Gerbang merah jambu dengan tulisan ‘Kawasan Mendaki Bukit Jambul’.Berpandukan aplikasi Google Maps, kami tiba di kawasan mendaki Bukit Jambul. Pintu gerbang berwarna merah jambu itulah jalan menuju ke kaki bukit. Tiada kawasan parkir khas. Jadinya penuhlah kereta parkir di bahu jalan yang berbukit ni. Kami parkir kereta di tempat yang agak jauh dan lebih landai
Laluan permulaan menuju ke kaki bukit. Terdapat tandas awam di sebelah kanan jalan.Tiada bayaran masuk dikenakan. Dari pintu gerbang tadi, kita akan melalui laluan tar begini untuk sampai ke kaki bukit. Terasa agak jauh sebab laluannya mendaki. Tak mudah bagi kami berdua yang dah cukup lama tak melakukan pendakian
Tiba di hujung jalan, kita akan jumpa bangku batu dan tulisan ‘Bukit Jambul Hiking Trail’. Di sinilah bermulanya laluan pendakian ke Bukit Jambul
Beginilah laluan permulaan pendakian. Struktur tangga batu. Suasana dalam hutan redup dan nyaman sebab jarang-jarang cahaya matahari menembusi lantai hutan
Berhenti rehat seketika.Memang terasa berat kaki menghayun langkah. Tapi dalam masa yang sama, saya seronok menikmati suasana dalam hutan. Kehijauan alam, bunyi-bunyian di hutan, semuanya mengasyikkan
Sesekali cahaya lembut matahari pagi menyimbah lantai hutan, menghasilkan warna alam yang mempesona pandangan
Tandas di dalam hutan. Kalau jumpa tandas ni, maksudnya kita semakin menghampiri puncak bukit
Walaupun foto ni tak memuaskan hati kerana sudut tak betul, syukur jugalah ada foto memori.Alhamdulillah…setelah begitu banyak kali berhenti, akhirnya kami sampai jua di puncak Bukit Jambul pada pukul 10.07 pagi. Ketinggian bukit - 241 meter. Tidaklah begitu tinggi. Tapi itulah kalau kurang stamina, bukit rendah pun rasa susah nak daki…haha
Bahagian puncak Bukit Jambul ni agak luas dan nampaknya dijaga baik. Boleh saya katakan di atas ni macam taman mini. Ada tanaman bunga, bangku-bangku batu dan dua buah pondok yang agak luas. Juga sempena Hari Kebangsaan, kibaran bendera-bendera yang dipacak menambah keceriaan
MasyaAllah…pemandangan yang cukup indah dapat dilihat dari atas bukit ni.
Itulah Pulau Jerejak.Dari atas ni kita boleh menyaksikan panorama Pulau Pinang - bangunan yang berceracak, perbukitan berbalam, pulau-pulau dan jambatan penghubung antara pulau dengan tanah besar. Semuanya terbentang luas di hadapan mata
Nun jauh di belakang saya tu Jambatan Pulau Pinang.Di atas ni terdapat banyak sudut menarik untuk kita berfoto. Setiap sudut ada pemandangan tersendiri
Itu pula Jambatan Kedua, jambatan yang selalu saya lalu untuk menuju ke bahagian pulau.Dari atas ni juga, kita boleh nampak lapangan terbang (tak kelihatan dalam gambar). Saya dan encik suami nampak sebuah kapal terbang yang mula berlepas dari landasan, kemudian menghilang di balik bukit dan muncul semula di depan mata. Apa lagi, segera saya memotret momen ini
Percubaan ikut denai hutan berdasarkan papan tanda tersedia.Lama juga kami bersantai menikmati keindahan panorama dari puncak bukit. Mula-mula sampai tadi kami dah makan kekacang dan coklat yang dibekal, juga minum air larutan ORS untuk mengelakkan dehidrasi dan kejang kaki
Data dari Galaxy Watch.Jumlah masa yang kami habiskan di Bukit Jambul ini adalah sekitar 2 jam 07 minit. Bermula pukul 9.26 pagi dan berakhir pukul 11.33 pagi. Rekod perjalanan naik sekitar 40 minit dan turun pula sekitar 35 minit. Rekod bermula dari pintu gerbang warna merah jambu|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |