Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes Prima Facie Syed Saddiq Kena Bela Diri






Penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela dirinya atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.
Pasukan pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Presiden MUDA yang juga bekas Ketua Armada Bersatu itu kerana terlibat dalam pecah amanah semasa memegang jawatan dalam parti lamanya sebelum ini.
Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid pagi ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar, mewakili Syed Saddiq.
Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.
Saksi terbabit termasuk ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan bekas Penolong Bendahari Armada BERSATU, Rafiq Hakim Razali.
Turut memberi keterangan, tiga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Syahmeizy Sulong, Nurul Hidayah Kamarudin dan Asbi Munip.
Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan, termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq, iaitu Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.
Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, iaitu didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Penyandang kerusi Parlimen Muar itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.
Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang, masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya, hasil aktiviti haram.
Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018.



 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/pendakwaan-berjaya-buktikan-kes-prima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Esok Keputusan Kes Syed Saddiq Sama Ada Bebas Atau Bela Diri

Esok Keputusan Kes Syed Saddiq Sama Ada Bebas Atau Bela Diri

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR 27 Okt Keputusan sama ada penyandang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah salah guna harta dan pengubahan wang haram akan ...
Mahkamah Arah Syed Saddiq Bela Diri Kes Pecah Amanah Rm1 2 Juta

Mahkamah Arah Syed Saddiq Bela Diri Kes Pecah Amanah Rm1 2 Juta

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 195 hits
Mahkamah arah Syed Saddiq bela diri kes pecah amanah RM1 2 juta MOJO LIVE 28 OKTOBER 2022 Sidang media penyandang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas mahkamah memerintahkan membela diri atas empat pertuduhan pecah ama...
Kes Dana Armada Syed Saddiq Diperintah Bela Diri

Kes Dana Armada Syed Saddiq Diperintah Bela Diri

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 177 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah salah guna harta dan pengubahan wang haram...
Syed Saddiq Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Subahat Pecah Amanah Ubah Wang Haram

Syed Saddiq Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Subahat Pecah Amanah Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 195 hits
freemalaysiatoday com October 28 2022 10 06 AMSyed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa atas tuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Bersatu KUALA LUMPUR Syed Saddiq Syed Abdu...
Kronologi Kes Dan Syed Saddiq Mohon Maaf Kepada Mahkamah

Kronologi Kes Dan Syed Saddiq Mohon Maaf Kepada Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 233 hits
Berikut adalah kronologi kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 22 Julai 2021 Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan iaitu bersubahat untuk melakukan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan R...
Pendakwaan Bantah Permohonan Bung Moktar Zizie Izette Semak Keputusan Bela Diri

Pendakwaan Bantah Permohonan Bung Moktar Zizie Izette Semak Keputusan Bela Diri

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan hari ini membantah permohonan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga per...
Syed Saddiq Calls For Two Day Deepavali Holiday Citing Complaints From Students

Syed Saddiq Calls For Two Day Deepavali Holiday Citing Complaints From Students

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 243 hits
Muda president Syed Saddiq Abdul Rahman today urged Putrajaya to extend the Deepavali holiday by a day Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Oct 16 Malaysian United Democratic Alliance president Syed Saddiq Abdul Rahman today urged Putrajay...
Syed Saddiq Akan Jadi Beban Kepada Ph

Syed Saddiq Akan Jadi Beban Kepada Ph

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 299 hits
SHAH ALAM Penganalisis politik berpendapat isu mahkamah yang menyelubungi Presiden Parti Ikatan Demokratik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempengaruhi kempen parti itu dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 nanti Penganalisis ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal