Pendakwaan Akan Panggil 10 Saksi Dalam Kes Ahmad Maslan


 
Ahmad Maslan berdepan 2 pertuduhan, iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada LHDN dan memberi penyataan palsu kepada SPRM. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan mengemukakan 10 saksi dalam perbicaraan kes ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan yang didakwa atas 2 pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan pendakwa raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar yang mengetuai pasukan pendakwaan berkat,a pihaknya telah menyerahkan penyataan saksi kepada mahkamah dan pasukan pembelaan, awal bulan lepas.
Perbicaraan kes itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad.
Sebelum ini, perbicaraan kes ahli Parlimen itu ditetapkan pada 16 dan 23 Okt serta 6 Nov (hari ini), bagaimanapun prosiding dilapangkan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Pihak pendakwaan menerima e-mel daripada mahkamah baru-baru ini yang memaklumkan pengurusan kes ditetapkan pada 27 Nov ini bagi menetapkan tarikh perbicaraan baru,” katanya hari ini.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mengetuai pasukan pembelaan ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu.
Ahmad didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Beliau dituduh menerima wang tersebut, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013, dan cek itu ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari sama.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 30 April, 2014.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa memberi penyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM, iaitu ketua penolong kanan penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/11/pendakwaan-akan-panggil-10-saksi-dalam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Ahmad Maslan Pendakwaan Akan Panggil 10 Saksi

Bicara Kes Ahmad Maslan Pendakwaan Akan Panggil 10 Saksi

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 12 17 pmAhmad MaslanPihak pendakwaan akan mengemukakan 10 saksi pada perbicaraan kes Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang dit...
Tular Nama Ahmad Maslan Disebut Sebagai Bakal Menteri Kewangan Ii

Tular Nama Ahmad Maslan Disebut Sebagai Bakal Menteri Kewangan Ii

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 315 hits
377 total views 377 views today Senarai nama barisan Kabinet dan pengumuman pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Perikatan Nasional yang tular di media sosial dilihat sebagai spekulasi yang tidak mempunyai kebenaran Setiausaha Agung UMNO Dat...
C4 Mahu Ahmad Maslan Noh Omar Keluar Dari Pac

C4 Mahu Ahmad Maslan Noh Omar Keluar Dari Pac

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 186 hits
November 4 2020 Ahmad Maslan dan Noh Omar merupakan pilihan yang salah untuk Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara kata NGO anti rasuah PETALING JAYA Sebuah NGO anti rasuah meminta Yang di Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun mempertimbang semula l...
Covid 19 Di Selangor Kembali Naik Catat 135 Kes

Covid 19 Di Selangor Kembali Naik Catat 135 Kes

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 353 hits
SHAH ALAM 28 OKT Selangor merekodkan pertambahan 135 kes Covid 19 hari ini meningkat berbanding 89 yang dicatatkan semalam kata ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 132 kes melibatkan penulara...
Penjelasan Sebenar Kes Fitnah Doula Melawan Doktor Rupanya Netizen Tertipu

Penjelasan Sebenar Kes Fitnah Doula Melawan Doktor Rupanya Netizen Tertipu

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 722 hits
Sembang banyak tidak perlu lagi Semua orang dah tahu kes fitnah ini Cuma sekarang bila dah kalah kes mereka timbul pula fitnah baru kenapa doktor tu kalah kes nie Untuk buat kutipan derma nak bayar saman lah Hhhmmm Fitnah demi fitnah baca j...
Peningkatan 278 Kes Rakyat Hilang Kerja Tahun Ini Perkeso

Peningkatan 278 Kes Rakyat Hilang Kerja Tahun Ini Perkeso

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 264 hits
Hampir 90 000 pekerjaan hilang dilaporkan setakat tahun ini menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Mohammed Azman Aziz memberitahu FMT agensi itu telah menerima laporan mengenai 89 596 kes kehilangan pekerjaan...
Covid 19 Kes Di Jepun Cecah 100 000 Korban Lebih 1 700

Covid 19 Kes Di Jepun Cecah 100 000 Korban Lebih 1 700

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 317 hits
TOKYO 30 OKT Jumlah kumulatif kes Covid 19 di Jepun meningkat 100 000 pada Khamis disebabkan peningkatan kes baharu ekoran pembukaan semula aktiviti ekonomi lapor agensi berita Kyodo Bilangan kes sehari yang dicatatkan di seluruh negara pad...
Sepang Rekod Kes Covid 19 Tertinggi Enam Daerah Zon Merah

Sepang Rekod Kes Covid 19 Tertinggi Enam Daerah Zon Merah

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 453 hits
SHAH ALAM 29 OKT Sepang menjadi daerah tertinggi merekodkan kes baharu Covid 19 hari ini dengan 59 kes menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor Data menunjukkan 49 kes dilaporkan di mukim Labu membabitkan 30 saringan pekerja diikuti sarin...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism