya mengisytiharkan perolehan harta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang m...
Kes Saman Founder Vs Blogger Masih Belum Berakhir

Kes Saman Founder Vs Blogger Masih Belum Berakhir

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 553 hits
Sesungguhnya saya masih berpegang dengan kepercayaan Allah takkan menguji seseorang itu apa yang di luar kemampuannya Jadi saya akan teruskan usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kes mahkamah saya ni Putus asa Belum lagi Selagi bernyaw...
Lagi Kes Fitnah Dari Parti Agama Entri Tv Pas Melaka Fitnah

Lagi Kes Fitnah Dari Parti Agama Entri Tv Pas Melaka Fitnah

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 373 hits
AKMAL MANAF Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong Muhamad Danish Zainudin menyifatkan entri di laman Facebook Tv Pas Melaka pada Selasa lepas adalah satu fitnah Entri yang ditulis pada jam 11 30 malam itu memetik empat perwak...
Bagaimana Anjing Shafee Akibatkan Kes Najib Tertangguh

Bagaimana Anjing Shafee Akibatkan Kes Najib Tertangguh

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 418 hits
Hidir Reduan Muhammad Shafee Abdullah peguam Najib Razak hari ini berkongsi kisah bagaimana tangannya tercedera Katanya ia disebabkan oleh seekor anjing pengawal besar tetapi manja Ia seekor anjing penjaga yang muda dan sedang dilatih Umurn...
Shafee Anjing Saya Bukan Punca Kes Src Ditangguhkan

Shafee Anjing Saya Bukan Punca Kes Src Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 463 hits
Shafee mendakwa tindakan Pejabat Peguam Negara membangkitkan perkara baru ketika tarikh perbicaraan terlalu hampir adalah dalang yang menyebabkan perbicaraan itu ditangguhkan
Kes Tembakan Rambang Di Christchurch Kami Masih Mencari Haziq Ketika Kejadian Dia Dalam Masjid

Kes Tembakan Rambang Di Christchurch Kami Masih Mencari Haziq Ketika Kejadian Dia Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 549 hits
KUALA LUMPUR Kami masih mencari Haziq Kami tidak tahu ketika ini dia di mana Apa yang kami tahu ketika kejadian dia di dalam masjid Kes Tembakan Rambang Di Christchurch Kami Masih Mencari Haziq Ketika Kejadian Dia Dalam Masjid
Bila Ada Kes Bapa Dera Anak Bukan Main Kita Kecam Kita Tak Sedar Hari Hari Kita Dera Mental Anak

Bila Ada Kes Bapa Dera Anak Bukan Main Kita Kecam Kita Tak Sedar Hari Hari Kita Dera Mental Anak

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 392 hits
Sebagai ibu bapa kita memang nak yang terbaik untuk anak anak Kadang kadang bila kita memarahi anak anak atas kesalahan yang dilakukan dengan kemarahan yang membuak buak menjerit memarahi membuatkan kita terlupa bahawa kesalahan dia tidak l...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Building An Online Marketing Plan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

How To Make Japanese Mayonnaise

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Akui Penat Dengan Running Man Sebelum Ini Ji Yeeun Dedah Banyak Terima Mesej Cacian